Profile picture
Admin | TwtLelaki @TwtLelaki
, 50 tweets, 8 min read Read on Twitter
Ini adalah thread tentang Ashabul Kahfi atau dikenali sebagai The Seven Sleepers. Kalau ada salah sila betulkan okay. Kalau ada info, sila tambah. Jom relax sambil baca thread ni. Bismillah. *gambar sekadar hiasan*
Kisah ini disebut dlm Al-Quran berkenaan sekumpulan pemuda beriman yg melarikan diri ke dlm gua kerana mempertahankan keimanan mereka. Kisah ini berlaku pada zaman Kaisar Kesatuan Rom. Ketika itu, Kaisar Rom adalah penganut paganisme & menjadikannya sbg kepercayaan rasmi negara.
Namun, sekumpulan pemuda (Ashabul Kahfi) penganut Nasrani yg berpegang teguh pada agama menentang & menolak kepercayaan rasmi pemerintah itu. Pendirian mereka itu menyebabkan Kaisar memerintahkan supaya mereka ditangkap & dibunuh.
Apabila mengetahui tentang perintah itu, para pemuda itu melarikan diri ke dalam sebuah gua. Dipendekkan cerita, gua tempat persembunyian mereka akhirnya ditemui Kaisar, yg kemudian mengarahkan supaya para pemuda itu ditanam hidup-hidup dgn menutup gua berkenaan dgn batu.
Dgn kuasa-Nya, Allah menutup telinga mereka & menidurkan mereka. Apabila tersedar drpd tidur, para pemuda itu menyangka mereka hanya tidur selama setengah ataupun sehari sahaja. Rupa-rupanya mereka tertidur selama 309 tahun dgn zaman yg sudah berubah.
Negara Rom pd ketika itu sudah berada di bawah kepimpinan Kaisar Theodosius II (408-450) yg menganut agama Nasrani & menjadikan agama itu, agama rasmi negara.
Pengakhiran kisah ini, para ashabul kahfi dimatikan Allah & jasad mereka kemudian dikebumikan di gua yg sama. Allah mengabdikan kisah ini dlm surah Al-Kahfi, ayat 9-26 yg bermaksud:
9. “Adakah engkau menyangka (Wahai Muhammad), kisah Ashabul Kahfi & Ar-Raqiim itu shj yg menakjubkan di antara tanda-tanda yg membuktikan kekuasaan Kami?” 10. “(Ingatlah peristiwa) ketika sekumpulan org muda pergi ke gua lalu mereka berdoa, ‘Wahai tuhan kami, kurniakanlah kami
Rahmat drpd sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kpd kami demi keselamatan agama kami’.” 11. “Lalu, Kami tidurkan mereka dgn nyenyaknya dlm gua itu bertahun-tahun lamanya.” 12. “Kemudian, Kami bangkitkan mereka drpd tidur , supaya Kami dpt menguji
Siapakah drpd dua golongan di antara mereka yg lebih tepat kiraannya, perihal lamanya mereka hidup (di dlm gua itu).” 13. “Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dgn benar. Sebenarnya mereka itu org muda yg beriman kpd tuhan mereka, dan Kami tambah dgn hidayah
Petunjuk utk mereka.” 14. “Kami kuatkan hati mereka (dgn kesabaran & keberanian) semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata, ‘Tuhan kami adalah tuhan yg mencipta & mentadbirkan langit & bumi, kami tidak akan sekali-kali menyembah tuhan selain daripadanya.
Sekiranya kami menyembah selainnya, bermakna kami memperkatakan & mengakui apa yg jauh drpd kebenaran.” 15. “(Mereka berkata pula sesama sendiri), ‘Kaum kita itu menyembah beberapa tuhan yg lain drpd Allah.’ Sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yg nyata bagi
Membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yg mereka sembah itu? (Tetapi mereka tidak dpt berbuat demikian). Maka tidak ada yg lebih zalim drpd org yg berdusta kpd Allah. 16. “Oleh kerana kamu sudah mengasingkan diri drpd mereka & drpd apa yg mereka sembah selain drpd Allah,
Maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya tuhan kamu melimpahkan rahmatnya kpd kamu & menyediakan kemudahan2 demi (menjayakan) urusan kamu dgn memberikan bantuan yg berguna.” 17. “Engkau akn melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka, dan apabila
Ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dlm satu ruangan gua itu. Itulah tanda2 (yg membuktikan kekuasaan) Allah. Org yg diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dialah yg berjaya mencapai kebahagiaan, & bagi org yg disesatkan-Nya, tidak sekali-kali
Beroleh sebarang penolong yg dpt menunjukkan (jalan yg benar) kepadanya.” 18. “Engkau menyangka mereka sedar, padahal mereka tidur, & Kami balik-balikkan mereka dlm tidur ke sebelah kanan & ke sebelah kiri. Anjing mereka pula menghulurkan dua kaki depannya berhampiran pintu gua.
