, 20 tweets, 4 min read Read on Twitter
Ramai juga yang belum mengetahui proses Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

So, jom kita recap balik.

Thread:
Mekanisme Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

#SBThread
Sebagaimana ramai maklum, ketika ini Malaysia sedang beraksi dalam Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Untuk benua Asia, kelayakan kedua-dua kejohanan major ini disekalikan, berbeza dengan benua-benua lain.
12 pasukan tercorot dalam ranking FIFA untuk benua Asia akan bermain dalam Pusingan Pertama kelayakan ini, merebut 6 slot ke Pusingan Kedua.

Ya, kita salah satu pasukan 12 tercorot tempoh hari. Sebab itu kita kena jumpa Timor Leste pada Jun lalu. Ingat tak?
Ya, hanya 12 tercorot. Pasukan-pasukan seperti Thailand, Indonesia dan lain-lain tidak beraksi dalam pusingan ini tempoh hari

Kemudian, 34 pasukan terbaik Asia dalam ranking FIFA pada Julai yang mendapat 'bye', termasuk 6 pasukan pemenang dari Pusingan Pertama, ke Pusingan Kedua
Jumlah 40 pasukan ini, dibahagikan kepada 8 kumpulan.

Ini senarai semua kumpulan selepas undian.

Kita bersama UAE, Thailand, Vietnam dan Indonesia dalam Pusingan Kedua ini.
Kesemua pasukan akan main home dan away menentang 4 pasukan lain dalam kumpulan tersebut.

12 pasukan akan mara ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022:
- 8 juara semua kumpulan
- 4 naib juara terbaik

Harus diingat, pusingan ini turut membabitkan Qatar, iaitu tuan rumah
Piala Dunia 2022.

Jadi, sekiranya Qatar turut termasuk dalam kelompok 12 terbaik ini, pasukan naib juara kelima terbaik akan dipilih. So Qatar tak main Pusingan Ketiga. Mereka cuma main Pusingan Kedua sahaja untuk mencukupkan kuota dan memudahkan proses.
Bukan itu sahaja.

12 pasukan terbaik tadi, secara automatiknya LAYAK KE PIALA ASIA 2023.

Bermaksud 12 pasukan sudahpun melengkapkan 12 slot dari 24 jumlah slot Piala Asia 2023.

Okey, tak confuse lagi kan? Ya, dua-dua kelayakn kejohanan disekalikan.
Kita habiskan cerita 12 pasukan terbaik dulu ya.

12 pasukan ini, akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Bermaksud satu kumpulan ada 6 pasukan.

Mereka akan bertemu sesama sendiri, home dan away untuk merebut dua tempat teratas kumpulan.
Dua pasukan terbaik kedua-dua kumpulan Pusingan Ketiga ni, bermaksud ada empat pasukan, layak ke Piala Dunia 2022.

Dua pasukan tempat ketiga, akan berentap sesama sendiri. Pemenang layak ke pusingan playoff kelayakan inter-benua Piala Dunia 2022.
Pasukan pemenang antara tempat ketiga tadi akan berentap dengan wakil benua lain dalam playoff ini home dan away.

Pemenang layak ke Piala Dunia 2022.
Okey, selesai cerita Kelayakan Piala Dunia.

Kita sambung Kelayakan Piala Asia tadi.

Ingat kan, tadi baru 12 pasukan layak Piala Asia. Yang terbaik tadi je. Lagi 12 kita belum cerita. Ni baru nak mula.
Jadi, bagaimanakah nak tentukan 12 lagi baki slot Piala Asia?

16 pasukan terbaik dalam Pusingan Kedua selepas 12 tadi, bermaksud:

- 4 naib juara baki yang tak terbaik tadi
- 8 pasukan tempat ke-3
- 4 pasukan tempat ke-4 terbaik

Bermain di Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia
Ni semua ikut kedudukan peringkat kumpulan dalam Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia tadi tau.

Seterusnya, 12 pasukan tercorot:

- 4 pasukan tempat ke-4 tak terbaik
- 8 pasukan paling rendah dalam kumpulan-kumpulan tadi

Akan bermain dalam pusingan playoff.
12 pasukan paling teruk ni tadi, akan diundi dan akan bermain dalam dua perlawanan playoff, home dan away.

8 pasukan terbaik dalam playoff ini, akan bersama 16 pasukan yang masuk Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia yang nak tentukan 12 slot lagi tadi.
Bermaksud akan ada 24 pasukan yang akan menentukan 12 baki slot Piala Asia.

24 pasukan ini akan dibahagikan kepada 6 buah kumpulan, mengandungi 4 pasukan setiap kumpulan.
2 pasukan terbaik setiap kumpulan dalam pusingan ini, layak ke Piala Asia 2023.

Ada berapa kumpulan tadi? Ya 6 kumpulan.

2 darab 6 berapa? 12.

Yay pandai!

Maka lengkaplah pusingan kelayakan Piala Dunia untuk Asia, dan kelayakan Piala Asia.
Soalan yang baik.

Dalam pusingan playoff tersebut, akan ada dua pusingan.

8 pasukan akan bermain dalam pusingan pertama playoff. 4 pemenang layak ke pusingan ketiga.

4 yang kalah tadi akan bertemu 4 lagi pasukan yang belum bermain di playoff kedua.

Maka ada 8 pasukan dari playoff ini layak ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2023.
Yup, hampir terlupa tentang hal itu. Terima kasih saudara!

Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Semuanya BOLA
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!