Minggu lepas hangat betul isu berkenaan tulisan Jawi ni. so kami try belek jurnal lama berkenaan tulisan Jawi ni, sedih tgk mcm mana bgsa kita sendiri perlahan2 melenyapkan tulisan Jawi.

so THREAD ni kami buat, khusus bagaimana tulisan Jawi ini perlahan-lahan mati di Malaysia.
Firstly, Tulisan Jawi ni dipengaruhi oleh islam di Tanah Melayu bila Raja waktu tu peluk islam dan ambil huruf2 arab untuk dieja dalam bahasa Melayu.

islam datang tanah Melayu, paling awal dapat dikesan di tulisan atas batu bersurat Terengganu pada tahun 1303 masihi. Namun,
ada yg berhujah ia lebih awl drpd itu dgn penemuan syiling emas (Al-Julus Kelantan) pd abad ke 12 yg ada tulisan arab dipermukaannya. (Mamat,1989).

Before Jawi, orang Melayu dah adaptasi tulisan Pali (Pallava) dulu yg byk ditemui di Pallava, Selatan india (Hashim Hj Musa, 1992).
Antara batu bersurat yang ditemui ditulis dalam bahasa Melayu kuno ini adalah pada abad ke-7 masihi iaitu;

1. Kedudukan Bukit di kaki Bukit Siguntang, bertarikh 683 Masehi.

2. Di Talang Tuwo, Palembang, bertarikh 684 Masehi (Hashim Hj Musa, 1997).
Tulisan Jawi ini bukan sahaja digunakan untuk menulis surat sehari-hari, tetapi juga tulisan Jawi juga adalah tulisan yang penting didalam dunia ilmuwan Melayu, perundangan, sastera dan ekonomi.

Byk karya ilmu ditulis dlm tulisan Jawi seperti kitab Tibb: Ilmu perubatan Melayu.
Penggunaan tulisan Jawi yang meluas ini telah menarik minat penulis-penulis luar negeri seperti R.J. Wilkinson dan winstedt yang menerbitkan Kamus Jawi Melayu-Inggeris (1901,1903, 1913, 1939).
Sehingga kini trdpt 22000 naskhah manuskrip Melayu yg trsebar diseluruh dunia dgn 95% blum lg ditransliterasi (Harun, 2015).

Sbb itulah mana2 penjajah yg dtg ke Tanah Melayu, haruslah mempelajari bahasa Melayu dan tulisan Jawi utk mengetahui adat budaya dan psikologi org Melayu.
Tetapi, kehadiran penjajah bkn semata2 mahu memahami budaya dan adat org Melayu, malah mrk berniat jahat mahu menghapuskn tulisan Jawi dgn menggantikannya kpd rumi.

Mrk anggap tulisan rumi adlh lebih maju brbndg tulisan Jawi yg dianggap mundur dan terkebelakang (Cheesemen, 1928)
Kemajuan tulisan Jawi telah menyebabkan iri hati kepada pihak British pd kerajaan Johor yg menjadi penaung kpd survivaliti tulisan Jawi dikala negeri2 lain sdh tersungkur dijajah oleh British.

Berikut adlh langkah2 British bg memadamkan tulisan Jawi semasa menjajah tanah Melayu.
1. British mengeluarkan buku teks Rumi dan memperkenalkannya di sekolah-sekolah vernakular melalui kokurikulum baharu sekolah vernakular 1897-1899.
2. Penyingkiran Dato’ Abd Rahman Andak (penasihat Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim) daripada pentadbiran negeri Johor pada 1909 yang sekaligus membawa kepada kelembapan PBMPB. Ini adalah titik permulaan campur tangan British dalam pentadbiran negeri Johor.
3. Sejak 1910, British mula menyerap dan memperkenalkan sistem pendidikannya di Johor (Mohd Sarim 1985). Mereka berusaha melahirkan sistem pendidikan dualisme.
4. laporan oleh British pd 1951 mendakwa bhw guru2 mnunjukkn sikap yg lbh menggemari tulisan Rumi dan menyarankan spy tulisan Jawi digugurkn drpd kurikulum.

