Profile picture
Ahmad Nu'man @numanmazlan
, 38 tweets, 5 min read Read on Twitter
20 BENDA KENA HADAM PASAL COMANGO!
Oleh @UmmuAIMAMA

(bebenang)

#LiberalLogic
1. Sebelum citer pasal COMANGO, kita citer latar belakang dulu.. Iaitu berkait Universal Periodical Review (UPR) yang dikelolakan oleh United Nations Human Rights Council (UNHRC)..
2. UPR ni proses berkala untuk cek rekod 193 negara ahli bawah UN (atau PBB) dalam isu hak asasi manusia.
3. Kenapa nak kena cek rekod? Sebab ada negara yang langgar hak asasi manusia.. Hak asasi camne tu? Bunuh orang, tindas orang, stress kan orang, rampas hak orang, sakitkan orang, dan sebagainya.. Begitulah sepatutnya peranan UPR ni..
4. UPR punya matlamat.. nak baiki keadaan hak asasi manusia di setiap negara ahli.. kiranya bak kata Michael Jackson, “heal the world... make a world a better place”...🌇
UPR juga akan kongsikan “best practice” atau amalan terbaik negara2 ahli UN dalam hak asasi manusia.. Contohnya, negara A hebat bab jaga kebajikan banduan penjara, jadi negara A dijadikan panduan macam mana negara2 ahli UN lain patut contohi..
5. Masa UPR Pusingan Pertama (First Cycle) iaitu tahun 2008-2011.. Ada Sesi 1 hingga Sesi 12 berlaku dalam tempoh tersebut .. 16 negara disemak setiap sesi.. Malaysia disemak masa Sesi 4 tahun 2009..
6. Masa UPR Pusingan Kedua (Second Cycle) iaitu tahun 2012-2016.. Ada Sesi 13 hingga Sesi 26.. 14 negara disemak setiap sesi.. Malaysia disemak masa Sesi 17 tahun 2013
7. Skang ni, kita dah masuk UPR Pusingan Ketiga (Third Cycle) iaitu tahun 2017-2021.. Ada Sesi 27 hingga Sesi 40.. 14 negara disemak setiap sesi.. Malaysia disemak masa Sesi 31 nanti, iaitu tahun ini pada bulan November 2018..
8. Sape yang layak buat semakan (review)? Ada 47 negara dipilih UNHRC untuk jadi UPR Working Group.. Macam pengawas la gitu..
9. Setiap negara yang disemak dan dinilai, akan 47 negara pengawas tadi.. 3 negara akan jadi “troikas” yang akan bertugas sebah “rapporteurs”.. Macam kat sekolah la, keje pengawas ni catat nama orang, kesalahan orang, dan lapor kat guru PK HEM,
so depa ni yang melaporkan untuk negara yang disemak ..
Troika untuk Malaysia :
- masa Sesi 4 : Nicaragua, Qatar, Egypt
- masa Sesi 17 : Kenya, Japan, Switzerland
- masa Sesi 31 nanti : South Africa, Nepal, Cuba
10. Apa senarai semak untuk pengawas ni cek setiap negara? Ada 3 dokumen utama
i) maklumat dan laporan yang disampaikan sendiri oleh negara yang disemak.. (biasanya pihak kerajaan)
ii) maklumat dan laporan dari badan yang bebas yang pakar bab2 hak asasi (Special Procedures) , badan2 perjanjian hak asasi (Treaty-based Bodies ; macam CEDAW, CERD, CRC, dll ) dan lain2 entiti UN
iii) maklumat dari pihak berkepentingan dari negara yang disemak, macam “pengawas” dalam negara sendiri, .. Yang “troika” tadi pengawas negara lain.. Pihak berkepentingan ni boleh jadi persatuan2, pertubuhan2, NGO2 dan suruhanjaya (contoh macam COMANGO haaaaa...)
11. Sekarang korang dah mula nampak COMANGO tu kat mana kedudukan dia kan.. Untuk makluman ada NGO lain gak, bukan COMANGO sorang, konon dia aje buat keje jaga hak asasi manusia kat Malaysia ni .. Lagi satu MACSA pun ada..Tolong like sikit facebook.com/MACSA2018/
12. Macam mana proses semakan akan dijalankan.. Berlaku satu diskusi interaktif antara negara yang disemak dengan negara2 lain.. Kita panggil ia UPR Working Group..
13. Giliran Malaysia nanti masa Sesi UPR ke 31.. UPR Working Group dengan Malaysia adalah 13 negara lain : Arab Saudi, Senegal, China, Nigeria, Mexico, Mauritius, Jordan, Republik Afrika Tengah (CAR)...
Mereka ni lah yang akan diskusi sesama sendiri.. Sebelum masing2 dihisab oleh 47 pengawas tadi 😹
14. Boleh ke NGO terlibat dalam proses UPR? Ya, boleh.. macam yang disebut dalam point 10 & 11... Mereka terlibat dalam proses dalam point 12, NGO2 boleh hadir UPR Working Group sessions..
