Profile picture
, 103 tweets, 13 min read Read on Twitter
betul ke kalau kita mimpi hantu, sebenarnya hantu tu tengah tengok kita tidur ?

Rt guys,jangan biarkan korang sorang je yang rasa seram dengan cerita ni

ini adalah thread
aku akan start 11.30 malam ,jadi korang boleh layan thread aku yang lain dulu kat sini

or sekarang korang boleh layan thread aku kat instagram..

follow je instagram ni @abstrakim
Tak nak beli takpe,tolong Rt ..mungkin dalam rezeki saya,akan ada rezeki anda semua jugak

Converse Rm50 sahaja(stok terhad)
ready stock🏂
kualiti tip top😎

nak order,cepat cepat tekan link ni wasap.my/601126179748

or ws je +601126179748
setelah seminggu lebih berada di hospital,akhirnya juwita sedar dari koma

dia lihat ada 2 manusia berdiri di sebelah katilnya ..

dia tidak ingat siapakah mereka?
dan dia sendiri tidak ingat siapakah dirinya?
Juwita hilang ingatan..

2 manusia yang berdiri di sebelah katinya ialah suami dan anak lelakinya yang berumur 6 tahun..

selepas beberapa hari,juwita di benarkan untuk pulang ke rumah
semasa di dalam kereta..

"awak jangan paksa diri untuk ingat apa yang dah berlaku ,sebab awak masih belum betul- betul sembuh" nasihat suaminya pada dirinya..

juwita hanya mengangguk setuju
juwita hanya mendiamkan diri..
dia merasakan suami dan anak lelakinya seperti orang asing..

seperti mereka bukan lah ahli keluarganya ..

mungkin juwita hanya overthinking,lagipun dia hilang ingatan
akhirnya mereka sampai di sebuah rumah banglo yang sangat besar..

"ini rumah kita ke?" tanya juwita pada suaminya

"ye ini lah rumah kita,awak masih ingat?" tanya suaminya

juwita hanya tersenyum sepi,dia tidak ingat rumah tu
juwita masuk ke dalam rumahnya ,dia lihat gambar-gambar di dinding rumah..

gambar dia bersama suami dan anak lelakinya..

tapi dia masih tidak dapat ingat apa-apa
semasa dia sedang fokus melihat gambar ahli keluarganya,suaminya menyentuh bahunya dari belakang

"jom kita makan kat dapur,makanan dah siap" ajak suaminya

semasa di dapur,kelihatan seorang wanita berdiri di sebelah meja makan
"siapa ni?" tanya juwita pada suaminya

"kenalkan ini merti,orang gaji kita"

"ooo awak ingat saya?" tanya juwita pada merti

"maaf buk,saya baru seminggu kerja disini" jelas merti
juwita duduk makan di meja makan bersama suami dan anaknya..

selepas selesai makan,merti datang pada suami juwita..
"pak ,ada polisi datang"

"awak duduk je sini,biar saya pergi tengok" kata suami juwita pada juwita
Diruang tamu rumah ada seorang pegawai polis..

suami juwita bersalaman dengan polis tersebut "Encik rashid kan, saya pegawai polis,inspektor isa, saya datang nak temubual encik sikit"

"tentang apa ye?" tanya encik rashid
pegawai polis mahu menemubual encik rashid berkaitan dengan kemalangan yang dialami isterinya

" apa sebenarnya yang terjadi malam isteri encik kemalangan tu?" tanya inspektor isa
"kami bergaduh malam tu, biasalah hubungan suami-isteri, dia merajuk keluar dari rumah ,lepastu saya dapat panggilan yang dia kemalangan" jawab encik rashid dengan yakin
"eh puan juwita, dah nampak lebih sihat ye" tegur inspektor isa pada juwita yang sedang curi curi dengar perbualan mereka berdua

juwita hanya tersenyum..

setelah selesai ,inspektor isa berlalu pergi dari rumah tersebut
"kita gaduh tentang apa malam tu?" tanya juwita

