Profile picture
, 66 tweets, 13 min read Read on Twitter
“PENJAGA BILIK MAYAT”

Kisah Benar,

THREAD INI mengisahkan pengalaman hidup saya semasa berkerja di Bilik Mayat iaitu Unit FORENSIK...

INI ADALAH THREAD ✍🏻
Thread ini akan di Publish PADA JAM 8.00mlm Hari ini.... kisah ini agak mengerikan. Baca dan hayati thread ini.

AWAS!!! Jika anda tidak bersedia untuk membaca cerita ini... bacalah di waktu siang dan ada orang disekeliling anda.... Selamat Menunggu dan membaca 🙏🤧
Baiklah , ini adalah pengalaman tahun 2019 iaitu pada awal bulan januari. Saya berkerja sebagai pembantu forensik dalam menguruskan mayat di hospital besar Kuala Lumpur. Ini adalah pekerjaan sampingan saya selepas tamat latihan dalam ketenteraan.
Pada hari pertama saya berkerja.. Saya ditugaskan untuk menjaga bilik yg dirahsiakan oleh staff2.. cuma yg dipesan. Tabahkan iman dan kuat menghadapi dugaan.. memang pelik lah jawabnya. Apahal diorang ni semua kata macam tu. Tapi aku buat tak tahu lah. Budak baru kan hahahahaha
Saya di berikan meja dan locker untuk letak barang2 peribadi. Cuma apa yang dipesan. “Awak kena sentiasa check hp dan jangan sekali2 kamu silentkan. Takut emergency nanti call awak tak dapat pulak kat dalam tu” aku pun iya kan jela.
Bila dah siap buku catatan aku apa semua. Staff bawak lah aku pusing satu HkL.. tempat dia macam2.. aku rasa semua tempat naik bulu roma. Bulan pertama aku diberi peluang untuk shift siang. Tugas aku ialah mencuci pisau dan memastikan gunting apa semua perkakas dalam tu cukup.
Dalam office staff tu asyik borak dengan aku. “Dik, tak lama lagi akak dah nak posting kat unit lain dah. Kamu jaga tempat ni sebaik mungkin ya.. akak dah kerja kat sini dah lama. Jadi akak dah lali dgn biasa dah kat tempat2 macam ni” aku pun tanyalah...
“Kenapa kak? Apa yang lali apa yg dah biasa? Sy tengok okey je office ni.. owh shift malam eh. Biasalah tu kak.. Hospital kan. Tempat mana je yg tak ngeri kan ahahahahahaha” akak tu senyum je. Takpe dik nanti kau akan faham cara kerja kau macam mana. Akak harap kau okey lah kan.
Masa tu aku tak kena posting ke Unit FORENSIK lagi tau.

