Profile picture
ハキム @abstrakim
, 127 tweets, 11 min read Read on Twitter
Korang pernah nampak tak pokok yang dibalut dengan kain kuning?..

Apakah simboliknya kain kuning ini diikat pada pokok

Dan kenapa smua pokok ini dikatakan berpenghuni

RT supaya korang tak rasa seram sorang sorang layan thread ni..

INI ADALAH THREAD
Part 6 ni ialah last thread #kawanimaginasi..jadi baca dulu part 1-5 sebab semuanya berkait..aku akan start pkul 9 malam ni
Nazmi memang dah meninggal...seperti yang diperkatakan di kawanimaginasi part 1 dan part 2...dan nazmi yang disebut sebut skarang ,bukan nazmi meninggal tu...tapi ialah kawan imaginasi ali yang menyerupai nazmi..harap semua clear
Kalau ada soalan yang bermain diminda tentang plot plot thread sebelum sebelum ni boleh tanya sebelum aku start last thread ni malam ni..
Lets go #kawanimaginasi part 6
Masa dalam gua..Semua orang yang berselubung putih bersujud pada lelaki yang berdiri diatas batu
Dan orang yang berdiri diatas batu itu ialah abang ali
Abang ali berkata kepada semua orang yang berselubung putih tu "ramalan dah semakin hampir,kita akan memperolehi kemenangan akhirnya"
Semua yang berselubung putih itu bangun dari sujud..dan membuka kain mereka..dan menunjukkan wajah mereka
Ali terkejut melihat wajah mereka..sebab wajah mereka smua sama dengan orang bunian yang ali pernah jumpa dalam hutan dulu
Abang ali tiba tiba pandang ke arah ali....
Ali tersentak dan terkejut
Abang ali tiba tiba bersuara"hehe dia ada kat sini,malam ni kita mandi darah,tangkap dia"...
Mereka smua datang ke arah ali..ali dalam keadaan gelabah...terus melarikan diri keluar dari gua
Keluar dari gua ada hutan yang tebal ,ali mula hilang arah..
Tiba tiba Masa ali berlari..ali terjatuh...
dan mereka yang mengejar ali tadi semakin menghampiri ali
Ali cuba bangun tapi badannya rasa berat..
Tiba tiba ali rasa pelik..mereka smua hanya melintasi ali seperti tidak nampak ali ada kat situ
Dalam keadaan hutan yang sunyi tu..tiba tiba ada suara dari belakang ali berkata "jangan risau,diorang tak bole nampak kau"
Ali pandang ke blakang..
Kelihatan nazmi yang sedang tersenyum pada ali
Ali pun bertanya kenapa..nazmi menjawab "sebab diorang semua bukan manusia,diorang jin,diorang macam aku,cuma aku lebih berkuasa"
Ali bertanya lagi"apa maksud kau,apa smua ni"
Nazmi mula bercerita"aku boleh kawal penglihatan diorang,diorang lah bunian yang pernah kau jumpa dulu,diorang jugak ialah pengikut geng berselubung putih"
Ali bertanya lagi"kalau diorang smua bukan manusia,tapi abang aku manusia,knapa dia bole jadi pengikut geng berselubung putih"
Nazmi terus kan bercerita"dia bukan pengikut tapi dia ialah ketua,ketua geng berselubung putih"
"Beribu tahun dulu ada jin yang bernama duen yang sangat kuat,kuasa nya terlalu besar,sehingga jin lain menjadi pengikutnya"
"Duen ada banyak pengikut ..tapi akhirnya seorang manusia telah berjaya menjadikan duen sbagai hamba,iaitu menjadi saka kepada manusia tersebut"
"Jadi semua pengikut duen yang ramai jugak menjadi hamba kepada manusia tersebut"
"Dari situ lah terwujudnya geng berselubung putih yang pengikutnya ialah pengikut duen"
"Ketua geng selubung putih ialah manusia yang menjadikan duen hamba,orang itu ialah nenek moyang kau ,ali"
"Duen ialah saka keturunan kau,tapi duen nampaknya memilih kau sebagai peganti nek senah ..sebabtu abang kau nak bunuh kau,sebab dia nak saka tu"
Ali berkata"abih aku nak buat apa skarang"
Nazmi menjawab"aku kawan kau,aku dah bantu kau dari dulu lagi dan duen ialah musuh aku,kalau kau izinkan aku akan terus lindungi kau dari duen tapi ada syaratnya"
Ali bertanya"apa dia?"