"saya dah cakap tadi, duduk je kat dapur " kata rashid dengan muka serius

juwita mula berasa hairan "saya cuma nak tahu je"
"doktor ada bagitahu saya, awak tak boleh stress, lagi membahayakan kesihatan awak, jadi biar awak tak tahu" jelas rashid lalu naik ke bilik tidur
muncul anaknya mizi

"mizi ,mizi ingat tak apa yang jadi masa malam ibu eksiden" tanya juwita

riak wajah anaknya bertukar seperti dalam keadaan ketakutan "mizi tak tahu ,mizi tidur malam tu"

mizi berlalu pergi, juwita semakin hairan
malam tu,juwita terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi suara orang perempuan menangis..

juwita keluar dari bilik tidur mencari dari mana suara tu datang..
langkah juwita terhenti di hadapan sebuah bilik..

juwita dapat rasa kan yang tangisan tu datang dari bilik tu..

"ada siapa-siapa ke dalam bilik ni?" tanya juwita ingin tahu

tapi tiada sahutan
jadi juwita memberanikan diri membuka pintu bilik tersebut perlahan lahan..

suara tangisan tu semakin kuat apabila pintu sudah terbuka luas..

bermaksud suara tangisan tu memang ada di dalam bilik tersebut
suara tangisan tu datang dari seorang perempuan yang sedang memakai telekung berwarna putih,

perempuan tu hanya berdiri sambil menangis tidak menghadap juwita..

juwita berjalan perlahan-lahan menghampiri perempuan tu
" siapa awak?" tanya juwita sambil berjalan perlahan- lahan menghampirinya

tiba tiba perempuan yang memakai telekung putih tu,membuat aksi pelik yang menyeramkan dengan mengoyangkan badannya ke kiri dan ke kanan dengan keluar suara membaca mentera yang pelik dari mulutnya
juwita mula rasa seram,langkah nya terhenti...

jantungnya seperti ingin meletup melihat apa yang ada di depan matanya..

keberaniannya mula hilang,juwita pusing ke belakang untuk keluar dari bilik
dia berlari ingin keluar dari bilik..

tapi pintu bilik tu tertutup dengan sendiri

juwita mula gelabah, dia meronta-ronta cuba membuka pintu tapi gagal
juwita pusing ke belakang..

perempuan bertelekung putih tu dah ada depan matanya..

dengan wajah yang sangat menyeramkan

juwita menjerit ketakutan
rupanya itu mimpi,juwita tersedar dari tidurnya, jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi..

"lewatnya aku bangun " kata juwita dalam hati bingkas bangun pergi ke dapur
kelihatan suaminya sedang sarapan di meja makan

"eh awak da bangun,jom sarapan" ajak suaminya

juwita duduk di meja makan

"saya mimpi buruk malam tadi" luah juwita
"mimpi buruk apa?"

"saya mimpi hantu" jelas juwita

"hmm mimpi tu kan mainan tidur" kata suaminya

juwita masih termenung memikirkan apa yang dia mimpi semalam
malam pun tiba ,juwita tertidur semasa sedang menonton telivision di ruang tamu..

pada pukul 3 pagi ,dia terbangun kerana terdengar bunyi gelas pecah di dapur..

juwita bangun dan berjalan perlahan-lahan ke dapur
belum sampai di dapur..

ada kepala muncul menjenguknya dari dapur..

juwita terkejut"siapa tu?"
langkah kaki juwita semakin perlahan kerana ketakutan
sampai sahaja di dapur, dia nampak seorang nenek tua dengan rambut berwarna putih tidak menghadapnya sedang menangis..

juwita terkejut ,siapa nenek ni ? dari mana dia datang?
"nek ,macammana nek boleh masuk rumah saya ,nenek ni siapa ?" tanya juwita yang sedang keliru

nenek tu tidak menjawab persoalan juwita, masih menangis
juwita berjalan perlahan ke arah nenek tu

dia cuba mendekatkan diri pada badan nenek tu sebab ingin memegang bahunya

belum sampai tangannya ke bahu nenek tu,ada tangan lain yang sangat buruk muncul secara tiba tiba menyentuh tangannya, membuatkan juwita terkejut jatuh terduduk
tiba tiba nenek tu mencangkung dan memusing kan badannya ke belakang..

