Dalam beberapa kes, kedudukan bayi secara posterior boleh menyebabkan ibu mengalami sakit belakang yang amat kuat.
Sakitnya bukan main-main. Awal-awal mungkin masih boleh ditahan, tapi semakin lama sakitnya semakin tak tertahan.
Bila pinggang dan punggung dah sakit, secara tak langsung kaki pun terasa lenguh selenguh-lenguhnya.
Ada yang sampai susah nak berjalan, lebih-lebih lagi bila air ketuban dah pecah.
Mesti ada yang pernah rasa macam sembelit atau nak terberak masa nak bersalin kan?
Disebabkan bayi telah mula bergerak ke bawah, ia turut memberi tekanan kepada usus lalu membuatkan kita rasa memulas seolah-olah nak berak.
Rasa sakit menahan semua proses yang berlaku ini boleh menyebabkan ibu menggigil-gigil, berpeluh-peluh, dan ada juga yang berasa mual.
Kesakitan bersalin ini tidak sama jangka masanya – ada yang cepat bukaan rahimnya dan ada yang terpaksa menahan sehingga 1-2 hari.
Walaupun dah membuat pelbagai persediaan mental dan fizikal sebelum bersalin, semuanya boleh jadi serba tak kena menjelang tempoh bersalin. Mana taknya, seluruh badan terasa sakit.
Bila nampak isteri mengerang kesakitan dan marah-marah, mungkin ada suami yang cepat ‘terasa’. Sebaiknya, cuba fahami keadaan isteri yang barangkali dilanda panik. Anda perlu buangkan ego jauh-jauh.