, 14 tweets, 3 min read Read on Twitter
Bila gaji RM2500, jangan beli rumah 400k terus. Beli dulu kismis minda supaya tahu kira kelayakan pembiayaan rumah.

Untuk orang muda, ni tips beli rumah pertama:

Ini adalah thread.
1) Semak Debt Service Ratio (DSR)

Jika gaji RM2,500, DSR yang bank benarkan ialah 60%. Maksudnya, anda hanya boleh membuat pinjaman dengan bayaran bulanan sebanyak RM1,500 (RM3000 x 60%).
2) Rumah Pertama, Jangan Maksimum kan Kelayakan

Nak beli rumah pertama, tak perlu beli yang mahal mahal. Jika DSR anda ada RM1500, dah layak beli rumah berharga RM300,000 (RM1500x200).

Beli dulu rumah RM200,000 ke bawah. Mudah sikit bank nak luluskan permohonan.
3) Rumah Pertama, Rumah Pelaburan

Beli rumah pertama, jangan duduk sendiri, sewakan pada orang lain. Hasil sewaan boleh dikira sebagai pendapatan. Dapat lah beli rumah kedua pula nanti.
4) Kad Kredit Untuk Cipta Rekod

Boleh lah pakai kad kredit untuk cipta rekod pinjaman yang baik.

Untuk dapatkan rekod pinjaman anda baik, pastikan anda bayar balik dalam masa 20 hari. Bila bayaran cantik, baru senang bank nak bagi pinjam duit.
5) Rumah Dahulu, Baru Kereta

Rumah ialah asset, dimana nilainya meningkat setiap tahun. Kereta pula ialah liabiliti, nilainya berkurang setiap tahun. Orang muda yang bijak harus tahu yang mana patut dibeli dahulu.
6) Kumpul Deposit

Asas dalam apa- apa pelaburan ialah disiplin dalam menyimpan. Bila da Mula bekerja, latih kan diri menyimpan sekurang kurangnya 10% dari gaji. Lebih banyak lebih bagus. Boleh mula menyimpan di instrumen yang berisiko rendah seperti ASB dan Tabung Haji.
7) CCRIS dan CTOS Kene Tip Top

CCRIS ni rekod hutang dengan bank. Di situ, dia senaraikan semua hutang dan rekod bayaran bulanan selama setahun. CTOS pula rekod hutang dengan syarikat bukan bank. Contohnya seperti Court Mammoth, Celcom dan lain lain.
8) Rental Yield

Salah satu faktor yang perlu dilihat apabila membeli rumah pelaburan ialah Rental Yield. Rental Yield yang ideal untuk hartanah ialah 6%. Lebih tinggi lebih bagus.

Jika beli rumah RM200,000, sewa perlu ada sekurang kurangnya RM1000 sebulan.
9) Under-con, Sub-sale, Lelong atau Sublet

Setiap jenis pelaburan hartanah ada kelebihan dan kekurangannya masing masing. Pastikan anda faham apa yang anda labur atau beli. Bukan sekadar ikut ikut orang sahaja.
10) Beli Rumah dengan bantuan REN

Orang muda yang baru berjinak nak beli rumah, seelok eloknya gunakan perkhidmatan REN. Sebab mereka sudah berpengalaman dalam selok belok hartanah.
Ada ramai sifu sifu hartanah dan REN di Facebook ni. Boleh belajar dari mereka. Ada kawan kawan REN nak tambah tips?
.
#tsi
#TheSophisticatedInvestor
Nak belajar tentang kewangan dan pelaburan. Boleh follow:

Facebook: facebook.com/theofficialadl…
Telegram Channel: @theofficialadli

#TheSophisticatedInvestor
Link telegram channel
t.me/theofficialadli
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Adli Ishak
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!