terserlah wajah nenek tu yang sangat hodoh..

mula berjalan sambil mencangkung ke arah juwita dengan sangat laju..

juwita terkejut dan menjerit
juwita terjaga dari tidur,rupanya tu mimpi lagi

jam memunjukkan pukul 4 pagi..

sebenarnya dalam mimpi, semasa nenek tua tu jalan mencangkung ke arah juwita..

dia ada memberi tahu sesuatu pada juwita..
dan ini yang diberitahu pada juwita

"diorang bukan suami dan anak kau ,hati-hati"
pagi tu semasa juwita sarapan di meja makan dan merti sedang mengemas di dapur

"Merti ,bila kamu dapat kerja kat sini?" tanya juwita

"beberapa hari yang lepas buk,bila saya dapat tahu yang rumah ni perlukan orang gaji yang baru, saya cepat cepat kemari"jawab merti
"kamu kenal ,orang gaji yang lama rumah ni?"

"tidak kenal buk ,saya datang ,dia sudah enggak ada ,ibuk pun masa tu masih koma di hospital" jawab merti dengan penuh yakin

"hmm takpelah kalau macamtu" juwita memandang ke arah lain, dia mula keliru
juwita melihat gambar-gambar di ruang tamu

"semua gambar aku ada bersama mereka ,takkan lah diorang ni bukan ahli keluarga aku" kata juwita dalam hati sambil melihat gambar-gambar yang ada di dinding
juwita mengeluarkan gambar dari bingkai gambar

dia cuba periksa keaslian gambar tu ,tapi gambar tu kelihatan asli

dia mengambil kunci kereta dan keluar dari rumah tanpa pengetahuan suaminya ke pejabat polis
sampai sahaja di pejabat polis yang berhampiran

kelihatan ada inspektor isa

dia menegur juwita "eh puan juwita ,ada apa datang ke sini?.."

"saya nak buat laporan polis"

inspektor isa menjemput juwita untuk duduk

"buat laporan untuk apa?" tanya isa
" saya rasa suami dan anak saya ialah penyamar"

"penyamar??"

"ye diorang penyamar,diorang bukan suami dan anak saya"

" puan pasti?"
"ye saya pasti "

inspektor isa tiba tiba ketawa
"haha apa yang membuatkan puan juwita rasa macamtu"

"sebab saya dapat rasakan yang kami bukan keluarga"

"puan juwita,saya ada dtang ke rumah puan juwita dan saya nampak gambar keluarga di dinding rumah ,kan ada gambar kamu semua"
juwita memberi gambar yang diambilnya dari bingkai gambar kepada inspektor isa

"encik cuba cek gambar ni, saya rasa diorang dah edit gambar ni" kata juwita

"puan juwita ,saya tak perlu cek pun gambar ni ,jap saya nak tunjuk sesuatu"

inspektor isa bangun mengambil fail
di dalam fail tu ada salinan ic juwita dan suaminya..

"puan juwita tengok gambar dalam salinan ni, gambar puan dan suami puan kan?" tanya inspektor isa

"ye betul" jawab juwita

"jadi macammana orang boleh palsu kan salinan ic yang asli ni?"

