Siapa sebenarnya yang membuka pintu hati pelanggan untuk membeli dengan kita?
Strategi pemasaran, ayat copywriting, teknik close sale, guna pelbagai media sosial dan platform online offline,
Jadi, baiki hubungan dengan Allah sebagai pemberi rezeki, tambah amalan, kurangkan membuat dosa, solat sunat taubat, solat hajat, minta dengan Allah secara specific
Setkan minda untuk berfikiran positif.
Ambil nafas, hembus... Anggap sahaja jika rezeki kali ini tak dapat, sebenarnya Allah dah plan untuk beri rezeki lain yang lagi besar, lagi banyak, lagi berkat.
Tak perlu stress,
Sebenarnya ramai yang tahu mengenai -perkara-perkara asas ini. Banyak juga disampaikan oleh ustaz ustazah di mana-mana majlis ilmu, di masjid, di YouTube tapi adakah ia menjadi amalan kita?
Jom sama-sama ubah mindset kita, banyakkan amalan. Ye lah, kadang-kadang rezeki ni juga datang dengan ‘unsangkarable’. Aummmmm... 😄😆💪
Insyaallah... Amiiin...
Sekadar berkongsi apa yang saya sempat catit,
Wan Hassan, 😎✌️
Usahawan,
Kota Bharu.