5. Buku teks bertulisan Rumi mula digunakn oleh British pada tahun 1902 di mana tulisan Rumi Wilkinson juga diperkenalkan.
6. Badan bahasa terus menjaga kewibawaan tulisan Jawi termasuk dengan membentuk istilah-istilah baharu yang boleh menampung permintaan British yang kerapkali mempertikaikan sistem ejaan tulisan Jawi.
7. British memasukkan beramai-ramai pegawai berbangsa Eropah untuk mengisi jawatan penting dalam pentadbiran negeri Johor.
Walaupun pegawai-pegawai tersebut perlu lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu sebagai syarat untuk menjadi pegawai, mereka telah mengabaikan penggunaan tulisan Jawi dan menggalakkan tulisan Rumi serta bahasa Inggeris dalam kerja-kerja pentadbiran.
8. Dasar Pelajaran Cheesemen (selepas 1928) yang menyeragamkan dasar dan sukatan sekolah-sekolah Melayu Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Bersekutu telah memperkenalkan tulisan Rumi.
Sikap Tuan Penguasa Pelajaran H. R. Cheesemen pula menunjukkan sikap sebenar British apabila beliau mengatakan bahawa Jawi adalah sesuatu yang membebankan murid-murid sekolah dan hanya tulisan Rumi dan bahasa Inggeris yang akan membawa mereka kepada kemajuan.
Namun, usaha yang paling efektif yang memberikan kesan buruk sehingga hari ini adalah British telah menaja pegawai-pegawai Melayu didalam pentadbiran johor untuk menjalani pendidikan Inggeris dan pegawai2 itu semakin selesa dengan tulisan rumi.
Kesannya, kurangnya rasa bangga dengan tulisan Jawi kerana telah kerap didoktrin bahawa bahasa Inggeris didalam tulisan rumi itu adalah kemajuan dan tulisan Jawi adalah kemunduran.
Tulisan Jawi ini kukuh sehinggalah pada abad ke 20 apabila tulisan Jawi dihakis sedikit demi sedikit dengan kedatangan penjajah barat dan terus luntur pada 1963 apabila Akta Bahasa Kebangsaan 63/67diperkenalkan.
Akta ini menyatakan bahawa tulisan rasmi bagi Bahasa Melayu adalah tulisan rumi menggantikan tulisan Jawi tetapi tidak melarang penggunaan tulisan Jawi.

Walaupun akta ini tidak melarang penggunaan tulisan Jawi, namun kesannya amat besar terhadap penggunaan tulisan Jawi dan
perkembangannya, di mana dari segi praktis, orang-orang Melayu mulai meninggalkan tulisan Jawi, dan akibatnya mereka kian hari kian kurang memberi perhatian terhadap tulisan Jawi (Alwee, 2005).
Penerbitan Jawi terutama majalah-majalah beransur-ansur bertukar kepada Rumi. Yang tinggal.

hanya Utusan Melayu yang diberhentikan juga sebelum menjadi sisipan Utusan Malaysia pada hari Isnin.
Akibatnya, ramai yang tidak tahu membaca Jawi.
Sudah terhantuk, baru terngadah. Begitulah perumpamaan yang sesuai buat kerajaan Malaysia pada ketika itu.

Bermula 1984, kelihatan banyak usaha yang dilakukan kerajaan untuk mengembalikan penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar dan rakyat Malaysia.
Walaupun prosesnya akan mengambil masa yang agak panjang, namun, kami percaya dengan sokongan dari semua rakyat Malaysia, kita boleh kembalikan kegemilangan tulisan Jawi seperti mana di abad ke-15 dahulu.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to 🇲🇾ڬرقن ڤڠوندي سدر
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!