Profile picture
, 20 tweets, 3 min read Read on Twitter
[KES KENA CABUL POLIS DI BALAI POLIS] Tepat jam 3.30 pagi, pengadu melangkah masuk balai polis dengan harapan dirinya diselamatkan, tetapi malangnya dirinya sendiri menjadi mangsa cabul anggota polis...
1. Kejadian luar biasa ini berlaku pada 4 Ogos 2011 di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, Terengganu apabila mangsa dicabul oleh suspek, seorang anggota polis berpangkat sarjan.
2. Kejadian dilaporkan berlaku setelah mangsa, yang pada mulanya ingin melaporkan adanya masalah keluarga, diarahkan masuk ke bilik suspek di tingkat atas ibu pejabat polis.
3. Pada mulanya suasana agak tenang dan sepi disebabkan masa sudah menjelang 3 pagi, tetapi bertukar menjadi satu tragedi yang tidak akan dilupakan mangsa.
4. Setelah lebih satu jam mangsa memberi keterangan kepada suspek, tiba-tiba suspek bercakap lucah. Suspek memberitahu mangsa, dia sudah lama tidak 'bersama' dengan isterinya. Mangsa terkejut mendengar kata-kata suspek yang tiba-tiba berubah.
5. Suspek kemudian memberitahu mangsa 'alat sulitnya' sudah menegang dan suspek sudah tidak tahan ghairah. Suspek membuka zip seluarnya sehingga menampakkan seluar dalam yang dipakainya.
6. Suspek terus menarik tangan mangsa dan memaksa mangsa meletakkan tangan pada seluar dalam yang dipakainya. Suspek menyuruh mangsa memegang kemaluan.
7. Mangsa yang berada dalam ketakutan merayu pada suspek supaya jangan melakukan apa-apa padanya. Mangsa cuba melarikan diri namun dihalang suspek. Suspek kemudian bertambah agresif.
8. Suspek dengan berani menghimpit mangsa ke meja dan dengan selamba memegang buah dada, meraba punggung dan kemaluan mangsa. Mangsa kemudian bertindak berani melarikan diri.
9. Suspek kemudian ditahan dan didakwa di Mahkamah Majistret Marang atas kesalahan jenayah mencabul kehormatan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan. Ketika kes dalam tempoh perbicaraan di Mahkamah Majistret, suspek meninggal dunia. Tidak dinyatakan sebab kematian suspek.
10. Mangsa kemudian memulakan tindakan sivil bagi tort pencerobohan (trespass to person) terhadap isteri mangsa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu bagi menuntut ganti rugi. Mangsa dilaporkan mengalamai trauma yang teruk (post traumatic stress disorder).
11. Kesan akibat peristiwa hitam tersebut, mangsa terpaksa menjalani rawataj psikiatri dengan doktor pakar. Mangsa disahkan mengalami penderitaan mental dan dan fizikal. Keadaan mangsa betul-betul berubah.
12. Hakim Mahkamah Sesyen membenarkan tuntutan ganti rugi dan memerintahkan isteri suspek untuk membayar mangsa ganti rugi am akibat trauma sebanyak RM20,000 dan ganti rugi teladan sebanyak RM100,000.
13. Mahkamah Sesyen memutuskan suspek yang bertanggungjawab secara peribadi atas kejadian yang berlaku. Ketua Polis Daerah Marang dan Kerajaan Malaysia yang turut disaman tidak perlu bertanggungjawab kerana kesalahan suspek melibatkan perbuatan bersifat individu.
14. Kerajaan Malaysia dan Ketua Polis Daerah sebagai majikan suspek tidak boleh dianggap bertanggungjawab atas perbuatan suspek yang tidak berkaitan dengan skop tugasan suspek. Ianya adalah tindakan bersifat sendiri dan peribadi (kes Mahkamah Persekutuan Samin bin Hassan).
15. Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu kemudian menukar keputusan yang dibuat Mahkamah Sesyen dan memutuskan tindakan suspek perlu ditanggung juga oleh Kerajaan Malaysia dan Ketua Polis Daerah (vicarious liability). Ini kerana suspek melakukan kesalahan tersebut di balai polis.
16. Namun, setelah kes dibawa ke rayuan di Mahkamah Rayuan, panel hakim YAA Tengku Maimun, Abdul Rahman Sebli dan Zaleha Yusof pada Jun 2017 memutuskan hanya suspek yang bersalah. Majikan suspek tidak bertanggungjawab atas tindakan suspek.
17. Keputusan Mahkamah Rayuan ini bermaksud suspek bertanggungan secara peribadi atas kesalahan yang dibuat. Majikannya tidak bertanggungjawab. Perbuatan mencabul bukanlah berada dalam skop tugasan suspek dan ianya memang menyalahi undang-undang. Jadi, hanya suspek yang bersalah.
18. Disebabkan kes tindakan sivil ini bermula di Mahkamah Sesyen, kes tersebut akan berakhir di Mahkamah Rayuan. Kes tidak boleh lagi dirayu di Mahkamah Persekutuan walaupun ianya mahkamah tertinggi di Malaysia (keputusan kes Mahkamah Persekutuan Maria Chin tahun 2018).
19. Penghakiman penuh kes ini boleh dirujuk dalam kes Ketua Polis Daerah Marang v Hasmalizza Ramli [2017] 5 MLJ 209 - Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Kamarul
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!