Profile picture
, 25 tweets, 3 min read Read on Twitter
[KES BUNUH DI HOTEL GENTING HIGHLANDS] Rakaman CCTV dari luar bilik hotel menunjukkan imej seorang lelaki keluar dari bilik dengan tergesa-gesa. Ini adalah detik-detik terakhir suspek cuba melarikan diri..
1. Kejadian bunuh ini terjadi pada awal Disember 2012 di mana suspek telah disyaki membunuh seorang wanita warganegara China di dalam bilik No 5646, Tingkat 5, Hotel First World, Genting Highlands
2. Tepat jam 4.35 petang pada hari kejadian, anggota polis di balai polis Genting Highlands telah menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki. Lelaki tersebut melaporkan ada seorang perempuan terlantar menahan sakit di luar bilik hotel. Lehernya ada kesan dikelar.
3. Anggota polis tersebut kemudian memaklumkan kejadian tersebut pada pegawai penyiasat khas. Pegawai penyiasat pergi ke tempat kejadian bersama jurugambar polis.
4. Semasa tiba, pegawai penyiasat dapat melihat banyak darah di dalam bilik hotel tersebut. Ini disebabkan mangsa ditikam oleh suspek berkali-kali. Mangsa tiada di hotel tersebut kerana telahpun dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.
5. Keesokan harinya, mangsa telah disahkan meninggal dunia. Persoalannya sekarang, siapa yang menikam mangsa? Di mana suspek melarikan diri?
6. Semasa berada di dalam bilik hotel tersebut, pegawai penyiasat berjaya menemui satu sarung pisau celoreng dan satu beg yang mempunyai kesan darah. Mungkin ini ada kaitan dengan suspek. Kondom juga dijumpai dalam bilik tersebut.
7. Penyelia CCTV hotel kemudian menunjukkan rakaman CCTV pada hari kejadian. Rakaman jelas menunjukkan pengerakan seorang lelaki yang memakai penutup mulut, keluar dari bilik mangsa dengan keadaan tergesa-gesa.
8. Seorang saksi yang merupakan ejen pelacuran memberitahu dia ada menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki. Lelaki tersebut ingin melanggan pelacur. Adakah lelaki tersebut suspek kes bunuh? 3 nombor bilik diberikan kepada lelaki tersebut termasuklah bilik mangsa.
9. Enam hari selepas kejadian, polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Bentong telah berjaya menangkap suspek di dalam sebuah kenderaan di Kluang, Johor. Beg galas milik suspek jugs berjaya dirampas.
10. Polis kemudian pergi menyerbu sebuah rumah di mana ada kaitan dengan kes tikaman tersebut. Beberapa barang telah ditemui. Sepasang kasut, penutup mulut dan tiket bas berjaya dirampas.
11. Suspek kemudian disoal siasat polis. Semasa soal siasat, suspek memberitahu polis "saya boleh tunjuk pisau itu dan baju yang saya simpan di rumah, pisau itu disimpan dalam almari bersama baju". Polis kemudian berjaya menemui pisau di sebuah rumah di Kluang, Johor.
12. Pisau yang dijumpai ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi digunakan suspek ketika menikam mangsa.
13. Pakar patologi forensik kemudian telah mengesahkan mangsa mati akibat dikelar di bahagian leher. Terdapat 21 jenis kecederaan dikesan pada badan mangsa. 3 tikaman pada badan mangsa adalah tikaman membawa maut. Mangsa disahkan ditikam dengan objek tajam.
14. Kes dibawa ke Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang. Suspek ditahan dan didakwa atas kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Hukuman gantung menanti suspek jika didapati bersalah.
15. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan suspek kerana tiada kes prima facie dibuktikan dalam kes ini. Tiada kes prima facie bermaksud tiada elemen pembunuhan dilakukan dan dibuktikan di mahkamah. Rakaman CCTV tidak menunjukkan muka suspek.
16. Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara kemudian membuat rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi. Pendakwa Raya berhujah bahawa bukti-bukti telah jelas menunjukkan kaitan suspek dengan kematian mangsa. Mangsa mati akibat perbuatan suspek. Rayuan pendakwa diterima.
17. Dalam kes bunuh, pembunuhan terjadi apabila a) mangsa telah mati, b) mangsa mati akibat kecederaan yang dialami, c) kecederaan mangsa disebabkan oleh suspek, d) tindakan suspek lazimnya akan menyebabkan kematian dan e) suspek ada niat untuk membunuh mangsa.
18. Kes kemudian dibicara dan suspek diarah membela diri. Selesai perbicaraan, suspek didapati bersalah atas kesalahan membunuh. Kesemua elemen pembunuhan telah dapat dibuktikan tanpa sebarang keraguan yang munsabah.
19. Suspek kemudian membuat rayuan di Mahkamah Rayuan. Panel hakim Mahkamah Rayuan YAA Zawawi Salleh, Yaacob Md Sam dan Abdul Karim pada Oktober 2018 memutuskan suspek bersalah atas kesalahan membunuh mangsa. Bukti jelas mengaitkan suspek dalam kes ini.
20. Pegawai sains mengesahkan ada DNA suspek pada beg yang dijumpai dalam bilik mangsa. Pisau yang dijumpai berpadanan dengan sarung pisau yang dijumpai dalam bilik hotel. Tiket bas jelas menunjukkan suspek ada di Genting Highlands pada hari kejadian.
21. Disebabkan suspek berumur 16 tahun 5 bulan ketika kejadian, suspek dikira di bawah umur dan tidak boleh digantung sampai mati (seksyen 97 Akta Kanak-Kanak). Disebabkan itu, suspek ditahan di penjara dalam tempoh masa yang diperkenankan oleh Sultan Pahang.
22. Dalam konteks pesalah bawah umur, hukuman gantung sampai mati adalah terkecuali, kerana terdapat undang-undang khusus yang memperuntukkan hukuman kepada pesalah bawah umur. Akta Kanak-Kanak 2001 melarang pesalah bawah 18 tahun daripada dikenakan hukuman gantung sampai mati.
23. Suspek kini menjalani hukuman penjara dalam tempoh masa atas perkenan Sultan Pahang.
24. Penghakiman penuh kes ini boleh dirujuk dalam kes Ng Kian Seng lwn Pendakwa Raya [2018] MLJU 1311 - Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Kamarul
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!