Benda ini memberi kesan kepada semua institusi zakat di Malaysia yang masih lagi belum jumpa jalan penyelesaian sehingga hari ini.
Meh aku cerita serba sedikit info pro/kontra korang bayar ke Perlis.
1. Sebab utama mereka boleh dapat hingga 50% bayaran zakat untuk diagih sendiri. Contoh, Bayar zakat RM1,000 (Resit diprint RM1,000k) tapi hakikatnya mereka cuma bayar RM500 sahaja.
3. Ada Ejen approach syarikat yang buat potongan gaji sebulan RM100k untuk tukar ke Perlis. Ejen tu dapat RM20,000!
- RM200 untuk Ejen (20%)
- RM500 dapat balik kepada pembayar zakat.
Hanya RM300 dapat kat Zakat Perlis. Audit di Perlis laporkan RM1,000 sebab resit RM1,000.
Jarang ada bisness yang dapat bagi komisyen tinggi 20% setiap bulan.
1. Apa hukum kita akad bayar zakat RM1,000, tetapi hanya RM300 dapat kat institusi zakat?(50% pembayar, 20% komisyen ejen).
2. Majoriti yang dapat semula 50% duit tu tak agihkan pun kepada asnaf. Guna untuk keperluan sendiri. Sedangkan akad mula2 zakat.
4. Maksimum agihan zakat boleh diterima Amil untuk pengurusan adalah 1/8 (12.5%). Tapi 70% dah diserahkan kepada ejen/pembayar?
Adakah logik penduduk negeri yang sangat sedikit tetapi mempunyai kutipan jauh lebih tinggi dari negeri yang lebih besar seperti Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dsb?
7. Kutipan Zakat negeri-negeri lain terjejas teruk sebab Ejen Zakat Perlis agresif kejar 20% komisyen. Ia beri kesan langsung kepada asnaf di negeri2 terlibat.
Kita bising dan viral bila institusi zakat tak agihkan zakat dengan betul.
Tetapi bila ada peluang dapat duit 50% dari bayaran zakat (dan boleh dapat rebet 100% tax), kita langsung tak persoalkan lagi kemana agihan zakat tu pergi. Asalkan dapat duit!
Tapi ada negeri sangat mewah sebab jumlah kutipan terlalu banyak sehingga berlebihan duit zakat dari sepatutnya.
Tapi bila nak bayar zakat, bayar ke negeri lain sebab ada imbuhan kewangan. Dari akal yang waras kita tahu perkara tersebut tidak betul.
Banyak perbincangan institusi zakat lain dengan Perlis. Kebanyakkan masa mereka ambil sikap menafikan dan berdiam diri. Group institusi zakatpun taknak join. End.
Kat situ tempat kita cari rezeki dan tempat kita tinggal. Sekurang-kurangnya bantu negeri tersebut selesaikan masalah kemiskinan. Bukan beri kepada negeri lain. Wallahua’lam.
Contoh:
Zakat wajib bayar : RM500
Bayar LHDN : RM1,000
Jadi mereka bayar zakat RM1k. RM500 dipulangkan sebagai Hibah. Tapi ini lagi kontroversi.
Resit zakat dikeluarkan RM1000, masa isi e-filing letakkan nilai RM1000, sedangkan mereka cuma bayar RM500 sahaja.
Adakah ia dikira satu penipuan? Wallahua'lam. Semoga ada penyelesaiannya nanti, Ameen!
Ia buka ruang 'creative accounting' oleh individu/syarikat bila kena isytiharkan harta oleh LHDN. Loophole untuk penipuan lain yang lebih basar 😎.