Profile picture
, 21 tweets, 3 min read Read on Twitter
[KES DIBUANG KERJA LAHIRKAN ANAK LUAR NIKAH] Nasib malang menimpa seorang pekerja yang diberhentikan daripada berkhidmat setelah kantoi terlanjur. Pekerja tersebut tidak berpuas hati dan cuba menyaman majikannya tetapi majikannya ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia...
1. Peristiwa sedih ini berlaku pada April 2014 apabila seorang anggota tentera berpangkat lans koperal diberhentikan kerja di Pasukan 6, Kompeni Ordans Diraja, Kem Lapangan Terbang, Sg Petani Kedah.
2. Anggota tentera tersebut telah disahkan melahirkan anak tidak sah taraf oleh pegawai perubatan kanan kem lapangan terbang Sg Petani.
3. Laporan perubatan turut menyatakan pada awalnya anggota tentera tersebut telah disahkan mengandung pada 11 Sept 2013 dengan umur kandungan 30 minggu. Seorang bayi perempuan seberat 3kg kemudian selamat dilahirkan pada November 2013 di Hospital Besar Melaka.
4. Disebabkan statusnya sebagai seorang anggota tentera, anggota tersebut dibicarakan di hadapan pegawai memerintah pasukan (commanding officer) pada September 2014 atas tuduhan memburukkan imej dan nama baik pasukan.
5. Risiko yang dihadapi adalah mungkin anggota tersebut akan dibuang kerja setelah kesalahan yang dilakukan ini telah memudaratkan perkhidmatan dan kepentingan tentera.
6. Anggota tersebut cuba merayu agar dia diberhentikan pada awal Disember 2016 iaitu bersamaan tarikh dia berkhidmat selama 15 tahun dalam ATM. Namun, hasratnya ditolak.
7. Pada Oktober 2014, anggota tentera tersebut menerima arahan untuk diberhentikan daripada berkhidmat dalam ATM atas arahan Timbalan Panglima Tentera Darat. Ini bermaksud anggota tersebut diberhentikan bekerja 2 tahun lebih awal.
8. Disebakan berasa kecewa, anggota tentera tersebut mengambil tindakan ke atas majikan atas dakwaan dia tidak sepatutnya diberhentikan daripada perkhidmatan ATM.
9. Peguam anggota tentera tersebut berhujah bahawa hanya Mahkamah Tentera yang ada kuasa untuk memberi hukuman pemberhentian kerja, bukannya pegawai atasan ATM.
10. Peguam anggota tentera tersebut juga berhujah dia tidak diberi peluang untuk didengar dan membela diri disebabkan kesnya dibicarakan terus di hadapan pegawai pemerintah dan tidak dibawa ke Mahkamah Tentera.
11. Penafian hak untuk didengar (right to be heard) ini dianggap melanggari Perkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk didengar kepada ahli-ahli perkhidmatan awam.
12. Peguam Persekutuan yang mewakili Panglima pula berpegang pada prinsip anggota tentera tersebut memang patut dihukum atas kesalahan mencemar nama baik dan reputasi tentera Malaysia.
13. Kes ini kemudian didengar di Mahkamah Tinggi dan hakim telah menolak hujahan peguam anggota tentera tersebut. Hakim menegaskan perbuatan anggota tersebut memang telah mencalarkan imej ATM. Disebabkan itu, dia wajar dihukum.
14. Hakim Mahkamah Tinggi juga memutuskan hak untuk didengar tidak terpakai untuk anggota tentera. Anggota tentera tidak boleh mencabar mana-mana keputusan yang dibuat Panglima disebabkan keputusan itu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong (kes Mahkamah Persekutuan Abdul Salam).
15. Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong mempunyai kuasa mutlak (absolute power) dalam pertaulihan seseorang anggota tentera. Oleh itu, Baginda ada kuasa penuh untuk memberhentikan perkhidmatan mana-mana anggota tentera.
16. Walaupun tindakan Baginda tidak bersebab, hukuman yang diperkenankan Baginda adalah sah dan betul di sisi undang-undang dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak termasuk Mahkamah Persekutuan.
17. Undang-undang tertinggi negara dan Akta Angkatan Tentera 1972 dengan jelas mengugurkan hak untuk didengar sebelum pembuangan kerja bagi anggota tentera. Hanya anggota tentera yang berkecuali dalam hal ini (Perkara 135(1) Perlembagaan Persekutuan).
18. Disebabkan ini, nasib anggota tentera yang dibuang kerja tidak akan dapat dibela kerana hak mutlak diberikan kepada Panglima yang mendapat perkenan Agong sebelum membuat keputusan membuang kerja.
19. Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Bache dengan ini memutuskan anggota tentera tersebut perlu dibuang kerja dan ditamatkan perkhidmatan. Kesalahannya terlanjur anak luar nikah adalah dianggap kesalahan serius dalam perkhidmatan tentera. Keputusan dibuang kerja adalah muktamad.
20. Penghakiman penuh kes ini boleh dirujuk dalam kes Siti Nurbaya v Panglima Angkatan Tentera [2018] 8 MLJ 121 - Mahkamah Tinggi Kota Bharu
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Kamarul
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!