Sekiranya engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri drpd mereka & tentulah engkau akan merasa gerun takut kpd mereka.” 19. “Demikianlah pula Kami bamgkitkan mereka (drpd tidur) supaya mereka tertanya sesama sendiri. Seorang drpd mereka bertanya,
‘Berapa lama kami tidur?’ Sebahagian drpd mereka menjawab, ‘Kita sudah tidur selama sehari ataupun sebahagian darinya.’ Sebahagian lagi drpd mereka berkata, ‘Tuhan kamu lebih mengetahui perihal lamanya kamu tidur, skrg utuslah seorang drpd kamu, membawa wang perak kamu ini
Ke bandar, kemudian biarlah dia mencari & memilih mana2 jenis makanan yg lebih baik lagi halal yg dijual di situ. Kemudian, dia perlu membawa kpd kamu sedikit habuan drpdnya, & hendaklah dia berlemah-lembut dgn bersungguh-sungguh (semasa di bandar).
Usahlah melakukan perkara yg menyebabkan sesiapapun menyedari hal kamu.” 20. “Sebenarnya, apabila mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dgn membunuh kamu, ataupun mereka akn mengembalikan kamu kpd agama mereka (secara paksa). Apabila ini berlaku,
Kamu tidak sekali-kali akn berjaya selama-lamanya.” 21. “Demikianlah Kami dedahkan hal mereka kpd org ramai supaya org itu mengetahui janji Allah menghidupkan semula org mati adalah benar, & hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya. Pendedahan itu berlaku semasa org itu
Berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula org yg sudah mati. Selepas itu maka (sebahagian drpd) mereka berkata, ‘Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jua yg mengetahui hal ehwal mereka.’ Org yg berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) berkata,
‘Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka.’” 22. “(Sebahagian drpd) mereka berkata, ‘Bilangan Ashabul Kahfi itu ada tiga org, yg keempatnya ialah anjing mereka,’ & setengahnya pula berkata, ‘Bilangan mereka lima org, yg keenamnya ialah anjing mereka,’ -
Secara meraba-raba dlm gelap perkara yg tidak diketahui. Sesetengahnya yg lain berkata, ‘Bilangan mereka tujuh org & yg ke-lapannya ialah anjing mereka.’ Katakanlah (wahai Muhammad) , ‘Tuhanku lebih mengetahui bilangan mereka, tiada yg mengetahui bilangannya melainkan sedikit.’
Oleh itu, jgn lah engkau berbahas dgn siapa pun tentang mereka melainkan dgn bahasan (secara sederhana) yg nyata (keterangannya dlm Al-Quran), & jgn lah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kpd seorang pun drpd golongan (yg membincangkannya).”
23. “Jgn lah engkau berkata tentang perkara (yg hendak dikerjakan), ‘Aku akan lakukan yg demikian itu, kemudian nanti.’” 24. “Melainkan (hendaklah disertakan dgn berkata), ‘In Shaa Allah’. Ingatlah serta sebutlah Tuhanmu sekiranya engkau lupa, & katakanlah, ‘Mudah-mudahan
Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yg lebih dkt & lebih terang drpd ini.’” 25. “Dan mereka tinggal di dlm gua mereka tiga ratus tahun & ditambah sembilan tahun (lagi).” 26. “Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Allah jua yg mengetahui perihal masa mereka tidur. Bagi-Nyalah
Ilmu pengetahuan, segala rahsia langit & bumi. Terang sungguh penglihatanNya (kpd segala-galanya). Tidak ada pengurus utk penduduk di langit & di bumi, selain drpd-Nya & Dia tdk menjadikan siapa pun masuk campur dlm hukum-Nya.’”
Sehingga kini, ahli sejarah, penyelidik & agamawan masih berbeza pendapat pd beberapa kisah Ashabul Kahfi. Antaranya adalah nama Kaisar Rom yg melakukan penganiayaan kpd umat Nasrani ketika pemuda Ashabul Kahfi melarikan diri, jumlah penghuni gua Kahfi & lokasi gua yg sebenar.
Kebanyakan naskhah sastera memberi petunjuk Kaisar yg dimaksudkan dlm kisah Ashabul Kahfi itu adalah Kaisar Daqyanus ataupun Decius. Ia berdasarkan pengiraan mundur 200 tahun dr zaman Kaisar Theodosius II (408M-450M). Namun, apabila meneliti semula kandungan Al-Quran,
Ada percanggahan fakta kerana Al-Quran menyebut masa tidur pemuda kahfi adalah selama 309 tahun sebagaimana diceritakan dlm surah Al-Kahfi, ayat 25 yg disebutkan tadi. Seperti yg kita ketahui, Al-Quran diturunkan di Semenanjung Arab & sistem pengiraan kalendar yg digunakan
Adalah berdasarkan peredaran bulan ataupun hijrah. Apabila jumlah tahun yg disebutkan dlm ayat di atas ditukarkan ke tahun matahari (solar) ataupun Masihi, kiraannya seperti ini:
1 tahun Masihi = 365,2422 hari
1 tahun Hijrah = 354,3605 hari
1 tahun Hijrah = 0.97 tahun Masihi
309 tahun Hijrah = 299.80 ~ 300 tahun Masihi
Jadi, para pemuda kahfi ditidurkan oleh Allah selama 309 tahu Hijrah ataupun bersamaan dgn 300 tahun Masihi. Drpd hitungan tahun tadi, pemerintahan Kaisar Rom yg memerintah ketika pemuda kahfi melarikan diri kedlm gua adalah kira-kira di antara tahun 108-150M.
