Profile picture
, 24 tweets, 3 min read Read on Twitter
[KES PASANGAN GAY MATI DIBUNUH] Selepas pintu bilik dapat dibuka, emak terkejut melihat mayat anaknya dalam keadaan tangan dan kaki terikat di belakang.Tali ikatan bersambung ke leher si mati dan ada darah di atas lantai bilik tersebut. Apa yang terjadi?...
1. Kisah menyayat hati ini berlaku pada Mei 2011 di bilik no 2, Tingkat 8, Apartment Lagenda Tasek, Jalan Padi Makmur, Johor Bahru apabila mangsa ditemui mati dalam keadaan yang agak luar biasa disyaki dibunuh.
2. Sehari sebelum mayat mangsa dijumpai, emaknya sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Mangsa tidak pulang ke rumah seperti biasa. Panggilan telefon tidak dijawab dan memasuki voicemail.
3. Emaknya kemudian menerima 'sms' daripada telefon mangsa, berbunyi 'sorry, lupa charge battery'. Emaknya berasa pelik kerana kebiasaannya anaknya akan 'return call', bukannya menghantar sms sebegitu. Adakah ada sesuatu yang berlaku?
4. Kebiaasannya mangsa akan bermalam di rumah ibu bapanya pada hari bekerja dan hanya bermalam di rumahnya di Apartmen Tasek Lagenda pada hujung minggu.
5. Pada hari yang sama pada sebelah petang, ayah mangsa telah ke pejabat pos UDA untuk membayar bil. Ayahnya ditegur rakan sekerja mangsa yang bertanyakan kenapa mangsa tidak datang bekerja pada hari itu. Ayah mangsa mula berasa curiga. Di mana mangsa sebenarnya berada?
6. Ayah dan ibu mangsa kemudian mencari mangsa di rumahnya tetapi tidak menjumpai mangsa di situ. Suspek bersama dua lelaki tidak dikenali berada di rumah mangsa. Suspek merupakan kenalan mangsa. Mungkin suspek ada di rumah mangsa disebabkan mangsa yang mengajaknya.
7. Suspek memberitahu keluarga mangsa bahawa mangsa tiada di rumah kerana mangsa telah ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan teman wanitanya.
8. Pada keesokan harinya, disebabkan rasa tidak senang hati, emak dan ayah si mati sekali lagi pergi ke rumah mangsa. Mereka dapat masuk setelah gunakan kunci pendua yang diserahkan suspek. Sekali lagi, mangsa tiada di dalam rumah tersebut.
9. Tetapi, emak mangsa berasa hairan apabila pintu bilik ketiga dalam rumah tersebut berkunci. Pintu bilik itu tidak pernah dikunci mangsa sebelum ini. Mangsa mungkin ada di dalam bilik yang dikunci.
10. Keluarga mangsa terus berjumpa dengan suspek yang mempunyai kunci pendua bilik tersebut dan kunci kemudian diserahkan kepada keluarga mangsa.
11. Setelah pintu bilik ketiga dibuka, emak mangsa terkejut melihat bentuk tubuh manusia diselubungi kain selimut. Kain selimut tersebut kemudian dibuka dan mendapati mayat mangsa dalam keadaan tangan dan kaki terikat dibelakang. Tali ikatan bersambung pada leher mangsa.
12. Keluarga mangsa kemudian terus membuat laporan polis di ibu pejabat polis Larkin. Apakah motif mangsa dibunuh?
13. Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat jerutan pada leher semasa perlakuan aktivit seksual dikenali sebagai 'auto erotic asphyxia'.
14. Pakar patologi forensik mendapati si mati adalah pengamal homoseksual dan auto erotic behavior adalah aktiviti seksual yang boleh berlaku pada golongan homoseksualbatau biseksual. 'Autoerotic' bermaksud 'intentional rrstiction of oxygen to the brain for sexual arousal'.
15. Pakar forensik menjelaskan mayat mangsa menunjukkan mangsa terlibat dalam aktiviti seksual yang dikenali 'autoerotic asphyxia' menggunakan teknik ikatan 'bondage'.
16. Ikatan kaki kiri digunakan sebagai alat untuk ketatkan dan longgarkan jerutan pada leher dalam membantu mangsa mencapai kepuasan seksual yang bergantung pada tahap kekurangan oksigen ('asphyxia') yang dialami otak sebagai rangsangan terhadap kepuasan yang dicapai.
17. Mangsa mati akibat mekanisme bantuan seksual ini gagal berfungsi menyebabkan mangsa terjerut dengan kuat sehingga mangsa mati.
18. Suspek kemudian didakwa dan dituduh atas kesalahan membunuh mangsa di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mahkamah Tinggi Johor Bahru memutuskan suspek bersalah dan dihukum gantung sampai mati.
19. Suspek membuat rayuan di Mahkamah Rayuan pada Jun 2016. Panel hakim Mahkamah Rayuan YAA Mokhtarudin Baki, Tengku Maimun dan Ahmad Asnawi kemudian memutuskan suspek bersalah tetapi tidak digantung sampai mati, hanya perlu dipenjara selama 12 tahun.
20. Panel hakim Mahkamah Rayuan menegaskan suspek hanya 'partner' dalam aktiviti seksual dan suspek tidak menggunakan keganasan melampau atau bertindak kejam terhadap mangsa. Apa yang berlaku hanyalah proses aktiviti seksual yang malangnya menyebabkan mangsa mati.
21. Jadi, suspek sebenarnya tiada niat untuk membunuh mangsa. Suspek sebaliknya dihukum penjara 12 tahun di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan ('culpable homicide not amounting to murder').
22. 'When death is a likely result of the act, it is a culpable homicide. If death is imminent or the most probable result, it will be classified as a murder'(kes Tham Kai Yau v PP).
23. Penghakiman penuh kes ini boleh dirujuk dalam kes Mohd Farhan Zulkarnain lwn Pendakwa Raya [2016]4 MLJ 781- Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Kamarul
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!