"hmm"
"puan kan hilang ingatan ,saya faham ,jangan terlalu ikut kan perasaan" nasihat inspektor isa

"hmm baik lah ,saya balik dulu"

juwita bangun dan pulang ke rumah
apabila sampai dirumah,juwita dimarahi oleh suaminya

"awak kan tak sehat,kenapa keluar macam tu je dari rumah??"

juwita hanya mendiamkan diri,
suaminya melihat juwita memegang gambar
"gambar apa yang awak pegang tu?" soal suaminya terus mengambil gambar tu dari tangan juwita

"awak bawak gambar ni pergi mana?" tanya suaminya lagi

juwita hanya mendiamkan diri dan berlari masuk ke dalam biliknya
mizi muncul dari belakang rashid

"ayah ,dia dah tahu ke?" tanya anaknya ,mizi

"hmm mustahil dia tahu" kata rashid dengan penuh yakin
malam tu, "sesiapa yang ada dalam rumah ni, bagitahu lah aku kebenaran" kata juwita sebelum melelapkan matanya..

dia terjaga dari tidur, sebab bunyi angin yang kuat dari luar rumah ,dia nampak tingkap bilik tidak di tutup
dia lihat suaminya sudah tidak ada disebelahnya di atas katil..

juwita bangun untuk tutup tingkap bilik,permandangan dari tingkap biliknya ialah kawasan belakang rumah..

apabila juwita melihat di luar dari tingkap bilik tersebut
juwita terkejut melihat suami dan anaknya sedang mencangkul tanah di belakang rumah

dan yang lagi mengejutkan,mereka ingin menanam sesuatu yang berbungkus dengan kain putih seperti manusia
baru juwita sedar yang suami dan anaknya ingin menanam 2 mayat yang berbungkus dengan kain putih..

juwita berlari keluar dari bilik hendak pergi ke belakang rumah..

sampai sahaja di belakang rumah
keadaan menjadi sangat sunyi ,tiada suami dan anaknya..

juwita mula hairan..

tiba-tiba kedengaran suara orang menangis

bulu roma juwita mula naik kerana ketakutan
dari jauh muncul seorang perempuan rambut panjang dengan muka hodoh ,lidahnya panjang hingga ke tanah memakai baju putih berjalan menghampiri juwita

juwita cuba memberanikan diri menanyakan soalan "apa semua ni?"
tiba tiba perempuan tu berlari laju ke arah juwita seperti ingin memeluknya

"mereka berdua bukan suami dan anak kau"
kata perempuan tu memeluk juwita lalu dia tersedar dari mimpi
juwita bangun tidur dalam keadaan berpeluh, dia lihat rashid sedang nyenyak tidur di sebelahnya..

tiba-tiba kepala juwita jadi pening ,memori malam dia eksiden muncul dalam kepala nya
memori malam tu ,dia berlari pergi ke kereta dalam keadaan ketakutan ,semasa di dalam kereta ,dia nampak rashid keluar dengan pisau yang penuh dengan darah..
dia memandu keluar dari kawasan rumah, kerana terlalu gelabah ,dia tidak dapat mengawal keretanya dengan baik lalu eksiden dan koma di hospital.
itu sahaja memori yang dia dapat ingat..

"kalau rashid dan mizi bukanlah suami dan anak aku

mana suami dan anak aku? 2 mayat yang di tanam belakang rumah dalam mimpi aku tu ke suami dan anak aku?

dan mereka berdua ni ialah penyamar" kata juwita dalam hati
juwita berlari ke belakang rumah sambil membawa cangkul ..

dia mencangkul tanah di belakang rumah untuk mencari mayat tersebut

tiba-tiba juwita terdengar seseorang menepuk tangan dari belakang
apabila juwita pandang kebelakang ,kelihatan rashid sedang menepuk tangan dan mizi ada di sebelahnya..

"tahniah ,kau dah ingat semula ke?" kata rashid
"aku tak ingat apa-apa lagi,tapi aku dah tahu yang korang bukan suami dan anak aku,korang berdua penyamar" kata juwita yang marah
rashid ketawa "hahahaha kau ni hilang ingatan ke atau kau dah gila"

"kenapa kau cakap macamtu?" tanya juwita

"sebab yang menyamar bukan kami tapi kau"

juwita terkejut mendengar kata-kata rashid
"apa yang kau cakap ni?" tanya juwita yang mula keliru

rashid mula menceritakan apa yang sebenarnya terjadi

2 minggu yang lepas....
rashid dan juwita bergaduh ,rashid memaksa juwita untuk menjual rumah banglo tersebut kerana mempunyai hutang yang banyak

rumah banglo itu ialah kepunyaan juwita..