Persoalannya, antara Kaisar Rom yg berkuasa pada tahun 108-150M adalah Trajan (98-117), Hadrian (117-138) & Antoninus Pius (138-161). Eusebius dlm bukunya Ecclesiastical History mencatatkan ada beberapa Kaisar Rom yg pernah melakukan penganiayaan & pembunuhan kpd umat Nasrani,
Iaitu Nero (54-68), Titus (79-81), Trajan (98-117), Marcus Aurelius (161-180), Septimius Severus (193-211), Decius (249-251), & Diokletianus (284-305). Calon paling kuat yg dikatakan mengejar & hendak membunuh pemuda kahfi adalah Kaisar Kesatuan Rom Trajan.
Mengenai jumlah pemuda kahfi , penganut agama Nasrani Katolik yakin jumlah mereka seramai 7 org bernama Maximianus, Malkhus, Martinianus, Dionysius, Joannes, Serapion & Constantinus. Sebahagian para ulama’ Islam juga mempunyai pandapat yg sama & nama-nama pemuda itu adalah
Maksalmina, Martinus, Kastunus, Bairunus, Danimus, Yathbunus & Thamlika serta seekor anjing bernama Kithmir. Sehingga kini tiada yg pasti akan lokasi sebenar gua kahfi. Beberapa lokasi yg dikatakan mempunyai hubungan dgn kisah ini adalah Gua Ephesus, Tarsus, Kahramanmaras,
Mardin di Turki, Abu Alanda di Jordan & Jabal Qassiyun di Syria. Para cendiakawan, ahli sejarah & agamawan berpendapat Gua Kahfi adalah di antara Gua Efesus di Turki & Gua Abu Alanda di Jordan. Let me remind you guys, ini hanya teori dan kajian serta perbincangan. Jangan pulak
Kata aku sebar benda palsu or menipu. This thread need you to think and buat sikit research. so kita sambung balik.
1. Gua Efesus, Turki. Dijumpai pd tahun 1927. Di dlm gua ini terdapat ratusan perkuburan dr abad kelima dan keenam. Faktor oenting yg menyebabkan gua ini dikatakan sbg gua Kahfi oleh penganut Yahudi dan Nasrani adalah adanya tulisan pd batu yg mengisahkan ‘The Seven Sleepers’
Pada dinding gereja dan di dalam kubur.
2. Gua Abu Alanda, Jordan. Juga disebut Gua Ar-Raqim terletak 7km sebelah timur dr ibu kota Jordan, Amman. Secara tepatnya, lokasinya di antara Amman & Shahab. Gua ini ditemui oleh ahli arkeologi Jordan bernama Wafa Al-Dajani pada tahun 1963.
Dikawasan ini terdapat dua buah masjid tua. Yang pertama terletak betul-betul di atas gua & bahagian lainnya di hadapan halaman gua. Ada 8 buah perkuburan dijumpai di dlm gua ini termasuk tulang-belulang manusia, satu kacip gigi & tulang rahang atas anjing. Selain fosil
Tulang manusia & anjing, dijumpai juga mangkuk tanah liat , lampu, sikat, cincin & beberapa mata wang perak & tembaga zaman Rom & Islam.
Susunan di dlm gia itu ada tiga bahagian, satu bahagian menghala ke utara, ruang kanan menghala ke timur & ruang kiri ke arah barat. Di dlmnya terdapat kubur berupa keranda. Pd kubur itu terdapat cetakan-cetakan timbul seni bina Rom & Nasrani seberti bintang berbucu lapan,
Bulan & bintang berbucu lapandan cetakan lain. Di bahagian timur gua pula, ada satu terowong kecil yg menyerupai cerobong asap. Di samping itu, gua ini memiliki ciri-ciri seperti yg disebut di dlm Al-Quran dlm surah al-Kahfi ayat 17.
Di atas gua Abu Alanda terdapat sebuah rumah ibadat (kini berdungsi sbg masjid). Masjid ini dahulunya adalah rumah ibadat org Nasrani pd zaman Khalifah Hisham bin Abdul Malik bin Marwan (724-743M). Rumah ibadat ini kemudian dijadikan masjid.
Susunan gua Kahfi, artifak, fosil manusia serta keselarasannya dgn ciri-ciri dlm ayat-ayat Al-Quran & naskhah-naskhah klasik lainnya, menguatkan dakwaan yg gua Abu Alanda di Jordan adalah lokasi paling tepat Gua Kahfi ataupun The Cave of the Seven Sleepers. Wallahualam.
Itu sahaja. Sekian. Kalau ada salah mohon betulkan. Yang penting buka laa Al-Quran tu kalau nak tahu kisahnya plus ambil teladan. That’s all guys. Thank you. 😊
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Admin | TwtLelaki
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!