Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad
Pada 21 Sept 2019, tersiar berita bhw Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wira Dr. Md Farid Md Rafik, Ahli Parlimen Tanjung Piai telah meninggal dunia akibat serangan jantung pd umur yg masih muda.
Kita terima berita itu dengan rasa sedih dan mendoakan rohnya dirahmati Allah dan ucapan takziah kepada keluarganya.
Ertinya kawasan itu diberi kepada MCA atas ihsan UMNO dan beliau menang atas ihsan pengundi Melayu, khususnya UMNO.
Anihnya, Melayu dikatakan rasis.
Jika dakwaan itu benar, maka dalam PRU 14, berapakah undi orang Cina yang diperolehi DS Wee Jeck Seng?
bertanding atas nama PH, malah memakai simbol PKR.
Semestinyalah, orang-orang Cina yang berdiri di belakang DAP dalam PRU 14, mengundi calon PH.
Saya percaya, sebahagian besar undi yang diperolehi beliau itu adalah undi orang Melayu, yang setia kepada UMNO dan BN, kerana penyokong PAS tentu sekali mengundi calon PAS.
Jawapannya diberi oleh Jefridin Atan, Ketua Bahagian UMNO Tanjung Piai. Mengikutnya BN kalah di kawasan itu kerana MCA tidak mahu menyerahkan kawasan itu kepada UMNO.
Ia diberikan oleh UMNO kepada MCA atas ihsan UMNO. MCA tidak ada hak untuk menganggap kawasan itu sebagai haknya, mahu pun kawasan tradisionalnya. Ihsan orang jangan dijadikan hak.
MCA mendapat 3,975 undi manakala PH yang meletakkan calon DAP mendapat 22,508 undi. Undi yang diperolehi oleh MCA itu tentu sekali termasuk undi orang Melayu, berapa banyak kita tidak tahu.
Dalan PRK DUN Sungai Kandis, walau pun UMNO bertanding atas nama BN, kelibat MCA tidak kelihatan. UMNO sudah tidak berguna lagi. Lebih baik lari daripadanya.
merasakan tiada harapan untuk menang memberi laluan kepada UMNO.
menerima muafakat dengan UMNO. Sebelum piagam ditandatangan pun, kerjasama antara UMNO dan PAS di tiga PRU itu telah memberi kemenangan kepada UMNO.
Kita lihat keputusannya.
Tun Abdul Hamid
25 September 2019
Pautan: tunabdulhamid.my/index.php/spee…