Saya pernah kerja kuat. Kuat sangat sampai stress. Stress sampai satu hari saya sakit.
Otak kata "boleh lagi", doctor kata badan keluar symptom. Fatigue.
Hatta bila doktor suruh rehat seminggu, saya tersentak "Oh stress pun boleh sakit rupanya".
"Fragilenya badan manusia ni"
Saya masih mahu kerja lagi.
Kawan seoffice ada yang muka sampai senget sebelah (dia dah pulih, doktor dia kata punca stress).
Dan usia kami semua bawah 30 tahun.
Terfikir juga apa rupa kalau rumah cantik, tapi tuannya terlantar. Simpang malaikat.
Hari ini Tun, saya tidak kerja keras. Saya kerja untuk bersyukur.
Syukur ada kesihatan. Tak perlu bertuankan harta.
Syukur saya masih ada, untuk merasa keduanya.
Syukur tidak terlantar terus, mampu merasa dunia.
Namun, saya kerja macam nak hidup lagi seribu tahun. Ibadat ditinggal macam hidup selamanya.
Hari ini saya bekerja, tidak kuat. Tidak malas. Hanya cukup.
Saya bukan malas, saya bersyukur.
Saya baru sedar, wang berkepuk di tangan, kalau saya mati esok, bukan boleh bawa bersama.
Nanti ada pula kata "Ah ini ayat orang pemalas".
Tidak. Wang bukan lagi Tuhan saya.
Di rumah ada keluarga menunggu untuk dipeluk, dunia untuk diterokai selain sejadah yang rindukan dahi yang lembab dari wuduk.
Because everyone is replaceable.
Dan anda akan bersedih dek kerana "Lupa".
You care about the company. But companies dont care about you. You are just a number to them. A file. An employment database.
I dont stress. Im okay with enough.
I dont survive. I plan to live.
I am not a replaceable number, I am an irreplaceable human.
I am not lazy. I just found out the world is bigger and more exciting than my faded keyboards.