juwita tidak ingin menjualnya,membuat kan rashid hilang sabar
rashid seorang yang panas baran ,dia ikat juwita di atas kerusi dan masih mengugut juwita untuk menjual rumah tersebut..

tapi mulut juwita sangat lantang,dia menghina rashid

rashid jadi semakin marah
rashid mencekik leher juwita dengan sangat kuat

orang gaji rumah tersebut yang melihat kejadian tersebut,mengambil pisau di dapur dan ingin menikam rashid dari belakang
tapi rashid dapat rasa kan pergerakan orang gaji rumahnya

rashid mengelak semasa orang gajinya ingin menikamnya dan membuat kan orang gajinya tertikam juwita..
juwita mati ditikam didada oleh orang gajinya..

orang gajinya menangis

"kau bunuh isteri aku???" kata rashid dengan muka bengis

rashid mengambil pisau yang terlekat didada juwita ,lalu menikam orang gajinya bertubi-tubi sehingga mati
anaknya ,mizi datang melihat ke bilik yang berlakunya pembunuhan tersebut dan menangis

"kenapa ayah bunuh ibu?" kata mizi

"baik kau diam ,kalau tak ,kau yang aku bunuh??" ugut rashid
tiba-tiba bunyi orang menekan loceng rumah berkali-kali..

rashid membersihkan tangannya yang penuh dengan darah ,lalu menukar bajunya

rashid membuka pintu rumah,rashid terkejut
kelihatan seorang perempuan yang wajahnya mirip isterinya..

rashid bertanya "kamu ni siapa,cari siapa?"

"betul ke ni rumah nurul juwita binti majid?" tanya perempuan tu

"ye ini lah rumahnya ,saya suami juwita"
"saya tiara ,adik kembar juwita" jawab tiara

rashid terkejut sebab dia tidak pernah tahu pun yang isterinya ada kembar

rashid menjemput tiara masuk
"kenapa saya tidak pernah tahu pun yang juwita ada adik kembar?" tanya rashid
"saya rasa juwita pun tak tahu,dulu masa kami baru lahir ,keluarga kami sangat susah ,jadi kami di hantar ke rumah anak yatim ,semasa di rumah anak yatim ,kami terpisah lagi kerana diberi pada keluarga angkat" jawab tiara
"mana juwita ye?" tanya tiara

"juwita ,dia keluar sekejap ,awak duduk la dulu ,saya pergi buat air" kata rashid lalu bergerak pergi ke dapur

tiba tiba muncul mizi dalam keadaan menangis,tiara memanggil mizi
"kenapa kamu menangis ni?" tiara cuba menenangkan mizi

"ibu..."jawab mizi dengan suara terketar ketar

"kenapa dengan ibu?"

"ayah bunuh ibu" kata mizi yang membuatkan tiara terkejut
tiara bangun ingin berlari keluar dari rumah dan hendak membuat laporan polis

dia memeriksa koceknya,kunci keretanya tiada..

dalam keadaan gelabah ,tanpa fikir panjang,tiara mengambil kunci kereta yang ada di dalam rumah tersebut lalu keluar dari rumah
rashid yang sedang membawa segelas air di tangannya terkejut melihat tiara berlari keluar dari rumah..

Dia lihat mizi ada di tempat tiara duduk tadi

Dia dapat menyangkakan yang mizi memberitahu sesuatu pada tiara

"dasar anak tak guna"
Rashid mengambil pisau di dapur ingin menghalang tiara..

Apabila rashid keluar sahaja dari rumah, tiara sudah keluar dari kawasan rumah dengan kereta isterinya,juwita
Rashid masuk semula ke rumah lalu menampar mizi, anaknya

" kalau kau buat lagi macamni, aku hantar kau pergi rumah anak yatim, kau nak ke?"

"taknak" jawab mizi sambil menangis
"sekarang kau kena tolong aku, tanam 2 mayat tu kat belakang rumah" ajak rashid pada anaknya..

