Profile picture
, 125 tweets, 13 min read Read on Twitter
pernah mimpi hantu,betul ke kalau kita mimpi hantu,memang hantu tu yang kacau kita masa tidur?

Rt guys,aku nak cerita ni

ini adalah thread
macam biasa ,aku akan start pukul 11.30 malam hehe..korang boleh baca thread yang ni dulu untuk lebih faham..sebab thread yang aku nak buat ni adalah prequel pada thread yang ni
tak nak beli takpe,tolong Rt je ye..mungkin dalam rezeki saya,akan ada rezeki anda semua jugak

Converse Rm50 sahaja(stok terhad)
ready stock🏂
kualiti tip top😎

cepat cepat tekan link ni wasap.my/601126179748
ina dan tunangnya,hamidi dalam perjalanan ke rumah banglo milik arwah ayahnya yang terletak jauh di dalam hutan
arwah ayah ina meninggal sebulan yang lalu,peninggalan harta yang tinggal hanyalah rumah banglo yang dikatakan kalau jual boleh mencecah rm5 juta..setelah sebulan ayahnya meninggal, pembacaan wasiat akan dibacakan di rumah banglo tersebut
rumah itu didiami ,maknya,kakaknya hamidah,dan abang iparnya karim serta anak saudaranya syahir
sampai je depan pintu rumah banglo tu,ina dan hamidi di jemput masuk oleh orang gaji rumah tu,nek jah..
kelihatan di ruang tamu,ada peguam,mak ina,abang ina,kakak ina dan keluarganya tengah duduk menunggu ina
ina pun berkata "maaf lambat,saya sesat tadi"..peguam tu berkata "tak pe takpe,jadi smua waris dah cukup,bole la saya bacakan wasiat"..semua bersetuju
peguam tu pun membacakan wasiat yang diberikan oleh ayah ina mengatakan banglo tersebut akan diwariskan kepada kakak ina iaitu hamidah kerana hamidah ialah anak sulung..
tiba tiba abang ina iaitu majid bangun dari kerusi nya dan membantah"encik ini tidak adil!!" peguam tu berkata "saya hanya mengikut arahan"..peguam tu pun berlalu pergi
majid pergi pada hamidah dan berkata"kak,jual rumah ni,hasil jualan rumah ni kita bagi sama rata,baru adil" hamidah menjawab "aku takkan jual rumah ni,ni rumah peninggalan ayah"
majid tiba tiba menjadi marah dan berkata"kak,aku ada masalah kewangan sekarang ,tolong lah faham!!"..hamidah berkata "aku tetap takkan jual"..majid berkata pada maknya "mak ,tolong nasihatkan si hamidah ni,semua ni tak adil"
maknya menjawab "sekarang mak tahu kenapa ayah kau bagi rumah ni pada hamidah,sebab ayah kau sangat sayangkan rumah ni,dia nk rumah ni tetap ada dengan keluarga dia,sebabtu dia bagi pada hamidah,dia tahu hamidah takkan jual rumah ni"
majid berkata pada ina"ina kau setuju ke semua ni"..ina menjawab "saya tak kesah,saya ikut je"..majid menjadi marah dan berkata"korang semua memang tak berhati perut,hey hamidah, kau tahu lah nnti apa nasib kau,kau takkan hidup senang!" ..majid pun keluar dari rumah tu
jam menunjukkan jam 5 petang,hamidah berkata pada ina"alang alang dah sampai sini,duduk lah sini untuk 2-3 hari..ina bukan slalu datang sini" ina berkata"tapi saya bawak hamidi ni kak"?..tiba tiba karim suami hamidah berkata"rumah ni banyak bilik kosong,jangan lah risau"
ina pun bersetuju untuk duduk di rumah tu..malam tu masa ina tengah duduk di ruang tamu tiba tiba anak saudaranya datang kepada nya dan berkata"mak su,syahir mimpi pelik pelik la "..ina bertanya mimpi apa
syahir berkata yang dia mimpi hantu datang nak culik dia..ina terkejut dan berkata pada syahir yang mimpi tu hanya permainan tidur je
ina pun pergi ke biliknya dan tidur ,tiba tiba malam tu ina terbangun dari tidonya sebab dia terdengar suara perempuan menangis..dalam hatinya"siapa pulak yang nangis malam malam ni?"..rumah tu gelap satu rumah pada waktu malam
ina cuba cari dari mana suara menangis tu,rupanya suara menangis tu dari luar rumah ,ina pun melihat ke luar tingkap rumah tu, ina mula rasa seram sebab ina nampak ada seorang perempuan berbaju putih berambut panjang..
