Profile picture
ハキム @abstrakim
, 89 tweets, 7 min read Read on Twitter
Sebelum ada internet sebenarnya sudah ada satu platform rahsia untuk penjenayah melakukan bisnes mereka..

Ianya seperti dark web cuma ianya adalah siaran tv

Rt guys,supaya tak kesunyian melayari thread ini..

Ini adalah thread
Cerita ini berlaku pada sekitar tahun 90an
Pada suatu malam..Jimmy ,ibu dan abangnya pergi ke rumah neneknya ..
Dirumahnya hanya tinggal bapanya dan adik perempuannya
Pada malam tu tiba tiba di rumahnya terdapat satu panggilan..bila bapa jimmy angkat panggilan tu terdengar suara meminta tolong"tolong aku,tolong aku"
Bapa jimmy terus tutup panggilan tu dengan menganggap itu hanya satu gurauan..tiba tiba sekali lagi ada satu panggilan yang sama meminta tolong
Tapi bila bapa jimmy bertanya "tolong apa" ,suara itu tidak menjawab hanya menyambung meminta pertolongan
Pangilan itu dilakukan berkali kali ....tiba tiba adik perempuan jimmy pergi ke bapanya dan berkata"pa ada orang depan pintu mintak tolong"..bapa jimmy terkejut
Bapa jimmy pun berdiri depan pintu..memang betul ada suara orang meminta tolong..bapanya pun nak bukak pintu tapi dihalang anak perempuanya dengan berkata"pa jangan lah bukak,rasa seram la"
bapa jimmy tersenyum sambil berkata"kalau ada orang minta tolong,kita kena tolong"..bapanya pun membuka pintu depan rumahnya
6 jam berlalu,
jimmy ,ibunya dan abangnya pun baru pulang dari rumah neneknya dengan kereta..smpai didepan rumah mereka..mereka terkejut sebab pintu rumah tak ditutup
Ibu jimmy turun dari kereta terus masuk kedalam rumah ..tiba tiba kedengaran suara ibu jimmy menjerit
Jimmy dan abangnya kelam kabut masuk kedalam rumah untuk melihat kenapa ibunya menjerit
Jimmy terkejut melihat bapanya dan adiknya mati dalam keadaan yang mengerikan..penuh darah di ruang rumah..
Jimmy melihat di dinding rumahnya ada tulisan menggunakan darah iaitu bertulis "tolong aku,tolong aku,jangan biarkan aku membunuh lagi"
Abang jimmy terus menghubungi pihak polis ..
Sebulan telah berlalu ,siasatan masih dijalankan tapi pembunuh bapa dan adiknya jimmy masih belum diketahui
Bapa jimmy seorang ahli perniagaan yang berjaya dan meninggalkan harta yang sangat banyak... Didalam fikiran jimmy,pembunuhan bapanya itu mungkin ada kena mengena dengan musuh perniagaan bapanya
Sejak pembunuhan itu berlaku,jimmy sekeluarga dapat rasakan mereka seperti diperhatikan didalam rumah dan diluar rumah
Jimmy cuba meminta pendapat kawan baiknya di sekolah iaitu fadhil ..
Fadhil cadangkan supaya jimmy letakkan video camera di dalam biliknya untuk rakamkan apa yang terjadi dalam biliknya..mungkin yang mengekori jimmy akan muncul dalam video tu
Jimmy pun letak video camera nya dalam bilik dan merakamnya sebelum pergi ke sekolah..
balik dari sekolah jimmy pun menonton video yang dirakam..
Setelah satu jam video itu dimainkan ..jimmy mula bosan sebab tiada apa yang berlaku..jimmy mula skip lajukan video tu..tiba tiba jimmy terkejut sebab dalam video tu ada orang berambut panjang berbaju putih membuka pintu biliknya
Orang berambut panjang berbaju putih itu memegang pisau yang berdarah..lama dia berdiri depan pintu..setelah 2 jam video itu..orang berambut panjang itu masuk ke dalam tandas di dalam bilik jimmy
Jimmy lajukan video tu..sampai la dalam video itu ada rakaman jimmy membuka pintu biliknya iaitu masa jimmy baru balik dari sekolah..masatu baru jimmy perasan
Orang berambut panjang yang dirakam masih ada dalam tandas..
jimmy mula rasa seram.bulu roma jimmy mula naik..jimmy pun bangun dan hendak pergi membuka pintu tandas
Jimmy buka pintu tandas dengan perlahan,jimmy terkejut..
