Tapi aku pelik sangat dah tahun 2019, masih ramai kena tipu scam ni. Kalaulah ambil masa baca pasal kes sebegini mesti tak jadi mangsa.
Aku kongsi sikit info Macau Scam ni.
Antara kes latest :
•Cikgu hilang RM400k (April 2019)
•Warga Emas hilang RM560k (Mac 2019)
•Housewife hilang RM58k
•Lecturer hilang RM300k
•Pesara Kerajaan RM85k.
Paling biasa mereka menyamar sebagai Polis, Mahkamah, Bank Negara Malaysia & Kastam.
Dia buat seolah-olah kita bersalah & terpaksa ikut prosedur mereka untuk selesaikan kes.
Taktik menakutkan ni memang selalu menjadi. Kemudian mereka minta masukkan dalam akaun bank-bank di Malaysia.
1. Mereka suruh pelajar buka akaun bank dan kad serah kepada mereka.
2. Lagi 1 bulan mereka akan pulangkan kad tersebut.
3. Diberi duit RM2500-3000.
Ramai terpengaruh dan setuju!
1. Dia minta kita reveal semua maklumat kad bank dengan segala manipulasi, trick dan ugutan. Contoh bagitau kereta/rumah kena lelong jika tak ikut.
2. Dia minta kita jangan check akaun bank 1-2 hari.
3. Transfer semua duit ke bank akaun tadi. Gone!
Mungkin sebab kita ni kekadang mudah takut kat Polis, Mahkamah, Bank dsb walaupun tak buat apa-apa salah.
Bayangkan kalau anda hilang seluruh simpanan hidup anda pada usia tua. Nauzubillah. WA.