tiba tiba ina di sentuh dari belakang,rupanya syahir..syahir berkata"mak usu,syahir takut.. teman syahir pergi tandas"ina pun berkata"okey jom"..
ina sempat toleh ke belakang sebelum keluar dari biliknya nak ke tandas..ina terkejut, perempuan yang ada jauh di luar rumah tu ,skarang dah ada ditepi tingkap je
syahir pn masuk ke dalam tandas,ina menunggu di luar tandas smbil berfikir dalam keadaan runsing siapa perempuan di luar rumah tu
syahir pn keluar dari tandas dan memegang tangan ina ..ina pun pimpin tangan anak saudaranya itu untuk bawak kebiliknya
smpai di depan pintu bilik syahir ,ina pun bukak pintu bilik syahir...ina terkejut yang syahir tengah tidur diatas katil..
ina berkata dalam hati"kalau syahir tengah tidur,tangan siapa yang aku pimpin ni"..tiba tiba benda yang ina pimpin tu menangis..ina rasa seram..
ina memberanikan diri untuk tengok apa yang ina tengah pimpin tu..ina terkejut dan menjerit..yang ina pimpin ialah perempuan yang ina nampak di luar tingkap biliknya tadi
ina terbangun dari tidur..hari dah siang..rupanya tu mimpi je..ina berasa lega .tiba tiba ada suara orang menjerit..suara itu ialah suara kakaknya hamidah
ina pun pergi kepada kakaknya dan bertanya kenapa..kakaknya cakap syahir dah hilang..dia dah cari sekitar rumah tapi tak jumpa
ina menyuruh kakaknya report polis ..tiba tiba karim berkata" selagi belum 24 jam hilang,tak boleh report polis"
karim menambah lagi "entah entah majid yang culik anak aku,sebab dia berdendam ngan isteri aku sebab tak nak jual rumah ni"
ina berkata "jangan buat apa apa kesimpulan lagi,kita cari dulu syahir "..diorang mencari syahir di sekitar kawasan rumah
jam menunjukkan jam 5 petang..tapi syahir masih tidak dijumpai
tunang ina,hamidi tiba tiba berkata pada ina" jom lah kita balik,saya rasa tempat ni macam ada yang tak kena la"..ina bertanya kenapa..hamidi berkata"semalam saya mimpi ada perempuan rambut panjang pakai baju putih kacau saya"..ina terkejut
ina terkejut sebab dia mimpi yang sama jugak..tiba tiba ada orang beri salam dari luar..kelihatan ada lelaki berbaju hitam di luar rumah..ina pun bertanya siapa dia
lelaki berbaju hitam tu menjawab"saya dukun,ada kanak kanak yang hilang kan dalam rumah ni.."mereka semua terkejut macammana dukun ni boleh tahu
hamidi terus nk halau dukun tu,tiba tiba hamidi dihalang karim..karim berkata"dukun ni kami kenal,dia duduk berdekatan sini,mungkin dia boleh bantu kita"..
dukun tu pun masuk kedalam rumah dan berkata"aku dapat rasa kan ada roh jahat dalam rumah ni,korang semua ada jumpa perempuan berbaju putih tak dalam rumah ni"...mereka semua terkejut
dukun tu pandang ke mata mereka semua dan berkata"korang semua mimpi benda yang sama kan?"..mereka semua terkejut ..ina bertanya" macammana dukun bole tahu?"
