Daripada situ aku senaraikan beberapa masalah dan sedikit penyelesaian. Teruskan bacaan.
Majoriti client baru yang aku jumpa akan ada masalah ni. Tujuan simpan dokumen perniagaan ni untuk kita tahu bisnes kita ni sihat atau tidak, di mana prestasi bisnes kita atau kita saja bersangka bisnes masih untung. Walhal rugi. Tanpa sedar.
Selepas dokumen mula di simpan barulah mudah untuk transfer setiap helaian dokumen bisnes ke dalam sistem akaun untuk hasilkan penyata kewangan.
Penyata kewangan adalah satu laporan untuk kau baca keadaan bisnes kau. Takdalah asal untung saja ambil.
Tujuan untuk elak dari buat silap. Bertahun kita dalam bidang akaun belajar nak mahir.
Sebenarnya masalah declare cukai ni bermula dengan tak pernah simpan dokumen bisnes. Cuba kalau simpan kemas. Boleh sediakan penyata kewangan, dari situ boleh staff akaun buat kira-kira cukai dengan mudah.
#TwtCukaiMY
Tak tahu. Itu alasan biasa. Benda ni wajib ambil tahu dan wajib carum untuk pekerja. EPF dan Socso ni sebahagian daripada kebajikan dan tanggungjawab majikan. EPF tu simpanan untuk hari esok pekerja. Socso tu insurans ketika bekerja. Penting!
Selepas 2-3 tahun berniaga baru orang bisnes rata-rata terasa lewat untuk semua ini. Bagi aku belum lewat, selagi mana kau serius untuk buat perubahan.
Kau kena mula hari ni dan terus disiplin.
Aku akan buat carian hashtag ni bagi soalan berkaitan, akaun, cukai dan GST bisnes. Minat aku untuk menjawab.