Profile picture
, 20 tweets, 6 min read Read on Twitter
AL BANNA, IKHWANUL MUSLIMIN, FREEMASON & ANTEK BARAT.
1. @myusri_jamal baru-baru ini menuduh Abduh anggota Freemason berdasarkan poster dari kumpulan itu&tulisan sarjana barat/orientalis. Saya meminta bukti dr tulisan& perkataan Abduh sendiri tapi sehingga kini masih tidak diberi
2. Apabila di singgung oleh @nurhudaramli bahawa Abduh & Afghani menjadi sumber inspirasi Hassan Al Banna & Ikhwanul Muslimin beliau bersetuju tapi katanya Al Banna & IM berbeza kerana tidak ada masonic modus operandi. Benarkah dakwaannya?
3. Thread ini membicarakan tentang tokoh-tokoh yg mempunyai jasa kepada umat Islam- baik dari intelektual, penulisan & gerakan dakwah. Perlu saya jelaskan bahawa thread ini sekadar menjawab syubhat @myusri_jamal yg memburuk-burukkan tokoh umat Islam yg tidak sesuai dgn seleranya
4. Secara peribadi ini bukanlah serangan kepada IM atau Hassan Al Banna Rahimahullah. Saya juga tidak memaksudkan tuduhan ini benar belaka melainkan sekadar mengulang apa yg disebut oleh sarjana Muslim (bukan orientalis/sarjana barat spt @myusri_jamal ) dah ahli IM sendiri
5. Dlm buku مع الامام الشهيد حسن البنا. Dr Mahmud ‘Asaf menyatakan beliau pernah diajak oleh Al Banna bertemu dgn Philip Ireland, SU pertama Kedutaan US di Kaherah. Pada mulanya Ireland ingin bertemu dgn Al Banna di Markaz IM tetapi Al Banna lebih senang bertemu di tempat Ireland
Maka pergilah mereka ke sebuah rumah di Zamalek. Ireland berkata dia punya idea bahawa US & IM boleh bekerjasama melawan mutual enemy mereka- komunis. Cadangan itu dipersetujui Al Banna. Bahkan beliau menawarkan anggota IM yg mempunyai kepakaran khusus utk membantu US
Sekiranya Ireland bersetuju beliau boleh langsung berhubung dgn Mahmood Asaaf. Ini ditulis di mukasurat 13 buku tersebut.
6. Dalam buku yg sama, Dr Mahmood ‘Asaaf juga menceritakan pengalaman unik beliau. Pada bulan May 1944 beliau tlh diundang utk memberikan baiah (janji taat setia) kpd sebuah organisasi khas di dalam IM. Beliau telah pergi ke sebuah rumah di Saliba & memasuki sebuah bilik gelap
Di dalam bilik tersebut ada Saleh Al ‘Ashmawi (ahli IM). Al ‘Ashmawi duduk di hadapan sebuah meja kecil yg ada satu mushaf Al Quran & sepucuk pistol. Dia mengarahkan Mahmood bersama Abd Aziz utk meletakkan tangan kanan di atas mushaf Al Quran & pistol serta bersumpah utk
taat dan setia kepada organisasi rahsia ini. Mereka berdua merasa sedikit tertekan dan marah. Setelah keluar dari rumah itu, Abd Aziz menyatakan - ini menyamai ritual rahsia perkumpulan rahsia freemason & baha’i (dicatat pada muka surat 154)
7. Hassan Al Banna dalam biografinya turut mengakui sendiri bahawa menerima dana sebanyak 500 pound daripada Inggeris di Ismaeliya setalah Ikhwanul Muslimin di tubuhkan.
8. Al Muhaddith Sheikh Ahmad Mahmud Syakir dalam bukunya شوون التعليم و القضاء menyatakan secara pasti Ikhwanul Muslimin di danai oleh komunis dan yahudi. Bahkan dalam Majalah Al- Asaas beliau menyatakan IM membunuh umat Islam & menjadi agen eropah utk menakluk Mesir
9. Bahkan bekas anggota Ikhwanul Muslimin sendiri, Sheikh Muhammad Al Ghazali mengatakan IM telah dicemari dgn anggota freemason, antaranya beliau menyebutkan nama Ustadz Hassan Hudhaibi
10. Ali ‘Asymawi dalam التاريخ السري لجماعة الاخوأن المسلمين pada mukasurat 81 menyatakan keanggotaan freemason & agen asing di dalam IM telah dikritik oleh Syed Qutb dan Muhammad Al Ghazali. Beliau juga menuduh Dr Muhammad Khamis Humayda sbg FM dan Hilmi Minyari sbg intel asing
11. Setelah membaca kritikan dan tuduhan dari anggota IM, pakar hadith dan sarjana-sarjana Islam ttg IM dan beberapa anggotanya adakah kita perlu percaya dan terima semua yg di tuduhkan ke atas IM dan beberapa org yg saya sebutkan tadi? Adakah kita percaya Al Banna agen barat?
Al Banna dan tokoh-tokoh tadi telah lama meninggalkan kita dan tidak boleh menjawab & membela diri dari tuduhan-tuduhan jahat yg dilemparkan kepada mereka. Tapi mereka meninggalkan legasi berbentuk tulisan & perkataan mereka yg mencerminkan siapakah diri mereka
12. Manusia boleh menuduh Abduh freemason, baha’i. Al Banna agen Inggeris. IM menerima dana komunis dan yahudi untuk menjatuhkan kredibiliti mereka dan kepentingan-kepentinga tertentu. Tapi mereka sendiri, sewaktu hayatnya tidak mengakui dan karya-karya mereka juga menafikannya
13. Kita boleh sahaja berbeza pandangan dan tidak bersetuju dgn Abduh, Al Banna atau Ikhwanul Muslimin tapi janganlah jadi jahat seperti @myusri_jamal dgn memburuk-burukkan imej orang yg ada jasanya walau sedikit kepada umat Islam.
14. Saya tidaklah pro Al Banna, Ikhwanul Muslimin atau Abduh. Saya mengkritik idea-idea dan tidak bersetuju dgn kebanyakkan gagasan pemikiran mereka baik dalam isu perempuan, bernegara & politik. Tapi tidaklah menjadikan saya jahat utk merendahkan peribadi mereka
Saya kira cukup dahulu. Selamat berbuka puasa dan menghidupkan malam-malam terakhir di bulan Ramadhan.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to AfiqMNoor
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!