Nazmi berkata" nek senah tahu aku akan menghalang duen jadi dia telah pagar kuasa aku di sebuah pokok dalam hutan ni"
"Di pokok tu ada kain kuning,aku nak kau cabut kain kuning tu,jadi aku dapat gunakan kuasa aku sepenuhnya untuk melawan duen"
Ali berkata "baiklah"..apa bila ali bersetuju ,kelibat nazmi terus hilang dari pandangan
Ali berlari lari dalam hutan tu mencari pokok yang ada tali kuning
Setelah setengah jam mencari ,akhirnya ali jumpa
Ali cuba mendekati pokok tu tetiba langkah ali terhenti
Diatas pokok tu ada seorang perempuan.
mukanya hodoh,memakai baju putih yang ada sikit kekuningan..sedang memandang kearah ali
Lebih malang lagi..perempuan itu sedang senyum kearah ali
Ali berasa sangat takut .tapi dalam hatinya dia kena selesai kan misinya
Setiap langkah ke nak pokok tu ..bulu roma ali makin naik..rasa seram mula menyelubungi jiwa ali
Tiba tiba perempuan diatas pokok tu mengilai
Mula mula satu suara...
Makin lama suara mengilai makin bertambah
Ali dapat rasakan seperti dirinya telah dikepung oleh makhluk makhluk itu
Semakin ali mendekati pokok tu..semakin bertambah suara perempuan mengilai
Sampai sahaja didepan pokok tu ,ali terus cabut kain kuning tu laju laju
Tiba tiba ali terkejut...
Dari dalam pokok tu..kedengaran suara perempuan menangis
Pokok tu tetiba kluarkan darah
Dan dari atas pokok tu jatuh banyak rambut yang panjang...
Suara menangis tu semakin kuat
Ali mula rasa seram dan takut
Ali terus berlari dalam keadaan ketakutan keluar dari hutan dan pulang ke rumahnya
Sampai didepan pintu rumah,pintu rumahnya terbukak,tapi rumahnya gelap..ali terus masuk kedalam..
Ali terkejut melihat emaknya terbaring diruang tamu dan badannya penuh dengan darah dan kesan tikaman
Ali cuba sedarkan maknya..tapi maknya sudah tidak bernyawa lagi
Ali menangis dan menjerit meminta tolong
Tiba tiba dalam keadaan gelap muncul abangnya dengan sebilah pisau yang penuh dengan darah
Ali menangis sambil berkata "tergamak kau bunuh mak"
Abang ali ketawa sambil berkata "hahaha dia cuba halang aku dari bunuh kau jadi aku terpaksa bunuh dia"
Ali berkata" kenapa sanggup kau bunuh saudara kau sendiri sebab kau nak saka tu"
Abang ali berkata"saka tu antara saka yang paling berkuasa dalam dunia ni ,aku akan dapat semua yang aku nak ,kalau saka tu jadi milik aku"
Ali berkata" aku tak nak saka tu la .kau ambik je la..tak perlu bunuh orang"
Abang ali tersenyum dan berkata"kau kata kau tak nak,tapi kau tengah pegang kain kuning tu"
Ali melihat tangannya yang menggenggam kain kuning dan bertanya "apa maksud kau?"
Abang ali berkata"cara untuk menerima saka tu ialah dengan cabut tali kuning tu kat sebuah pokok..orang biasa takkan dapat nak cabut tali tu,orang yang telah dipilih oleh saka tu je bole..dan saka tu telah pilih kau"
Ali dengan muka terkejut berkata " kau tipu,aku cabut tali tu supaya kawan aku dapat lindungi aku dari saka tu"
Abang ali gelak"hahahah kau dah kena tipu dengan duen..duen tu sangat licik..dia menyamar je kononnya nak lindungi kau dari saka..sedangkan dia lah saka tu .lepasni dia akan datang dan tunjukkan dirinya yang sebenar"
Ali yang dalam keadaan emosi berlari kearah abangnya dan menumbuk muka abangnya
Abangnya terjatuh terbaring.pisau terlepas dari genggaman abangnya..ali masih lagi menumbuk muka abangnya
Ali yang dalam keadaan emosi tidak menentu tu..telah melakukan perkara yang paling bodoh dalam hidupnya
Ali mengambil pisau yang berada di tepi abangnya..dan menikam abangnya berkali kali sehingga mati
Lepas habis menikam abangnya..ali menangis
Ali duduk ditepi mayat abangnya ..
Tiba tiba ada suara orang tua yang agak nyaring memanggil nama nya ali~~~~~
Ali cuba cari suara itu..