Mereka menanam 2 mayat tersebut di belakang rumah
selepas selesai,rashid mendapat satu panggilan

"hello encik rashid ,isteri encik rashid terlibat dalam kemalangan"

didalam kereta yang dibawa tiara ada dompet isterinya..

sebabtu orang ingat itu ialah juwita

tiara tertinggal dompetnya di dalam keretanya
rashid mendapat satu idea, dia menghapuskan kereta tiara..

dia berharap yang tiara akan mati semasa koma

lalu orang akan ingat yang mati itu ialah juwita..lalu harta juwita akan pergi kepadanya
tapi tiara sedar dari koma ,selamat tiara hilang ingatan..

rashid menukar rancangan,dia menjadi kan tiara sebagai juwita

dan akan mempergunakan tiara yang hilang ingatan untuk mendapatkan harta juwita
habis cerita rashid..

jadi yang berdiri dihadapan rashid dan mizi sekarang ialah tiara bukan juwita..

"aku tiada pilihan lain,aku terpaksa bunuh kau,sebab kau dah tahu kat mana mayat tu" kata rashid mengeluarkan pisau hendak membunuh tiara
"lepas kan senjata yang ada di tangan kau" suara seorang perempuan dari arah belakang rashid

rashid memandang ke belakang ,kelihatan seorang perempuan sedang memegang pistol

pistol tu dihalakan pada rashid
yang mengejutkan perempuan itu ialah merti

"merti ,macammana kau boleh ada pistol?" tanya rashid

"nama aku bukan merti ,nama aku inspektor rania"

rashid terkejut mendengar kenyataan merti
inspektor rania mula bercerita pada rashid
" sebenarnya semasa tiara memandu kereta ,tiara ada membuat panggilan ke balai polis dan mengatakan kakaknya telah dibunuh

setelah tiara kemalangan,kami dapati dia membawa kereta juwita ,
jadi kami merancang supaya tiara menjadi juwita..kami ingin tiara menyamar menjadi juwita,
jadi kami boleh mendapatkan lebih banyak bukti pembunuhan ,lokasi mayat ,dan tempat pembunuhan

aku telah dihantar untuk menjadi orang gaji dirumah kau
apabila tiara sedar ,dia hilang ingatan, jadi kami teruskan sahaja rancangan kami

aku memasang kamera kecil dan recorder kecil untuk merakam segala perbualan di dalam rumah ni"
selepas inspektor rania habis bercerita ,muncul sekumpulan polis menahan rashid

rashid dibawa ke balai polis dan di masukkan ke penjara

mizi di hantar ke rumah anak yatim

tiara meneruskan kehidupannya seperti biasa

Tamat
Hanya yang pernah membaca semua thread aku boleh membaca trivia ini..

Trivia 👇👇👇👇 Trivia
Mizi di bawa ke rumah anak yatim..
selepas apa yang terjadi pada dirinya ,dia sentiasa duduk seorang diri ,sehingga akhirnya hijabnya terbuka

semakin hari ,dia mula berkawan dengan jin

"kau mahu kuasa?"

"aku mahu" kata mizi
"akan ada satu keluarga yang akan datang ingin mengambil anak angkat ,mereka memiliki saka yang paling terkuat dalam dunia ni ,kau kena berusaha menjadi anak angkat mereka"

"saka apa?" tanya mizi

"duen"
ibu angkatnya tidak boleh mengandung sebabtu dia mengambil mizi sebagai anak angkat ,mizi tinggal bersama keluarga angkatnya yang baru yang memiliki saka paling terkuat di dunia..
tapi setelah mendapatkan rawatan ,ibu angkatnya bole mengandung semula, kehadiran adik beradik angkatnya yang baru lahir iaitu ali dan jimmy membuatkan peluangnya semakin tipis untuk memiliki saka tersebut
misinya yang baru ialah menghapuskan ali dan jimmy

Tamat Trivia
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to ハキム
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!