dukun tu berkata" aku dapat rasakan ada roh jahat dalam rumah ni,maksudnya ada petanda tak baik akan berlaku dalam rumah ni,berhati hati lah.." dukun tu hanya berlalu pergi
waktu malam pun tiba,..tiba tiba ada satu jeritan di salah satu bilik dalam rumah tu..itu jeritan orang gaji rumahnya
,ina berlari pergi ke bilik tu..ina terkejut..terdapat mayat maknya yang dibunuh kejam di atas katil..ina menangis sambil berkata "siapa yang buat semua ni!!"..
karim berkata "cepat hubungi polis"..semua cuba call polis tapi takde line..hamidi pn berkata"takpe biar saya pergi drive ke balai polis"..
hamidi pun keluar dari rumah tu,hamidi terkejut..karim datang ke hamidi dan bertanya pada hamidi "oi kenapa kau tak gerak lagi??"..
hamidi berkata" mana semua kereta??"..karim terkejut ,kereta semua dah takde
karim berkata "ini mesti kerja si majid tu!! "..hamidi berkata"tak pelah saya jalan je ke balai polis"..karim berkata"kau dah giler ke ,balai polis 60 km dari rumah ni"..hamidi terdiam
karim meminta semua berkumpul dan berkata"kereta dah hilang,phone takde line..majid dah rancang supaya kita tak boleh lari dari sini,kita tak boleh duduk jauh2..majid mungkin ada rancang sesuatu malam ni"
mereka semua berkumpul bersama di ruang tamu..kerana penat mereka semua tertido
tepat jam 12 tengah malam,ina terbangun dari tidur kerana hendak pergi ke tandas..ina pun masuk ke dalam tandas untuk melepaskan hajatnya..tiba tiba ina dengar suara orang menjerit diruang tamu
ina bergegas ke ruang tamu ..bila ina sampai ,ina terkejut sebab semua orang dah takde kat situ..ina terdengar suara jeritan di luar rumah
ina terus keluar dari rumah banglo tu..suara tu datang dari belakang rumah,ina pergi ke belakang rumah..ina perasan ada perigi..dan ina dengar ada orang menangis dalam perigi tu
ina pn tengok kedalam perigi tu tapi takde orang..tiba tiba ina ditolak oleh seseorang,ina pun jatuh kedalam perigi
dalam keadaan gelap dalam perigi tu ina nampak syahir yang tengah menangis dalam perigi tu..ina terus memeluk anak saudaranya sambil berkata" jumpa jugak syahir"..
tiba tiba ina terkejut..ada orang memanggilnya dari atas perigi..ina pandang ke atas dan orang itu ialah syahir..syahir pun cakap"mak usu peluk apa tu???"..ina terdiam
ina perlahan lahan memandang apa yang dia peluk,..kelihatan perempuan berambut panjang...mukanya hodoh..matanya merah..tengah tersenyum pada ina..ina menjerit dan menangis ketakutan di dalam perigi itu
ina terbangun dari tidur ,rupanya mimpi..dalam rumah tu yang gelap,tiba tiba ina nampak sesuatu,ina menjerit..semua yang tidur disitu pun terbangun dari tidur dan terkejut
kakaknya hamidah tergantung di kipas berpusing pusing ..telah mati ...
tiba tiba ina pandang ke sebelahnya ,ina menjerit lagi ..kelihatan mayat orang gaji nya telah di potong kepalanya dalam keadaan yang mengeri kan.
yang tinggal kini hanya ina,tunangnya hamidi dan abang iparnya karim yang masih hidup
karim berkata "majid dah keterlaluan,malam ni kita tak boleh tido,kita kena cari dia di sekitar rumah ni,mesti dia ada kat sini" ..mereka bertiga berjalan bersama sama untuk mencari majid disekitar rumah
tiba tiba ina berkata "eh dah ada line"sambil melihat phoneya..tiba tiba ina dapat satu panggilan
ina pun angkat panggilan tu..dan panggilan itu berkata" ni cik ina kan,kami pihak polis,kami dah cuba hubungi berkali kali tapi tak dapat tadi,kami nak bagitahu sesuatu.."