Tiba tiba dari jauh ali nampak seorang perempuan tua yang hodoh berbaju putih yang koyak sedang membongkok berjalan perlahan kearahnya
Dalam ketakutan ali bertanya "siapa kau!!"
Perempuan tua itu menjawab "duennnnnnn"
Ali pengsan
Ali sedar sedar dia ada dalam satu bilik yang usang
Ali pelik kenapa dia ada dalam bilik tu
Ali duduk diatas kerusi dan tangannya diikat pada kerusi
Tiba tiba pintu bilik itu dibuka
Masuk dua orang yang tak dikenali
Ali bertanya "aku kat mana?"
Sorang berpakaian seperti dukun..dan sorang lagi memakai suit dan memakai topeng
Dukun itu berkata kepada lelaki bertopeng itu"detektif ...dia dah sedar ,mungkin dia dah kembali normal,tapi ni mungkin sementara,gunakan masa ini dengan sebaiknya"
Detektif tu berkata ",aku nak tanya kau satu soalan sahaja,apa yang terjadi malam pembunuhan mak dan abang kau 10 tahun yang lalu"
Ali terkejut.. Smbil bertanya sambil terketar ketar suara ali " 10 tahun yang lalu?..,"
Detektif tu mulakan bercerita" owh mungkin kau masih keliru...10 tahun lepas masa pembunuhan mak dan abang kau,polis jumpa kau pengsan di tempat kejadian"
"Tapi bila kau sedar,kau sudah tidak normal,kau mengalami masalah mental yang teruk mungkin diakibatkan oleh trauma yang terjadi pada malam pembunuhan tersebut"
"Pembunuhan mak dan abang kau sangat rumit..tiada siapa yang berjaya menyelesaikan kes tu..."
"Setelah bertahun tahun kes tu telah ditutup, ada seorang wartawan nak tahu kebenaran tentang kes ini telah upah aku untuk cari pembunuh sebenar"
"Jadi aku sebagai detektif ,telah cari bukti dan kaji smuanya tapi tidak berjaya dan hanya jumpa jalan buntu"
"Harapan terakhir kami adalah kau,saksi terakhir di tempat pembunuhan,tapi sebab kau mengalami sakit mental yang teruk ianya merumitkan lagi keadaan"
"Mula nya kami cuba dapatkan rawatan yang secukupnya untuk kau sembuh,tapi kau tetap tak sembuh"
"Jadi kami guna alternatif lain..iaitu bantuan dukun..rupanya yang menghalang kau dari untuk menjadi normal smula adalah saka kau..skrang saka tu dah keluar dari badan kau. Tapi ianya hanya sementara..saka kau sangat kuat .dia akan kembali smula"
"Memori yang ada dalam kepala kau sekrang ialah memori sbelum kau mengalami sakit mental..iaitu memori malam pembunuhan tu
"Jadi aku nak sekarang kau cerita semuanya pada kami"
Ali terkejut mendengar penjelasan detektif tu..
Tiba tiba ada seorang lelaki masuk ke bilik tu berkata pada detektif tu "boss dia datang buat kacau"
Detektif tu tetibe kluarkan pistol dan keluar dari bilik tu bersama dukun
Ali tak faham apa yang tengah berlaku sebenarnya
Di luar bilik kedengaran bunyi tembakan yang sangat banyak
Bunyi tembakan habis ....keadaan menjadi sunyi
Tiba tiba pintu bilik itu dibuka,ada seorang lelaki masuk..ali terkejut melihat lelaki itu
Sebab muka lelaki itu sama dengan mukanya
Ali bertanya "apa semua ni?"
Lelaki itu berkata " aku dah bunuh detektif tu,sekarang kau ikut aku"
Ali bertanya lagi"asal kau bunuh detektif tu?"
Lelaki tu berkata " sebab aku kena kerja dengan dia sampai aku jumpa keluarga kandung aku..skrang aku dah jumpa..jadi aku bunuh dia"
Ali muka terkejut bertanya lagi"siapa kau?..siapa keluarga kandung kau?
Lelaki tu tersenyum dan berkata"nama aku jimmy dan kau kembar aku,aku penjenayah paling dikehendaki,mulai harini kau kena ikut aku"tamat
Thread #kawanimaginasi ni sebenarnya ialah prequel pada thread #budakpsiko..kalau yang pernah layan thread #budakpsiko mesti tahu siapa jimmy dan ali dalam thread #budakpsiko
Jimmy ni watak dalam kisah thread #siarantvrahsia
Dan ini adalah kompilasi link bagi semua thread saya

Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to ハキム
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!