Tiada orang berambut panjang tu..tapi tandasnya ada pisau dengan darah..jimmy berlari keluar dari bilik dan menunjukkan semua itu kepada ibunya
Ibunya juga berkata yang dirinya juga rasa seperti diperhatikan ...jadi jimmy mengajak ibunya untuk pindah..ibunya bersetuju cuma biarlah selepas wasiat bapanya yang akan dibaca oleh peguam pada malam itu
Pada malam itu..peguam datang ke rumah dan ramai ahli keluarga jimmy yang lain juga datang untuk mendengar wasiat..
Selepas habis wasiat dibaca,jimmy terkejut sebab namanya tiada dalam wasiat...jimmy memandang ibunya..ibunya tetiba menangis
Jimmy pergi kepada ibunya untuk menenangkan ibunya..tiba tibanya ibunya berkata"maafkan ibu sebab tak pernah bagitahu yang sebenarnya kau anak angkat sahaja"
Jimmy terkejut dengan kenyataan ibunya..
Keesokkan harinya jimmy pergi berjumpa kawannya fadhil untuk berkongsi masalah
Fadhil bertanya kan soalan kepada jimmy"kau nak cari keluarga kandung kau,pembunuh ayah dan adik angkat kau?"
Jimmy mengangguk kan kepala..fadhil berkata"sampai sekarang pun polis tak dapat jumpa pembunuh kluarga angkat kau,aku rasa kau kene guna cara lain"
Jimmy bertanya"cara apa?"...fadhil berkata"kau ada rm1000,kalau ada kau beli satu siaran tv ni dengan kawan yang aku kenal ni,dalam siaran tv tu banyak yang bole bantu kau"
Jimmy bersutuju dan meminta ibunya rm1000 untuk membeli siaran tv tersebut..tapi penghantaran kelengkapan siaran tv tersebut mengambil masa seminggu untuk sampai kerumahnya
Dalam masa yang sama,jimmy sudah pindah kerumah baru...cuma yang pelik masa dirumah baru itu..owner lama rumah tu meminta untuk tidak menganggu bilik stor di belakang rumah tersebut..
Kata owner lama rumah tersebut.. bilik stor tu akan dirobohkan tak lama lagi..buat masa tu jangan ada sesiapa cuba masuk kedalam stor tu..jimmy mula jadi curious tentang stor tu.
Jimmy pun pergi ke bilik stor tu ..sampai di depan pintu bilik stor tu..jimmy cuba bukak pintu bilik stor tu tapi bilik stor tu berkunci
Tapi dipintu bilik stor tu ada satu lubang kecil..jimmy cuba lihat kedalam...
Keadaan sangat gelap dalam stor tu..tapi dalam keadaan stor yang gelap tu jimmy terkejut sebab di hujung dalam bilik stor tu kelihatan seperti ada seorang perempuan berambut panjang sedang berdiri..
Tiba tiba jimmy ditepuk dari belakang oleh abangnya sambil berkata"oi kau ngendap apa ha,kan dah cakap jangan kacau bilik stor ni"
Jimmy pun cakap"aku cuma nak tahu je apa yang ada dalam ni"..abang jimmy just cakap "suka hati kau la" dan berlalu pegi
Jimmy sekali lagi cuba melihat kedalam lubang pintu bilik stor tu tapi..
Tapi pandanganya seperti dihalang oleh sesuatu..yang jimmy nampak hanya lah warna merah..seperti lubang itu ditutupi sesuatu yang berwarna merah
Jimmy pun berlalu pergi dari bilik stor tu dan pergi kehadapan rumah..semasa di depan rumah..jiran yang lalu menyapa jimmy"duduk rumah ni ke?"
Jimmy menjawab "aah" jiran tu berkata"berani ea kamu duduk rumah ni,kalau saya tak berani"
Jimmy terkejut dan bertanya kenapa
Jiran itu menjawab"dulu anak owner lama rumah ni pernah bunuh diri dalam bilik stor belakang rumah ni,masa mayatnya dijumpai matanya berwarna merah pekat"
Jimmy terkejut mendengar apa yang dikatakan jiran tu ..jimmy terus masuk ke rumah dan mandi untuk menenangkan diri
Setelah seminggu sampai lah barang barang kelengkapan siaran tv yang dibeli ..jimmy memasang kelengkapan siaran tv tersebut
Selepas siap pasang.. jimmy pun bukak tv nya..terkejut terlalu bnyak siaran tv..tapi smuanya berkaitan dengan jenayah
Ada tv video pembunuhan,penculikan,penjualan dadah dan bermacam macam jenis jenis jenayah yang ada
Baru lah jimmy tahu yang fadhil ingin diri nya meminta tolong kepada penjenayah...