ina bertanya apa..polis itu menjawab "kami jumpa mayat encik majid eksiden semalam" ina terkejut..
kalau majid bukan pembunuh mereka semua..yang ada sekarang dirumah ini tinggal karim dan hamidi tunangnya..tapi tak mungkin tunangnya adalah pembunuh..sebab takde motif lansung..
karim bertanya "siapa yang call?"..ina tak menjawab ,ina teringat mimpi dia pasal perigi tu..ina terus bergegas keluar rumah untuk pergi ke perigi tu..karim dan hamidi terkejut tiba tiba ina keluar dari rumah
sampai ke perigi,ina cuba tengok ke dalam perigi tapi tak nampak apa apa..ina menjerit nama syahir ..tapi tiada sahutan..
tiba tiba muka ina dicekup dengan kain dari belakang..ina tahu kain itu ada bahan kimia yang boleh menyebabkan dirinya pengsan..sebelum ina pengsan ,ina cuba melihat siapa yang nak pengsan kan dia..ina terkejut
orang itu ialah hamidi,ina pun pengsan
bangun dari pengsan tangan ina diikat dan ina nampak karim ada di sebelahnya..tangannya jugak diikat..mereka diikat dalam stor
tiba tiba ina dapat call..dan ina terkejut...call tu ialah dari hamidi
selamat ikatan tangan ina tak ketat..ina berjaya lepaskan tangannya dari ikatan dan mengangkat call..ina terus angkat call memarahi hamidi..tiba tiba ina terkejut
hamidi berkata"kalau ada orang muka macam saya ,hati hati..dia bukan saya"..ina terkejut
ina berkata"kalau bukan kau ,siapa ?kau yang bunuh keluarga aku kan"..hamidi berkata"apa ina cakap ni?..saya tak bunuh keluarga ina,sekarang saya berada dalam sebuah gudang,saya diculik tadi"..
ina berkata"tolonglah jangan merepek "..
hamidi berkata"tolong percaya saya,tadi saya diculik masa kita semua tidur kat ruang tamu, saya sedar sedar,saya dah dalam gudang diikat..ni baru saya dapat lepas dan dapat hubungi ina.."
"tadi saya diculik dan saya perasan ada perempuan baju putih ,mata merah..memegang tangan saya .lepas dia pegang tangan saya,muka nya berubah jadi macam saya..dan keluar dari gudang ni..sebabtu saya cakap kalau ada orang muka macam saya,hati hati tu bukan saya"
ina bertanya "siapa yang culik kamu?"..tiada jawapan..talian terputus..ina cek phonenya ,line dah takde kat phonenya..
hamidi yang ada dalam gudang ,keluar dari gudang berlari mendapat kan bantuan..tiba tiba hamidi nampak satu rumah..hamidi pun masuk ke rumah itu untuk mendapatkan bantuan..
hamidi nampak seorang perempuan ,belum sempat hamidi nak menghampiri perempuan tu..perempuan tu menjerit melihat hamidi dalam keadaan ketakutan..hamidi yang terkejut hendak keluar dari rumah tu di halang oleh seseorang yang memegang senapang..orang itu menembak hamidi
hamidi terjatuh ditembak oleh orang itu,hamidi terperasan ada cermin didepannya..hamidi terkejut .hamidi nampak wajahnya ialah wajah perempuan hodoh bermata merah yang menyentuhnya tadi
sebab lah perempuan dalam rumah itu menjerit melihatnya..rupanya perempuan berambut panjang,muka hodoh bermata merah itu menyentuh badannya untuk bertukar badan..hamidi pun mati kerana berlaku banyak pendarahan
ina masih di dalam stor bersama karim..berfikir cara untuk keluar dari stor..sebab stor tu berkunci
tiba tiba karim menangis..karim pun berkata "sebenarnya aku yang rancang semua ni...."ina terkejut
ina bertanya "apa yang abang karim cakap ni??"..
