Profile picture
Semuanya BOLA @mysemuanyabola
, 26 tweets, 6 min read Read on Twitter
KENAPA OZIL TINGGALKAN JERMAN?

Apa sebenarnya yang berlaku?

Bagi yang nak tahu sedikit sebanyak sejarah dan cerita sebenar disebalik kesengsaraan bangsa Jerman-Turki, malam ini #SemuanyaBOLA akan share sedikit info yang kami ada.

Ini adalah thread pendek.

Kalau rasa best, RT.
‘Dasar Imigran!’
‘Hey babi Turki, baliklah kamu ke Anatolia!’

Inilah caci maki yang menjadi makanan bangsa Jerman Turki setiap hari ketika di sekolah.

Kerana berbeza budaya, bangsa, bahasa dan agama, minoriti Jerman ini selalu menjadi sasaran diskriminasi, biarpun oleh kanak2.
SIAPA BANGSA JERMAN TURKI?

Bangsa Jerman Turki adalah mereka yang mempunyai pertalian darah dengan orang Turki, kaum pendatang yang membantu membangunkan Jerman tetapi telah menetap di sana untuk jangka masa yang lama.

Hari ini dianggarkan seramai 7 juta warga JT di Jerman.
KENAPA MEREKA RAMAI DI JERMAN?

Bangsa Turki datang ke Jerman pasca perang dunia ke-2. Golongan ini digelar Gastarbeiter ataupun tamu pekarja kerana mereka datang untuk membina semula kerosakan Jerman selepas perang dunia ke-2.
Mereka datang ke Turki dan bekerja di pelbagai sektor terutamanya di bahagian pembinaan.

Bangsa Turki pendatang ini sanggup melakukan kerja lebih masa, kerja-kerja yang memerah keringat, kerja kotor dan berbahaya semata-mata untuk mendapatkan lebih wang.
Golongan Turki ini akan bekerja di Jerman selama beberapa tahun dan pulang semula ke Anatolia, semenanjung yang menempatkan ramai bangsa mereka.

Sebab itulah, istilah ‘Anatolian Auf Wiedersehen Pet’ cukup popular di kalangan mereka. Ia bermaksud “Jumpa anda semula di Anatolia”.
KENAPA MEREKA MASIH ADA DI JERMAN SAMPAI HARI INI?

Setelah tinggal di Jerman sekian lama, ada antara mereka yang berkeluarga dan berasa selesa tinggal di sana.

Mereka mempunyai kawasan penempatan yang dipanggil ‘mini Turki’ yang bebas untuk mengamalkan gaya hidup mereka.
Mereka menjadi pendatang di Jerman untuk jangkamasa yang lama- sehingga 3 generasi.

Mereka telah cuba meminta kewarganegaraan Jerman kerana ramai anak cucu mereka yang lahir di bumi Jerman.

Hak mereka dinafikan sehinggalah tahun 1990 berlaku perubahan undang-undang Jerman.
Kerajaan Jerman tidak boleh sewenang-wenangnya membuang mereka kerana mereka cukup ramai dan mempunyai kepentingan ekonomi bagi mereka.

Mereka juga berintegrasi dengan baik dengan warga Jerman, biarpun seringkali menjadi mangsa perkauman.
Sehinggalah tahun 2000, parlimen Jerman akhirnya bersetuju untuk melakukan dasar Jus Soli untuk memberikan kewarganegaraan kepada bangsa Jerman Turki ini.

Siapa ingat lagi prinsip Jus Soli ni apa? Masa belajar sejarah dulu ni confirm tido dalam kelas korang ni.
Prinsip Jus Soli mengatakan “Sesiapa yang dilahirkan di Jerman, bakal mendapat kewarganegaraan Jerman, dengan syarat ibu bapa mereka harus tinggal di Jerman untuk sekurang-kurang nya 8 tahun”.

Jadi, disebabkan ia adalah generasi ke-3 JT, ramailah mereka mendapat hak kenegaraan.
Segalanya indah bagi Jerman apabila mereka memenangi Piala Dunia pada tahun 2014, yang pada masa itu turut dibantu oleh kaum pendatang ini.

Pada masa itu, semua orang Jerman sayangkan warga JT, berpelukan dan merasa bangga dengan perpaduan yang mereka ada.
Jujurnya, dalam keraian itu, masih terselit rasa rasis dalam diri mereka, namun mereka memendam rasa kerana indahnya impian Piala Dunia itu.