Masa melihat siaran tv tersebut,tiba tiba ada "iklan mengupah detektif untuk mencari keluarga yang hilang atau menjejaki pembunuh"
Disitu jugak tertera nombor telefon..jimmy terus menghubungi nombor tesebut untuk meminta pertolongan
Jimmy tahu yang dia akan minta tolong dari penjenayah...tapi dia sanggup ambil risiko untuk mengetahui kebenaran
Setelah dihubungi ..Jimmy diberi 2 cara untuk membayar kos mencari keluarga kandungnya dan pembunuh bapa angkatnya
Cara pertama ialah dengan membayar rm100000

Cara kedua ialah dengan ..
Membunuh pembunuh bapa angkatnya..
Jimmy berfikir...susah untuk dapat rm100000..jadi tanpa berfikir panjang jimmy memilih untuk membunuh pembunuh bapa angkatnya untuk membalas dendam
Keesokkan harinya datang seorang lelaki bertopeng kerumah jimmy mendakwa dirinya detektif yang diupah jimmy..lelaki bertopeng itu berkata dia akan kembali selepas sebulan
Selepas sebulan dia akan memberitahu siapakah pembunuh bapanya..dan jimmy kene bunuh pembunuh bapanya then baru detektif itu akan mencari keluarga kandungnya..jimmy bersetuju
Setelah sebulan..detektif itu datang lagi dengan memberikan gambar pembunuh dan bukti pembunuh itu membunuh bapa jimmy ...
Jimmy terkejut melihat gambar pembunuh tersebut,detektif itu memberikan jimmy pistol dan berkata"aku bagi kau masa 24 jam untuk bunuh dia,kalau tak,kau yang akan terbunuh"
Pada malam itu..Jimmy pun menyelinap masuk senyap senyap ke rumah pembunuh tersebut..apabila sampai didepan pintu bilik pembunuh..jimmy terus membuka pintu dan menghala pistol kepada pembunuh
Pembunuh itu gelak sambil berkata"jadi kau da tahu aku yang bunuh bapa angkat kau?"
jimmy pun jawab"aku tak sangka kawan aku sendiri akan bunuh bapa aku,kau memang tak guna fadhil"
Jimmy bertanya kenapa dia membunuh bapanya..fadhil menjawab"aku sama macam kau jugak,aku bunuh pembunuh abang aku"
Jimmy terkejut..fadhil teruskan berkata"bapak kau dah bunuh abang aku,abang aku dapat tahu korupsi yang berlaku dalam bisnes bapak kau,jadi bapak kau bunuh abang aku untuk tutup mulut"
Fadhil berkata lagi"Dan lepastu aku cuba cari pembunuh abang aku..aku jumpa siaran tv tu..dan aku takde duit nak bayar..jadi aku pilih untuk bunuh pembunuh'
Jimmy pun cakap"kenapa kau kenalkan aku dengan siaran tv tu kalau kau tahu aku akan bunuh kau"
Fadhil cuma menjawab dalam keadaan gelak"sebab aku ingat kau akan bayar rm100000 tu ..sebab keluarga kau kaya..dan kau takkan bunuh aku,sebab kita kawan baik"
Jimmy berasa marah dengan jawapan fadhil trus menembak fadhil bertubi tubi sehingga mati..jimmy terduduk dan menangis
Tetiba terdengar satu tepukan tangan dari luar pintu bilik..jimmy melihat rupanya detektif yang memakai topeng tu tepuk tangan
Detektif tu berkata "tahniah anda berjaya"..jimmy masih dalam keadaan emosi
Tiba tiba detektif tu cakap"tapi maafkan kami,sebab mulai harini kau kena kerja dengan kami"..jimmy terkejut smbil berkata"kenapa pulak,ini bukan perjanjian kita"
Detektif tu berkata lagi"kami da pasang video camera dalam bilik ni,kalau kau tak nak kerja dengan kami,kami akan bagi video ni pada polis."jimmy terdiam
Detektif tu berkata lagi"kalau kau kerja dengan kami,kami akan bersihkan tempat ni..dan kau takkan ditangkap"
Jimmy terus menghalakan pistol kepada detektif itu ..detektif tu masih tenang dan berkata"kalau kau ikut kami,kau akan jumpa keluarga kandung kau"
Jimmy berfikir.. dengan muka serius hanya menjawab"baiklah "..terus berjalan keluar dari rumah fadhil
Tiba tiba belakang detektif muncul orang berambut panjang berbaju putih ..dan orang berambut panjang tu berkata"kita berjaya lagi"
Detektif tu membuka topeng..rupanya detektif tu ialah owner rumah baru jimmy tu...dan dia berkata"kita dah berjaya dapatkan ahli baru,kita akan dapat kan lebih ramai lagi..hahaha" tamat
Do follow me for next thread story..thanks read this thread..😊
Saya juga ada jual converse rm50 sahaja..kualiti tip top..
Kalau berminat cepat cepat tekan link ni wasap.my/601126179748/n…
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to ハキム
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!