15. NGO2 setiap negara ni boleh keluarkan kenyataan sama ada nak back-up negara dia atau nak report negara dia berkenaan isu hak asasi manusia.. Tapi bukan sebarang NGO boleh join working group tu, depa kena ada hubungan perundingan dengan ECOSOC (UN Economic and Social Council).
16. Apa benda yang disembangkan dalam UPR? Benda2 yang dibincangkan perlu berteraskan
i) UN Charter (Piagam PBB), depa tak pakai Piagam Madinah..😅
ii) UN Declaration of Human Rights (Deklarasi Hak Asasi Manusia PBB)
iii) instrumen hak asasi manusia yang dilanggan oleh ahli negara UN tu
iv) ikrar2 berkaitan hak asasi manusia yang ahli negara UN tu janji
v) mana2 undang2 antarabangsa berkaitan hak asasi manusia
17. Sekarang sedikit sebanyak korang dah tau pasal latar belakang UPR... Jadi.. Persoalan seterusnya, kenapa kecoh sangat pasal COMANGO?
18. COMANGO ni nak repot yang buruk2 tentang negara kat UPR.. benda yang majoriti rakyat Malaysia tak suka! Cuba tengok sikit masa Cycle UPR yang lepas haritu.. Apa yang mereka nak Malaysia buat! Mereka sarankan seperti berikut:
i) Suruh Malaysia ikut Artikel 14 dalam CRC (Committee on the Rights of the Child) iaitu HAK ANAK-ANAK UNTUK PILIH AGAMA SENDIRI, ADALAH SALAH BAGI IBU BAPA MENETAPKAN AGAMA ANAKNYA!
Yang Muslim tu, esok anak lahir jangan gatal2 nak azan dan iqamat kan anak.. sebab mak bapak takde hak tentukan anaknya agama apa.. Yang Kristian pun jangan cepat2 beno nak baptiskan anak tu..
ii) Orang Malaysia kena terima hak-hak SOGI (sexual orientation & gender identity).. Maksudnya tidak boleh ada sebarang sekatan nak jadi LGBT.. Kanun Keseksaan 377A pasal liwat pun depa nak suruh hapuskan..
Kalau lelaki tu jadi transgender perempuan, dia nak masuk tandas perempuan.. Jangan marah oi kakak2... diskriminasi namanya.. Nanti silap haribulan kakak2 sekalian kena saman pula.. Liwat dan zina pun tak pe dah, asal suka sama suka...
iv) Menggugat kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.. ingin kesamarataan kedudukan agama.. kebebasan beragama
Syiah boleh sebar.. Ahmadiyyah boleh sebar.. Muktazilah boleh sebar.. Ayah Pin boleh sebar.. (Dan kalau ikut logik dia ni ISIS pun boleh sebar) Dan kalau Kristian guna kalimah Allah, iman, masjid, dan kalimah yang khusus untuk Islam, ap salahnya pun.. takpe..
19. Jangan la terkabur biji mata dengan tuntutan2 “baik” COMANGO.. hak banduan, hak wanita.. Dalam susu sebelanga, depa taruk 7-8 ketul tahi cicak.. Sanggup korang nak minum? Patut yang mana hak asasi lain untuk kita jaga.. Seperti hak kanak-kanak, hak pelarian..
Tak boleh ke sembang kat dalam negara dulu, tengok apa usaha boleh buat? Cepat beno nak jaja buruk negara sampai ke luar, pastu nak kenakan tekanan dari luar untuk Malaysia berubah?
Gamaknya orang2 COMANGO ni, rumahtangga dia pun camtu.. Gaduh sikit laki bini, panggil jiran, tok siak, YB Adun datang selesaikan masalah..
20. Orang Malaysia yang berkesedaran dan harus berdiri dengan prinsip-prinsip asas negara ini.. Terutamanya yang Muslim.. kena pertahankan kedaulatan Islam dalam UPR , bahkan dalam mana2 platform yang cuba beri tekanan kepada kita.. Jangan jadi talibarut dan pengkhianat agama..
Bahkan kita kena buktikan Islam adalah agama yang sangat menjaga hak asasi manusia dengan cara yang sesuai dengan fitrah manusia..
Contohnya, LGBT tu bukan dengan kita halalkan undang2 untuk mereka sesuka hati berSOGI.. 👨‍❤️‍💋‍👨👩‍❤️‍💋‍👩👩‍👩‍👦👨‍👨‍👦
tetapi kita terapikan untuk mereka kembali kepada SOGI asal mengikut biologi dan heteronormativiti.. 👨‍👩‍👧👨‍👩‍👧‍👦💑
Semoga kita semua celik mata, dan nyatakan sokongan kepada NGO2 waras yang pergi ke UPR.. dan semestinya TOLAK COMANGO!
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Ahmad Nu'man
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!