Selepas seminggu,

Aku dibawa ke UNit FORENSIK.. masa tu bengal tak tahu apa pun pasal forensik. Aku ingatkan unit macam dalam cerita orang putih tu. Bedah siasat patient bagai.
Tiba di Unit FORENSIK... Fuwh rasa seronok pulak tak sabar nak tahu kerja aku macam mana. Bila dah masuk je. Akak tu terus cakap “dik! Tabah tau” aku pun iyakan jela. Masuk2 je aku rasa loya.. bau hanyir bau macam2 lah yang sampai aku rasa tak boleh nak masuk unit tu.
Akak tu pun bagi aku mask. “Kak! Bau apa ni kak!! Sy nak masuk macam sesak nafas tak boleh nak bernafas dah ni. Bau pekat sangat!” Akak tu diam je dan bawa aku kedalam. Adik, kau jangan lari! Kau lari kau siap kau! Hahahah
Aku pun iyakan apa akak tu cakap. Masuk kedalam je aku terus tergamam. Dalam hati aku macam2 asyik fikir itu ini. Terkejut apa semua. Sebab aku tengok papan atas tu tulis. “Bilik Bedah” sebelah dia postmortem Mayat. 🤦🏻‍♂️ aku jalan rapat ngan akak tu. Goyang siot!
Akak tu tanya “kau ok tak ni? 😂 asal macam gelabah berpeluh macam cemas semacam je kau ni? Relax lah tak ada apa lah. Akak dah lama kat sini. Awal2 je. Tu semua dah mati. Tak ada apa yg nak ditakutkan” dalam otak aku memang lah fikir dah mati...
Kot iya dia bangun dia kokak nya leher aku terus jadi zombie wei! Jantung mula berdegup kencang... ahhhh hadap jela! Amik pengalaman. Cukup 3 bulan aku blah lah. Banyak lagi kerja yg okey lagi. Mengerikan je ahahhaa..
First masuk pintu aku dah hadap benda ni.. “kak? Ni locker simpan barang ke apa?” Relax je tangan aku nak capai g bukak. Akak tu tinggi suara kat aku “adik!! Jangan bukak! Tu bukan tempat letak barang! Tu tempat letak orang.. jangan pandai2 nak pergi bukak pulak”
Aku pun tengok kertas dekat situ. Eh nama muslim. Iya lah tu kot! Ada mayat dalam ni. Nasib baik tak bukak. Aku pun check barang apa semua kat dalam unit tu cukup ke tak. Bulu roma tak henti2 naik je. Haih! Dalam hati aku cakap. Aku ni dah la orang baru. Mesti aku kena uji punya.
Tiba2 bangla yg jaga kat unit tu masuk. “Okey adik! Ahmad ni akan temankan kau sepanjang kau jaga dekat bilik ni. Ada lagi 4 orang shift malam aku jaga kau. Tak perlu takut” huwh tenang jiwa aku sebab akak tu ckp ada orang temankan. Nasib baik tak buat kerja sorang.
Task pertama yg aku perlu buat. Patient mayat masuk. Aku kena amik mayat tu dari pintu. Alamak! Tak kan aku sorang je sorong mayat tu nak ke peti! Tak apalah langgar jela. Aku pun iya tolakkan sampai ke peti. Diri ni dah menahan dari loya dah. Mengucap zikir bagailah
Dalam hati ni... aku kosongkan minda. Tak nak fikir apa2 langsung pasal apa akan jadi ke apa. Bukaklah peti nak masukkan patient mayat tu. Sementara nak tunggu doktor dengan staff forensik yg lain datang nak buag postmortem. Mayat ni mayat orang indian. Masa nak tolak tu kan.
Satu angin kuat lalu belakang aku. Macam meniup2 belakang tengkuk aku. Geli geliman je rasa sampai naik bulu roma aku. Pandang kiri pandang kanan. Mayat tak masuk lagi ni dalam peti. Tolak cepat2, aku niat nak gerak ke tempat bangla tu dekat bilik belakang. Cuak semacam..
Masa nak gerak ke bangla tu. Hujung pendengaran aku. Aku dengar “tolong!!! Tolongggg!!!! Sejukkk!!” Kau bayangkan jantung aku dah macam dekat peti mayat tu dia punya gugur. Nak toleh belakang pun macam dah tak mampu dah. Aku paksa diri paling kan arah pandangan aku ke
Peti “NONMUSLIM” .. dari situ aku dengar suara tu. Niat hati memang nak pergi dekat. Dah melangkah sikit2.... “Hoi!!! Apa yg kau duduk termenung tu!! Sini tolong aku!” Menjerit terus aku. Maakkkkkkk!!!!!! Berlari aku pergi kat bangla tu. Habis aku maki bangla tu.
Kau ni tak reti tegur slow2 ke!! Kau tahu tak diorang ni semua ni tengah rehat!! Ececehhh aku cover line. Padahal berderau tak ingat dunia dah masa tu. Bangla ni dah lama kerja dalam ni. Bahasa melayu dia fasih gila tau. Respect jugakla dekat dia. Bangla tu pun tanya aku..
“Kau dengar apa? Buat tak tahu sajala. Ini rumah aku. Sudah lama aku kerja dekat sini. Orang baru akan selalu macam itu” aku pun tak jawab apa yang dia tanya. Jam nak dekat pukul 5 petang dah. Tak sabar nak balik dah dalam fikiran aku.
Aku pun balik.. bau dalam bilik tu melekat dekat baju aku. Sampai maghrib. Aku duduk lama depan rumah tak nak masuk. Mak aku pun bukak pintu. Apa yg kau tercegat dekat luar tu? Maghrib2 duduk luar. Aku pun masuk ke dalam rumah. Mak aku terus pandang muka aku.
Kenapa muka kau pucat ni? Bau apa ni! Kenapa hanyir sangat. Pergi mandi! Basuh baju tu. Aku tak bagitahu mak aku lagi yg aku krja macam mana. Mandi apa semua. Badan pun penat. Terlelap lah aku dekat katil aku. Datang satu mimpi...
Seorang pakcik berkulit gelap bercakap dengan aku. “Dik, esok pakcik datang. Pakcik nak kamu dtg jumpa pakcik dekat pintu esok pagi” dalam mimpi memang tak bole nak kawal apa. Ikutkan jela apa yg mimpi tu katakan.
Keesokan harinya,

