Profile picture
, 23 tweets, 3 min read Read on Twitter
Oh noo! baru jumpa kes kedua sama macam kes ni pernah terjadi dulu. Kat ipoh. Cuma suspek tak jumpa. Jumpa mayat je diikat tergantung. Nak tau ke?
[KES MISTERI MAYAT DIJUMPAI DIIKAT TANGAN KAKI KEBELAKANG] Mayat dijumpai di dalam billik menimbulkan tanda tanya kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan aktiviti seksual 'autoerotic asphyxia'. Dua doktor pakar patologi forensik dilantik bagi membongkar misteri itu..
1. Kejadian misteri ini berlaku di Sitiawan, Perak apabila satu mayat dijumpai dalam bilik di sebuah rumah kedai. Tangan dan kaki diikat kebelakang badan. Ikatan tersebut bersambung pada leher mangsa. Apakah punca mangsa mati?
2. Bukti dari doktor pakar patologi forensik dari Hospital Besar Ipoh (Dr Shafie) menunjukkan mangsa mati disebabkan 'autoerotic fatalities'. Ini berikutan cara ikatan pada badan mangsa sepadan dengan aktiviti seksual tersebut.
3. Dr Shafie kemudian menegaskan tiada unsur jenayah dalam kematian mangsa ini. Mangsa mati akibat kegagalan proses aktiviti seksual tersebut. Keluarga mangsa tidak bersetuju dengan analisa Dr Shafie ini.
4. Keluarga mangsa merasakan ada sesuatu yang berlaku. Mangsa mati disebabkan dibunuh oleh orang lain dan bukannya ada kaitan dengan aktiviti seks. Adakah benar dakwaan keluarga mangsa?
5. Ayah mangsa kemudian memohon pada mahkamah untuk melantik doktor pakar forensik kedua bagi membantu siasatan. Dr Bhupinder Singh, konsultan kanan patologi forensik Hospital Pulau Pinang kemudian dilantik bagi menyiasat punca mangsa mati.
6. Dr Bhupinder menegaskan mangsa mati akibat perbuatan khianat. Ini adalah berdasarkan pada cara ikatan yang dibuat, kecederaan yang dialami pada tubuh mangsa dan kesan pendarahan semasa bedah siasat dibuat.
7. Dr Bhupinder menegaskan cara ikatan dibuat menggunakan tali rafia adalah bertujuan untuk mengalihkan badan mangsa ke tempat lain. Dr Shafie pula menegaskan cara ikatan sebegitu adalah cara ikatan 'bondage' dalam aktiviti seksual.
8. Dr Bhupinder menegaskan mangsa tidak diikat pada leher sebab tiada kesan jerutan pada leher mangsa. Dr Shafie berpendapat sebaliknya. Kesan jerutan pada leher tidak semestinya jelas kelihatan dalam setiap jerutan yang dibuat.
9. Dr Bhupinder mengatakan mangsa lemas akibat ada kesan 'cellophane tape' di bahagian mulut dan hidung mangsa. Kesan kecederaan ini jelas nampak pada bahagian mulut dan hidung mangsa.
10. Tetapi, Dr Shafie mengatakan kecederaan tersebut adalah kerana mangsa bergelut untuk melepaskan diri. Mangsa terseksa akibat aktiviti seksual tersebut. Dia meronta-ronta kesakitan.
11. Cara tali dipotong untuk diikat dikatakan mempunyai kaitan untuk perbuatan khianat oleh Dr Bhupinder. Ini kerana cara tali dipotong berbeza. Jadi, mangsa diikat oleh seseorang untuk tujuan khianat.
12. Dr shafie pula menegaskan cara ikatan adalah dari kaki dan seterusnya ke tangan mangsa dan terus bersambung pada leher. Ini adalah teknik ikatan bondage dalam aktiviti seksual.
13. Kes kemudian disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun tiada bukti jelas menunjukkan mangsa mati akibat dibunuh. Tiada suspek ditangkap polis.
14. Yang menjadi misteri, 6 cap jari yang dijumpai di tempat kejadian tidak dihantar untuk dibuat analisa.
15. Kes kemudian diputuskan oleh mahkamah koroner di mana Mahkamah Koroner memutuskan mangsa mati akibat aktiviti seksual 'autoerotic asphyxia'. Pendapat Dr Shafie diterima mahkamah. Tiada unsur jenayah dalam kematian mangsa.
16. Keluarga mangsa kemudian membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Koroner di Mahkamah Tinggi Ipoh. Pada Jun 2011, Pesuruhjaya Kehakiman Choong Siew Kim memutuskan rayuan keluarga mangsa ditolak. Keputusan Mahkamah Koroner dikekalkan.
17. Mahkamah ada kuasa budi bicara untuk menerima mana-mana pendapat pakar sekiranya ada dua pakar memberikan pandangan yang berbeza (kes Dato Mokhtar Hashim v PP).
18. Mahkamah Tinggi Ipoh bersetuju bahawa mangsa mati akibat aktiviti seksual yang dilakukan. Tiada bukti yang konklusif untuk mengaitkan unsur jenayah dalam kes ini.
19. Penghakiman penuh kes ini boleh dirujuk dalam kes Th'ng Hai Lam v Public Prosecutor [2012] 7 MLJ 671 - Mahkamah Tinggi Ipoh.
20. Kes ini dibawa ke Mahkamah Koroner kerana keluarga mangsa ingin tahu punca mangsa mati. Kes di Mahkamah Koroner hanyalah untuk memutuskan a)bila mangsa mati, b)di mana mangsa mati, c)bagaimamana mangsa mati, d)dalam apa cara mangsa mati dan e)adakah kematian ada unsur jenayah
21. Sebagaimana dalam kes ini,keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Koroner boleh dirayu ke Mahkamah Tinggi (kes PP v Shanmugam).
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Kamarul
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!