Profile picture
سَيْف @LeAlterEgo
, 24 tweets, 4 min read Read on Twitter
Pernah dengar kisah Nabi Muhammad SAW yang dikejar dengan bara api ketika baginda Mi’raj ke langit? Bara api tu sebenarnya Jin Ifrit..
Dikisahkan dalam perjalanan Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW, Jin Ifrit berani untuk kejar baginda Rasulullah SAW yang dikawal oleh Malaikat Jibril. Namun cubaan Jin Ifrit tu kemudiannya dihancurkan dengan doa bacaan yang diajarkan oleh malaikat Jibril.
Ketika Rasulullah SAW terbang dengan menggunakan Buraq sebagai kenderaan yang didampingi malaikat Jibril… baginda melihat Ifrit dari bangsa Jin yang mengejar beliau dengan semburan api yang menyala-nyala.
Setiap kali Nabi Muhammad SAW menoleh, baginda nampak Ifrit terbang mengekori untuk terus menerus mencelakakan baginda dengan menyemburkan api dari obor yang dibawa jin Ifrit.
Kemudian malaikat Jibril berkata:

“Tidakkah aku ajarkan kepada kamu (Nabi SAW) beberapa kalimat… jika kau baca maka akan memadamkan apinya dan terbalik kepada wajahnya lalu dia akan binasa (hancur lebur)?”
Kemudian malaikat Jibril mengajar doa tersebut kepada Rasulullah SAW. Ini doanya beserta maksud.
Setelah Nabi Muhammad SAW membaca doa yang diajar tadi, maka jin Ifrit yang membuntuti baginda terus jatuh tersungkur kemudian binasa dan obornya padam (HR. Bukhari)
Doa atas ni boleh diamalkan buat perlindungan diri. Selain dari tu, boleh baca ayat Kursi. Jin Ifrit pun boleh hancur & kalah dengan kehebatan ayat Kursi. Ayat Kursi diwahyukan kepada Rasulullah SAW dan diiringi oleh ribuan malaikat kerana kebesaran & kesucian ayat ni.
Nak cerita tentang betapa hebatnya juga ayat Kursi ni, ada kisah yang dinukilkan dari Kitab Imam Al-Ghazali, Khawaassul Quran, tentang riwayat kisah Ka’ab.
Ka’ab ni merupakan pedagang Basrah yang diganggu Ifrit. Ka’ab melakukan perjalanan ke negeri Basrah dan membawa barang dagangannya untuk dijual ke sana. Tapi malangnya bila sampai di Basrah untuk cari tempat penginapan, semua dah penuh.
Disebabkan tak ada pilihan lain untuk cari tempat rehat. Ka’ab kemudian terjumpa sebuah rumah kosong yang dah lama tak dihuni, dari jauh pun dah boleh nampak banyak sangat sarang labah-labah.
Akhirnya Ka’ab berhasil untuk berjumpa dengan pemilik rumah kosong tu. Tujuan Ka’ab berjumpa dengan tuan rumah sebab nak sewa rumah kosong tu selama seminggu.

“Rumah ni aneh, selalu jadi buah mulut masyarakat yang ada disini.” Pemilik rumah tu tak berselindung.
“Apa sebenarnya yang terjadi pada rumah ini?” Soal Ka’ab.

“Kata beberapa orang, rumah ni didiami oleh Jin Ifrit. Dah ramai orang yang cuba untuk huni rumah ni, tapi akhirnya semua binasa,” jelas si pemilik rumah.
Ka’ab membuat kesimpulan yang rumah kosong ni berpuaka. Tapi dia sendiri tak ada pilihan lain selain untuk duduk di rumah kosong tu.

Akhirnya Ka’ab berkata, “Walaupun orang-orang berkata demikian, saya tetap ingin tinggal di sini asalkan Tuan mengizinkan.”
Si pemilik rumah langsung tak keberatan dan tak minta bayaran sedikitpun dari Ka’ab. Dan akhirnya
Ka’ab tinggal di rumah berpuaka tersebut.
Malam tu, langsung tak ada hal yang aneh atau pelik jadi dalam rumah. Sampailah keesokan harinya Ka’ab pergi berdagang, dan balik semula ke rumah saat matahari hampir terbenam
Suatu malam, Ka’ab kemudiannya mengalami beberapa kejadian aneh. Beliau sukar untuk pejamkan mata Kemudian dalam keadaan hening, tiba-tiba Ka’ab dikejutkan dengan bayangan hitam besar dengan dua mata yang menyala-nyala seperti bara api di depannya.
Maka secara spontan, Ka’ab terjaga dan membaca ayat Kursi. Akan tetapi bayang-bayang tu langsung tak menghilang, kemudian lembaga hitam tu turut ikut apa yang dibaca oleh Ka’ab, sampailah ke akhir ayat Kursi.
Namun setelah Ka’ab membaca akhir ayat Kursi iaitu ‘Walaa Yauuduhu hifzuhumaa wa huwal aliyyul ‘adziim’ bayang-bayang hitam tu terus lenyap dan suaranya dah tak didengari lagi.
Ka’ab jadi hairan dan beliau terus mengulangi bacaannya hingga ayat Kursi yang terakhir untuk terus memastikan bayang-bayang hitam tu benar-benar lenyap. Hilangnya lembaga hitam tersebut disertai dengan bau seperti sesuatu yang terbakar.
Keesokan paginya, Ka’ab mendapati pada salah satu sudut rumah tersebut terdapat bekas-bekas abu seakan-akan ada sesuatu yang telah terbakar. Dan serentak dengan itu, Ka’ab mendengar suara ghaib tanpa rupa berkata, “Hai Ka’ab, engkau telah membakar Jin Ifrit yang sangat ganas.”
“Dengan apa aku membakarnya?” tanya Ka’ab dengan nada hairan.

“Dengan firman Allah, Walaa Yauuduhu hifzuhumaa wa huwal aliyyul ‘adziim,” jawab suara ghaib tersebut.
Nampak tak? Betapa hebatnya ayat Kursi. Jadi guys. Amalkan baca ayat Kursi sebelum tidur. Semoga memberi manfaat. Baca dengan penuh khusyuk dan fahamkan apa maknanya.
Semoga dengan amalan membaca ayat Kursi dalam kehidupan seharian kita boleh membuatkan kita terhindar dari perasaan hasad dengki manusia dan gangguan dari jin.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to سَيْف
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!