Masuk2 je pintu ada patient dah terlunjur dekat tepi pintu. “Okey lid! Kau bawak patient tu ke bilik postmortem. Doktor kejap lagi sampai” aku pun sorong lah sampai ke bilik. Tengok tangan terkeluar macam orang tua. Aku teringat dekat mimpi malam tu.
Lagi bijak pergi bukak kain dekat muka. Ehhhhh!!! Ya allah!!! 😭 ini orang yg dalam mimpi aku tu!! Apa niiii.... aku tutup cepat2 istifar... lari kedepan terus. Rasa macam dah tak sanggup nak hadap benda ni semua dah.
Petang tu aku perati je dari bilik cermin tu. Patient tu kena bedah. Relax je kepala orang tu doktor ni pergi pusing ke arah aku. Aku cepat2 alihkan pandangan. Sebab aku mimpi malam tu dia bercakap dengan aku. Kemudian dah habis postmortem apa semua. Cuci2 barang dengan
Kafan kan mayat. Siap untuk dibawa masuk kedalam van jenazah. Aku pun sedekahkan alfatihah kpd arwah. Semoga diharamkan seksaan kubur dan api neraka. Balik lah kerumah sperti biasa. Malam tu mimpi lagi benda yg sama. Kalini berlainan sikit. Datang seorang pkcik
“Dik, terima kasih tau” itu je dia sebut. Lepastu terjaga. Dalam hati aku pun kata “aku rasa dia ucap terima kasih atas doa2 aku tu kot” tak apalah. Fikir yg baik2 jela.

Masuk bulan kedua,

Kalini aku sorang2 je uruskan sebab bangla tu dia tak sihat. MC katanya..
Ahhh sudah!! Time macam ni la dia nak sakit lah nak mati la apalah!!! Tak kan aku sorang je yang kerja kat dalam ni. Ahhh lantak lah!! Langgar jela apa yg nak jadi. Ambil pengalaman. Fikir positive jela dalam kepala otak aku ni.
Bilik ni. Aku kena tukar cadar baru.. tapi ya allah berapa banyak kali aku muntah. Tak boleh nak masuk bilik ni. Bau dia ya allah! Memang pekat betul. Pakai mask pun tak lut dah masa tu. Dalam anak mata aku ni nampak je yang berlari yang mengintai. Tapi soal kerja. Aku kena
Buat habiskan sebelum bro forensik datang nak postmortem. Dekat pintu keluar tu. Tu bilik nak cuci pisau gunting segala perkakas lah. Bahagian muslim asing. Dan bahagian non muslim diasingkan. Masa tengah cuci tu. Peti satu persatu bergegar. Dengan bunyi sayup teresak2 menangis.
Uuuuwww uwww... slow je bunyi dari dlm peti. Aku basuh cepat2 barang apa semua. Tinggal nak masuk dalam satu peti pemanas ni. Tiba2 dari belakang. Ada orang tarik baju aku. “Abang! Lama lagi ke nak siap tu?” Aku pergi jawab. Dah nak siap dah ni. Kenapa tu? Aku pusingkan kepala.
Tak ada orang. Terus aku tinggal. Aku pergi counter depan. Bang! Teman sy kejap bang. Macam ngeri je kat belakang tu sorang2. Abang tu pun teman kan lah aku sambil ketawa. “Kau dah kenapa dik? Hahaha biasalah org baru. Kau kena banyak bertabah je. Esok lusa kau biasalah tu”
Esok lusa biasa kebendanya bang. Abang sendiri kerja pun hari2 asyik kena je. Tak payah nak esok lusa sangatlah. Abang tu gelak je.

