Profile picture
Azrul Izzaham @AzrulIzzaham
, 15 tweets, 3 min read Read on Twitter
Ini thread untuk aku ceritakan perbezaan antara GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan Cukai pendapatan.

Sebab ramai dah konfius ni. Apa kejadah dua-dua nak kena bayor ni. Kerajaan dah sengkek sangat ke semua nak sauk. Jadi eloklah ia di faham secara adil.
1. Definisi

GST - Cukai yang dikenakan oleh sesebuah perniagaan kepada pelanggan di atas jualan barang atau perkhidmatan yang diberikan.

Cukai Pendapatan - Cukai yang dikenakan kepada individu atau syarikat di atas pendapatan yang dihasilkan setahun.
2. Cara Fungsi

GST - Cukai akan dikenakan 6% ke atas jualan barang atau servis. GST ada barangan yang berkadar sifar (0%).

Cukai Pendapatan - Cukai dikenakan bergantung kepada gaji, komisen, elaun, atau keuntungan sesebuah perniagaan/syarikat.
3. Kadar

GST - 6% dan 0%

Cukai Pendapatan - Individu (termasuk Enterprise), 0% - 28%, Syarikat 18% dan 24%.
4. Jenis

GST - Cukai tak Langsung. Kau bayar cukai kepada penjual barang atau servis, mereka tukang kutip cukai yang akan buatkan bayaran kepada kerajaan.

Cukai Pendapatan - Cukai Secara Langsung. Kau rakyat bayar terus cukai pendapatan kepada kerajaan.
5. Badan Berkuasa

GST - Kau bayar melalui pihak Kastam Diraja Malaysia.

Cukai Pendapatan - Kau bayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Jadi jangan buat kelakar borang cukai pendapatan pergi hantar dekat Kastam.
6. Syarat - GST

Jualan sesebuah perniagaan cecah RM500K kau wajib daftar akaun GST. Itu syarat utama yang jelas. GST dia ada konsep output dan input tax.

Output tax - Cukai GST yang kau kenakan pada pelanggan.

Input tax - Cukai GST yang pembekal kenakan kepada kau.
Sebagai pendiri bisnes, kalau kau daftar GST, kau tak perlu bayar cukai yang kau collect dari pelanggan semuanya. Sebab, cukai yang kau kenakan pada pelanggan (Output tax) boleh tolak dengan cukai yang pembekal kenalan pada kau (Input tax), baki tersebut kau bayar pada kastam.
Apa jadi kalau Input tax lebih tinggi dari output tax? Maksud dia ada cukai lebih bayar kepada pembekalkan? Yang tu kau boleh claim balik. Ada proses dia. Orang nak duit kau senang, kau nak duit kau balik susah, jadi kau akur jela dengan proses yang pelbagai sebelum dapat refund.
Kalau jualan tak capai RM500K, perlu daftar GST tak? Perlu! sekiranya pembekal kau kenakan GST kepada bisnes kau. Bila pembekal caj GST kepada kau dalam keadaan bisnes kau sendiri tak daftar GST, macam aku kabor tadi, kau tak boleh claim input tax tadi. Kau pun tak caj GST.
Jadi bila GST yang supplier kenakan kau tak boleh claim sebab tak daftar GST, kau kena tanggung GST tersebut. GST tersebut adalah sebagai belanja (kos) bisnes. Belanja tersebut tak dibenarkan untuk isytihar cukai pendapatan nanti.
Bila ia tak di iktiraf sebagai belanja, belanja tersebut perlu dikeluarkan. Belanja bisnes akan berkurang. Bila belanja kurang, profit naik. Profit naik secara tak langsung cukai pendapatan pun naik.
Formula : Jualan - Kos Belian - Belanja = Untung Bersih
6. Syarat - Cukai Pendapatan
Bagi individu sekiranya pendapatan tahunan kau RM34,000 setahun atau RM2,800 sebulan kau jatuh kategori layak declare cukai. Declare dan kena cukai dua benda berbeza. Kau kena faham.
Bagi syarikat pula, takda pengkhususan. Selagi mana kau membuat pendapatan di Malaysia, kau kena daftar nombor cukai syarikat. Samada kena atau tidak cukai, kau wajib declare.
Ini sedikit asas yang aku nak kongsikan. Supaya takdalah orang konfius sangat bab ni. Harap kau dapatlah faham sikit walaupun tak dapat nak faham semua. Majulah cukai untuk negara malaysia tercinta cumi cumi!

#TwtCukaiMY
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Azrul Izzaham
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!