karim bercerita" aku ada hutang ahlong,aku tak dapat nak bayar ..ahlong tu ugut nak bunuh aku ,aku dah tahu lama da kakak kau akan dapat banglo ni sebelum pembacaan wasiat lagi,aku ada suruh dia jual rumah tu,tapi dia tak nak"
"dah banyak kali aku pujuk,tapi dia tak nak..jadi aku kena cari jalan lain,aku jumpa dukun yang kau nampak petang tadi...aku cuma nak mintak nombor ekor je,tapi dia bagi aku satu cadangan supaya aku bole dapat rumah banglo ni dan jual"..
ina bertanya "cadangan apa?"
karim menyambung"untuk bunuh korang semua..tapi untuk elak aku ditangkap,dukun tu kata dia akan arahkan jin yang boleh bertukar rupa untuk bunuh semua orang dalam rumah ni ,dan jin tu akan bertukar rupa pada rupa tunang kau,jadi tunang kau yang akan dituduh"
karim berkata lagi"cuma kereta majid,aku yang rosakkan break kereta dia sampai dia excident"
ina bertanya"anak kau mana?kau bunuh dia jugak?"...karim berkata"dukun tu cakap,aku kena korbankan anak aku,untuk hidupkan jin tu.."..
ina berkata"kau memang tak guna,kenapa kau bagitahu aku semua ni sekarang!!?"
karim berkata "sebab jin tu diarahkan untuk bunuh orang tertentu je,tapi dia bunuh orang gaji rumah ni ..dan dia cuba bunuh aku jugak tadi..maksudnya dia akan bunuh semua orang dalam rumah ni..."
lna bertanya "habis macammana sekarang ni??"..karim menjawab "aku ada satu rancangan"
setelah setengah jam,lelaki yang berupa hamidi tu masuk ke dalam stor tu,dan terkejut..sebab hanya ada karim je didalam stor
rupanya ina menyorok di balik pintu..ina memukul kepala lelaki berupa hamidi tu dari belakang,lelaki berupa hamidi tu terjatuh terbaring..
tapi pukulan itu tak memberi kesan,lelaki itu bangun semula hendak menyerang ina..tapi karim datang dan memeluk lelaki tu dari belakang dan berkata"ina lari cepat!!"..ina pun lari keluar dari bilik stor..
ina keluar dari rumah tu dan bersembunyi di balik pokok besar ..dari balik pokok tu ,ina nampak lelaki berupa hamidi tu mencarinya di sekitar rumah banglo tu ,setelah penat dia mencari ,dia masuk kedalam rumah
tiba tiba lelaki tu keluar masuk rumah membawa mayat yang ada dalam rumah banglo tu dan membawa mayat mayat tersebut ke belakang rumah....dan mayat terakhir yang dibawanya ialah mayat karim
ina mengekori lelaki itu dari belakang..dan ina nampak lelaki itu mencampakkan mayat karim di dalam perigi..mesti mayat yang lain jugak di campakkan dalam perigi tu
tiba tiba lelaki itu membaca satu mentera..wajah nya bertukar ke rupanya yang asal..ina terkejut melihat rupa lelaki tu dan terus berkata "kau bukan jin,kau manusia rupanya"
lelaki itu memandang ke arah ina dan berkata "ye aku manusia"..lelaki itu ialah dukun tu
ina bertanya"kenapa kau buat semua ni,sebab harta ke?"..
dukun tu menjawab "tak semuanya sebab harta tapi sebab dendam!!"..ina bertanya "dendam..dendam apa??"
dukun tu berkata" dulu isteri aku pernah jadi orang gaji dalam rumah ni..dan ayah kau telah rogol isteri aku..dan dia buta kan isteri aku ,lepastu dia bunuh isteri aku dan buang dalam perigi ni,hantu yang korang nampak dalam mimpi tu ialah hantu isteri aku"
"sebab dia kaya,dia bole bayar peguam yang hebat dengan harga yang mahal untuk bela dia dan menang kes tu,dia tak disabitkan kesalahan undang2 ..sejak tu aku berdendam dengan dia..aku cuba bunuh dia,tapi dia ada banyak bodyguard..aku tak da kekuatan untuk melawan ..