Baiklah ini bulan terakhir sebelum aku berhenti kerja.. bukan terakhir dia macam tahu2 aku nak berhenti kerja.
Waktu ni aku berkerja berseorangan lagi. Aku selfie dekat sini sebab.. peti tu bergegar. Masa nak record tu tak boleh. Dia asik tendang keluar je dari record. Aku duduk dalam ni berejam. Aku cakap kalini pergi ke lantak apa nak jadi jadi lah! Aku tak peduli. Aku siapkan kerja
Aku apa semua. Aku nampak dekat hujung pintu ada tangan hitam. Buat tak tahu lagi. Siapkan apa yang perlu. Pisau apa semua. Tag nama dekat peti apa semua. Kalini aku tak boleh duduk diam. Orang panggil nama aku. Aku cari siapa panggil nama aku tu. Aku tengok dari bilik gelap.
Bilik postmortem yg dilarang masuk. Memang aku tak pergi la dekat dalam tu. Masa nak keluar pintu. Tiba2 ada call masuk. “Adik! Ada patient baru dekat pintu. Tolong hantarkan dekat bilik bedah. Aku pun pergi jemput dan bawakkan ke tempat bilik bedah. Kemudian tak lama lepastu
Unit forensik pun sampai. Aku tengok muda sangat2 lelaki ni. Aku pun tanya lah. Bang! Muda nya lelaki ni meninggal dunia bang. Sakit apa tu? Abang tu pun jawab “meninggal dalam tidur, mati mengejut. Tak tahu apa punca. Tu yg nak bedah tu nak tahu dari mana punca kematian”
Aku pun perati jela postmortem tu. Dengan darah menitiknya apa semua. Aku tengok satu persatu dia belah dia keluarkan satu2.. dalam hati aku cakap “ya allah kau permudahkanlah urusannya. Kenapa aku taknak berganjak. Aku nak tahu kenapa dia meninggal” msg pun masuk.
“Dik, awak dah bole pergi rehat. Kang tak larat pulak buat kerja. Akak bagi kau rest 2jam” aku pun happy lah. Aku taknak pergi makan. Nak tengok cara diorang bedah siasat. Tengok dari dekat.
Macam pernah tengok. Tengok data dia. Eh ni macam area umah kawan aku ni! Aku pun tak fikir aku keluar dari unit forensik. Aku tengok ramai kawan2 aku. Semua terkejut! Eh kalid!! Kau buat apa dekat sini? Buat apa nya.. aku kerja dekat sinilah. Buat part time! Haha
Sebelah tu awek member aku. Menangis tak henti2. Eh kau kenapa menangis? Siapa yg meninggal? Abang kau ke? Diorang semua taknak jawab. Kawan baik aku dari kecik jawab sambil teresak menangis “lid! Kau tak tahu ke siapa kat dalam tu?” Tak tahu mannn.. kenapa ckp lah!
Sepupu aku.. kawan kita yg dalam group ws. (Nama dirahsiakan) meninggal malam tadi. Mati mengejut.. kami pun semua tak tahu kenapa. Ehhh mann! Malam tadi bukan dia ok je ke main game dgn kita semua? Bukan dia kata nak pergi ganu ke?
Whatsapp last dia hantar gambar emoji dengan ayat pelik “mungkin ini ialah game terakhir aku dengan korang. Lepasni aku tak main game lagi dah dgn korang” yela dlm group kan. Siapa je xfikir benda tu lawak nak buat ayat sedih. Yang lain pun jawab.
“Alaaa kau nak pergi terengganu je kan. Bukan tak bole main waktu kau dekat sana” dia pun tak reply dan sepupu dia cakap dia tertidur. Tak sangka perbualan dlm ws kami tu ialah bualan terakhir dia. 😭😭😭 aku dah la tengok postmortem tu!! 😭😭😭 aku terus menangis..
Kenapa korang tak call aku !!! Kenapa tak bagitahu aku!! 😭😭😭 kau tahu tak malam tadi aku mimpi apa! Aku mmpi dia cakap. “Bro! Esok aku lawat kau tempat kerja tau” ya memang melawat kt tempat kerja aku dan aku pelik macam mana dia tahu aku kerja situ.
Rupa2 nya dia yg nak postmortem dekat unik forensik... aku yang tolak arwah ke dalam bilik bedah. Dan aku yg tengok arwah kena bedah. Aku siap mendoakan lagi. Dan nak tahu punca meninggal waktu muda. Aku sendiri tengok dan aku sendiri uruskan dlm unit tu ialah kawan aku sendiri.
Aku sendiri yg kafankan. Dan aku sendiri yang uruskan hal luar dalam arwah. Itulah kali pertamanya aku menguruskan orang meninggal yang aku kenal dalam tempat kerja aku sendiri. Iaitu kawan aku sendiri dalam group... sepanjang aku uruskan. Tak berhenti2 air mata aku mengalir 😭
Bro! Aku doakan kau diharamkan segala seksaan dunia dan akhirat. Tak henti2 aku brzikir selawat atas kematian dia. Tolak jenazah dia keluar dari pintu. Keluarga dia dan kawan2 aku semua menangis. Tengok aku tolak keluar nak ke van jenazah. Aku lagi lah jangan cakap teresak dia 😭
Ya allah! Hari ini hari yg paling sejarah dalam hidupku... aku tengok gf dia tgk keluarga dia. Apalah perasaan diorang kehilangan orang yg diorang cintai dan syg sepenuh hati. Allah!! Pedih luluhnya hati mereka ya allah. Lemah nya aku tengok diorang bersedih macam tu 😭
Bayangkan kita melihat pasangan dan ahli keluarga kita yg diusung. Kalau aku ditempat pasangan dia yang nak mendirikan rumah tangga. Luluhnya hatiku ya allah! Melihat org yg dsayang dah pergi buat selamanya. Aku pun punchout dan cakap ada emergency kes. Kawan yg diuruskan tu
Ialah kawan aku sendiri. Alhamdulillah diorang faham dan diberi kelepasan. Ikut sampai ke masjid. Uruskan lagi sekali tentang arwah apa semua. Usung jenazah sampai ke liang lahad. Kain kafan yg diusung kemerahan dgn darah yg dijahit postmortem tu.
Kami berdoa agar ia mati dalam keadaan syahid.. sebab dikebumikan dlm keadaan berdarah. Ustaz kata dia dimatikan didalam keadaan beriman. Sbb arwah nampak macam tengah tidur. Fresh betul. Tak nampak macam dia dah pergi. Arwah ni memang baik betul. Cara dia ckp mmg lembut sgt.
Memang baiklah senang ckp. Smyg tak tinggal apa semua. Urusan dia cepat betul. Kemudian siap di talkin apa semua. Kami pun bersurai. Aku mengangkat tgn lagi. Ya allah! Kau permudahkan soal jawabnya disana dan kau haramkan dari seksaan atau apa2 sekalipun keatasnya.
Tempatkan nya dia ditaman2 syurga” sampai je kerumah. Aku pun mengadu dekat mak kata kat tempat kerja tadi uruskan jenazah kawan sendiri dlm group. Keluarga arwah banyak berterima kasih sbb temankan arwah sepanjang postmortem kat dalam tu.
Malam tu datang satu mimpi... tempat yg tenang indah. 3 orang hamba mengucapkan terima kasih atas doa dan urusan. Tapi aku tahu siapa orang2 yg didalam mimpi.