Ramai pemain bola berbangsa JT ini; Mesut Ozil, Gundogan, Emre Can, Cenk Tosun, adik beradik Antintop dan ramai lagi.
KENAPA RAMAI BANGSA JT POWER BOLA?

Sebelum kewarganegaraan diberikan kepada mereka, anak-anak bangsa JT ini tidak diberikan hak pendidikan sama rata dengan anak-anak Jerman yang lain.

Jadi, jalan keluar terbaik mereka adalah dengan menjadi pemain bola sepak profesional.
Jadi, anak-anak kecil bangsa JT ini disuruh bermain bola di usia muda. Mereka perlu berusaha keras untuk menjadi pemain muda power.

Sebab kalau tak cukup power, tak ada akademi bola yang akan terima mereka sebagai pelatih.

Tu dalam bulatan tu Ozil dengan Neuer masa kecik. :V
Dan mereka pun membesar bersama-sama. :V

Eh, sambung cerita.
KENAPA JERMAN BENCI SANGAT JT?

Ia adalah rasa rasis & juga permainan politik oleh mereka yang terlampau.

Ada mereka berpendapat bahawa moyang Turki Uthmaniah melakukan pembasmian kaum (genocide) kepada orang Jerman Armenia.

Ia menjadi usul perbahasan parlimen pada tahun 2016.
Menurut mereka, Empayar Uthmaniah yang dipegang oleh orang Turki ini bertanggung jawab membunuh orang Armenia.

Dalam penguasaan Uthmaniah, orang bukan Islam dikatakan dinafikan hak kemanusiaan dan dipaksa membayar cukai perlindungan.

Semua ini tamat pada tahun 1923.
So, benda ni benda lama sebenarnya. Ibarat luka lama berdarah kembali.

Lebih teruk, ahli parlimen JT di Jerman pernah menerima ugutan bunuh selepas hal ini dibangkitkan kembali di parlimen pada tahun 2016.

Payahlah jenis mengungkit macam ni. Tak senonoh. :/
Pada tahun 2017 pula, presiden Turki, Edorgan pula mengadakan reforandum yang menyebut bangsa JT di Jerman diberikan dua kerakyatan.

Ini akan membolehkan bangsa JT di Jerman ‘balik mengundi’ di Turki bila tiba musim pilihanraya.

Hal ini ditentang kuat sendiri oleh orang Turki.
KENAPA EDORGAN BUAT MACAM TU?

Ini kerana Edorgan mendapat sokongan kuat warga JT di Jerman. Malah, pungutan suara dari bangsa JT yang tinggal di Jerman juga menyebut yang mereka menyokong reforandum ini sebanyak 63%.

Rakyat Turki pula hanya 51% menyokong reforandum ini. Fuh.
Malah, selepas kemenangan Edorgan yang lalu, dilaporkan lebih sejuta warga JT pulang mengundi dan memilih Edorgan.

Akhbar Jerman juga menuduh Edorgan menang hanya kerana disokong bangsa JT yang tinggal di Jerman tapi balik mengundi di Turki.

Sangat tak ‘fair play’ kata Jerman.
Jadi setakat ini sajalah thread ni. Panjang la pulak. 😅

Kesimpulan dia, mereka rasis kepada JT sebab kes pembunuhan bangsa Jerman Armenia pada tahun 1920an.

Mereka juga marah kerana bangsa JT diberikan hak mengundi yang tidak adil kepada rakyat Turki sejati.

Gitu. Faham? 😐
Ada sebarang soalan or pembetulan, boleh tanya.

Nanti ada masa, abang reply. 😅

Thanks sudi baca thread ni. Harap bermanafaat dan boleh dijadikan modal berborak petang-petang.

Jangan lupa follow akaun kami ye kepada yang belum follow lagi.
Kepada yang ada Telegram tu, followlah channel kami.

Cepat, mudah, ringkas dan boleh pilih.

Sebab once artikel baru dah di generate di website, dia akan hantar noti ke Telegram.

Lebih laju dari noti FB, Twitter dan IG.

Link: t.me/semuanyabola
Ni contoh bila korang follow kami di Telegram. Gerenti berbaloi.

Kbai. 👋
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Semuanya BOLA
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!