Yang tu aku tak mau cerita la, sebab memang dah banyak cerita pasal tu.
KLIA 2??
Aku baru berpeluang merasai sendiri kisah yang agak seram.
Lokasi?
Jom ikuti kisah seram aku di KLIA 2.
Malam tu, flight aku dari Kuching dijangka berlepas pukul 7.30, tapi delay punya delay, pukul 9 jugak la bertolak.
Aku pun dah niat nak buat jama' takhir.
So, aku tekad bila sampai KLIA 2, aku solat la nanti.
Siap ambil bagasi semua bagai, pukul 11.50 malam.
Aku call adik aku, cakap tunggu sat.
Aku nak pi solat jama' takhir sat.
Adik aku pun masih ada di Nilai. So sempat la aku menunaikan tanggungjawab aku.
Di mana lokasi surau?
Biarlah rahsia.
Yang penting aku tuju surau tu, seorang diri.
Sunyi.
Mungkin semua orang dah selesai solat. Tinggal aku je belum.
Aku pun letak bagasi di muka pintu dan mengambil wuduk.
Belakang bahu aku terasa di sentuh lembut.
Aku toleh belakang.
Kosong. Tak ada kelibat sesiapa.
Aku malas nak fikir.
Mungkin aku pun letih.
Maklumlah kerap berulang-alik Semenanjung-Kuching.
Mengantuk.
Perjalanan ulang-alik kerana PJJ ni sungguh menguji.
Keluh aku. Berat.
Aku duduk sebentar, bersandar di dinding surau.
Tiba-tiba...
Pelawa sorang pakcik ni.
Jernih air muka, berjanggut sejemput, sepanjang sejengkal.
Dia tenung aku sambil menghadiahkan senyuman. Ikhlas.
"Boleh pakcik."
Aku spontan menjawab dan berimamkan pakcik ni.
Semuanya macam biasa.
Pakcik tu siap sedikit sebak ketika mengalunkan bacaan Quran, ayat tertentu.
Mungkin maknanya sedih.
Aku membuat telahan.
Ni sujud terakhir.
Aku pun sujud.
1 minit berlalu.
2 minit berlalu.
Masih juga tidak bangun dari posisi sujud.
Masuk ke minit kelima.
Aku bangun dari sujud.
Sebab aku bimbang jika ada benda jadi kat pakcik tu, pengsan ke, meninggal ke.
Aku pun bangun.
Lepas aku bangun, aku lihat tempat imam tiada manusia pun.
Pakcik berjubah, berserban putih tadi langsung tak meninggalkan jejak.
Malahan sejadah pun terbentang luas.
Aku cepat-cepat habiskan bacaan tahiyat akhir solatku.
Masa tu, dalam pemikiran aku nak cepat.
Nak cepat habis dan cepat tinggalkan surau ni.
Tiba-tiba je.
Satu badan aku seram sejuk.
Menggigil-gigil.
Aku pun acah-acah tabah.
Terus berdoa dan baca segala ayat lazim yang masih mampu keluar dari mulut aku.
"BANG!"
Aku capai bagasi.
Dan berlari menuju ke pintu utama surau.
Masa aku menuju ke pintu surau.
Sempat aku mengerling di dalam cermin muka yang memantulkan tempat sejadah aku dan pakcik tadi bersolat.
Apa aku nampak??
Dalam ketakutan yang memuncak menyerang, aku sempat curi tengok kembali di atas sejadah.
Tiada siapa-siapa atau apa-apa objek seperti dipertontonkan dalam cermin.
Muka aku pucat. Berlari menuju pintu keluar.
Bagasi berat pun aku jinjing selamberrr...
Kencing pun aku tahan, dan melepas di Petronas on the way balik.
Tu kejadian seram aku di KLIA 2.
Korang??
Ada pengalaman serupa?
Jom kongsi...
#ArkibAngkerNegara
#SeramSP
#klia2