Kemudian cukup 3 bulan berkerja. Aku resign. Sebab aku dah tak mampu nak bawak kerja aku ni. Sebab terlalu berat.
Ujian datang melanda diri aku. Pucat lesi setiap balik kerja. Mimpi yang bukan2.. mimpi arwah lah. Sampai lah ada budak baru masuk gantikan tempat aku. Alhamdulillah! Kisah orang baru tu pulak... bahagian aku dah settle..
Itu sahaja perkongsian saya terhadap thread ini. Tak mampu nak taip sebab terlalu sedih sangat sbb teringatkan arwah. 😭

Sincerely,
#kheyamir 🧕🏼👳🏻‍♀️

Alfatihah kepada arwah...
Maaf sebab lambat post.. sambil taip sambil masak burger 🙏🙏🙏 harap diampun salah silap. Thanks so much! 🌹
Khas kepada rakyat Short story...

saya kerja drumah sakit di bahagian unit forensik pengurusan jenasah. Ruang yg sedang sy kerja itu dpenuhi dengan misteri. Diganggu oleh makhluk2 ghaib(hantu). Semasa sy bkerja disitu. Sering diganggu dan satu hari saya bertemu sama sahabat sy
Iaitu jenasah sahabat saya sendiri di bilik mayat. Dan saya sendiri yang urusin mayatnya itu sehingga keliang lahad(pengebumian) sahabat saya itu ialah salah seorang yang ada didalam group whatsapp saya. Sehari sebelum meninggal. Kami berbicara tentang permainan terakhir kami.
Khas kepada rakyat INDONESIA 🙏🙏🙏
Kalau gak ngerti apa yang di ceritakan.. maafin gue kerana gue sendiri gak pandai berbahasa indonesia. Terima kasih!
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to khey.amir
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!