Profile picture
🗺HELENA @AnnaSoeraya
, 9 tweets, 3 min read Read on Twitter
Pinggang Saiz 40 Ke Saiz 31.
Rahsianya?

THREAD
Dulu berat aku sekitar 113kg, tapi kehidupan sebagai student semester akhir membuatkan aku tergerak hati nak berubah. Dah nak masuk alam pekerjaan, takkan nak bawa sikap dan tabiat lama, betul tak?
DONUT
Dari situ aku tersedar dan mahukan perubahan dalam hidup. Pernah sekali aku timbang berat di Midvalley waktu jalan-jalan, terkejut dan tak sangka aku boleh seberat itu.

Tapi, padanlah muka sendiri sebab aku boleh habiskan sekotak 24 biji donut Big Apple sekali makan!
FITTING ROOM
Pada mulanya memang susah nak diet, tipulah kalau aku tak pernah rasa putus asa. Tetapi bila mengenangkan badan di fitting room waktu nak beli baju, aku kembali bersemangat.
2KG SEBULAN
Pada bulan pertama, apa yang aku buat ialah set gol untuk turun 2kg setiap bulan. Jika turun lebih dari itu lagilah aku happy. Hanya dalam tempoh 4 bulan aku boleh turun 8kg.
NASI JAHAT!!!
Apa yang aku makan waktu diet adalah segala benda yang tak berasaskan nasi. Aku cuba elak ambil nasi selama setahun.
MENU HARIAN
🔘Pagi : Roti sebelum ke kuliah
🔘Tengah hari : Lauk yang tak bergoreng
🔘Malam : Sup
🔘Sebelum tidur : Secawan teh hijau
TIPS MOTIVASIKAN DIRI
Cari siapa ikon yang korang suka dan pasang azam mahu jadi sepertinya. Aku pun teringin nak pakai baju size M waktu itu, jadi aku beli dan simpan dalam almari. Aku jadikan itu pembakar semangat.

Oh ya, jangan diet seorang diri, cari kawan-kawan lain.
SENAMAN
Punyalah eksaited, sampai aku bersenam pagi dan petang pada mulanya. Tapi bila makin sibuk dengan jadual kerja, aku bersenam setiap petang sekurang-kurangnya sejam berjoging ataupun paling malas 3X seminggu. Disiplin!
SUSAH KE?
Sebenarnya tak susah pun nak kurus bagi yang berdisiplin. Yang susah cuma nak maintain. Tambahan bagi yang ada tahap metabolisme macam aku, senang gemuk, tapi senang turun. Selamat mencuba!

📷Maskulin / Kim Rahim
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to 🗺HELENA
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!