"jadi aku belajar sihir"
" tapi ayah kau lebih cekap,mungkin dia ada banyak musuh,ayah kau sendiri ada perlindungnya dari sihir,jadi aku tak boleh nak sihir dia..aku tunggu dia mati,then aku akan bunuh semua ahli keluarga dia,dan amik harta dia"
ina berkata"mustahil,kau tak mungkin dapat harta keluarga aku"
dukun tu gelak dan berkata"karim korban kan anaknya tanpa tahu sebenarnya itu ialah untuk keperluan peribadi aku supaya aku boleh bertukar rupa sebanyak dua kali..mayat anak karim ialah syarat untuk aku dapat kuasa sihir bertukar rupa..karim ingat jin yang bertukar rupa tapi aku"
"pada awal kuasa tu aku akan jadi makhluk hodoh dan seram,cara untuk menukar rupa ialah dengan menyentuh orang yang aku nak tukar rupa.. orang tu akan dapat muka makhluk hodoh tu dan aku akan dapat wajahnya"
"kali kedua iaitu kali yang terakhir,aku hanya perlu membaca mentera untuk bertukar wajah .dan aku akan bertukar menjadi kau..dan semua harta ayah kau akan jatuh ke tangan aku..hahahah"
ina terus berlari masuk ke dalam rumah..dukun tu mengangkat parang yang ada dengan nya dan berkata" mana kau nak lari!!"
dukun masuk kedalam rumah..tiba tiba dukun tu bau minyak tanah ..ina tiba tiba muncul dan berkata"harta yang tinggal hanya rumah ni,kalau rumah ni terbakar,takde guna kau bertukar jadi aku"
sebenarnya masa dukun tu pergi kebelakang rumah untuk membuang mayat mayat tu dalam perigi..ina masuk kedalam rumah untuk menuang kan minyak tanah di sekitar rumahnya..
ina pun mengeluarkan lighter dan mencampaknya ke kawasan yang dia curah minyak tanah...dukun tu cuba menghalang tapi terlambat..rumah tu terbakar..
dukun tu terus membunuh ina..mayat nya dicampakkan dalam perigi
ada sebab kenapa dukun tu meletakkan mayat mayat tu dalam perigi tu..sebab perigi tu dah dibacakan mentera sihir ,supaya takde siapa boleh nampak perigi tu kecuali dia..tapi mentera tu hanya bertahan selama 9 tahun
rumah tu terbakar hangus,tiada harta yang tinggal..dukun tu hanya melarikan diri dari kawasan itu .pihak polis cuba mencari mayat mereka selama dua bulan,tapi tidak menjumpai mayat mayat mereka atau apa apa petanda..dan menutup kes tersebut..
dan setelah 9 tahun..dukun tu kembali sebab sihirnya keatas perigi tu sudah habis..dia mula menjaga perigi itu..supaya tiada siapa yang lalu dikawasan itu dan menjumpai mayat dalam perigi tu
tapi dukun tu mula bosan..dukun tu mula merancang untuk bebas dari jenayah yang dia dah buat beberapa tahun lalu..dukun teringat yang dia masih tinggal satu lagi kuasa sihir bertukar rupa..dukun tu bertukar rupa menjadi ina
dan berkawan dengan seorang pegawai psikiatri yang bernama fahmi selama setahun untuk menyempurna kan rancangannya..fahmi dipilih sebab fahmi tak percaya kan hantu..
dan akhirnya memerangkap fahmi untuk pergi ke kawasan rumah banglo tersebut..dan membuat kan fahmi di rasuk sehingga berhalusinasi..sekarang fahmi yang disoal siasat oleh pihak polis bagi kes tersebut..dukun tu terlepas dari kes tersebut..TAMAT
Thread ini ialah prequel pada thread yang ni
pegawai psikiatri dalam thread ni ialah fahmi
dan dukun yang muncul dalam thread #kawanimaginasi part last..ialah dukun yang sama dalam thread ni..
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to ハキム
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!