My Authors
Read all threads
Anda sering gagal untuk membuang habit lama atau membina habit baru?

Dengan memahami 3 komponen utama habit, ianya akan memudahkan usaha anda.

Seperti yang dijanjikan, ini #bebenang mengenai habit. Image
Dalam perkongsian kali ini kita akan fahamkan tentang

1. Habit secara lebih mendalam
2. Tiga komponen utama habit
3. Langkah menggantikan habit
4. Manfaat habit dan tips untuk Trader
Percayakah anda, dalam kebanyakkan masa, kehidupan harian kita dijalankan secara 'autopilot' oleh habit?

Manusia sangka mereka berada dalam kawalan setiap kali membuat keputusan harian, walhal rata-ratanya dilakukan secara automatik oleh habit.
Setiap hari anda akan melakukan keputusan harian yang sama selagi anda berada dalam kitaran habit yang tiada penghujung.

Namun, adakah habit anda itu membina atau bakal memusnahkan impian anda di masa depan? Image
Habit atau tabiat adalah sesuatu rutin yang dilakukan tanpa memerlukan pengesahan daripada minda sedar setelah ianya diterima oleh minda bawah sedar sebagai habit.

Kenapa dan bagaimana pula minda bawah sedar terima dan menyimpan rutin itu sebagai habit?
Habit atau tabiat adalah sesuatu rutin yang dilakukan tanpa memerlukan pengesahan daripada minda sedar setelah ianya diterima oleh minda bawah sedar sebagai habit.

Kenapa dan bagaimana pula minda bawah sedar terima dan menyimpan rutin itu sebagai habit?
Minda sedar memerlukan tenaga mental yang tinggi dalam proses membuat keputusan. Lebih-lebih lagi jika ianya adalah proses yang sukar. Image
Minda bawah sedar pula membuat keputusan dengan lebih pantas dan mudah. Jadi ianya tidak menggunakan tenaga mental yang tinggi.
Inilah sebabnya minda bawah sedar kita menyimpan habit, yakni supaya kegunaan tenaga mental dapat dikurangkan.
Jika rutin yang dilakukan itu memberi ganjaran yang memuaskan, maka minda bawah sedar akan menganggap rutin itu adalah berguna dan bagus untuk disimpan.
Jika kita perhatikan tokoh-tokoh terkenal, mereka cuba untuk 'autopilot-kan' keputusan yang remeh supaya tenaga mental dapat digunakan untuk perkara yang lebih mustahak
Sebagai contoh, Mark Zukerberg dan Steve Jobs tidak meluangkan masa memikirkan tentang pakaian apa yang harus mereka pakai.

Sebaliknya mereka hanya perlu membuat keputusan sekali dan ulangi keputusan itu setiap hari. Image
Jeff Bezos yang dikenali sebagai manusia terkaya di era moden ini mengatakan bahawa, beliau sentiasa menghadkan jumlah proses membuat keputusan pada setiap hari.

Ini supaya, keputusan yang dilakukan hanyalah keputusan yang bermutu tinggi.
Habit terbina dari 3 komponen ini

1. 'Cue' atau isyarat.
2. Rutin.
3. 'Reward' atau maklum balas positif. Image
Cue adalah isyarat yang memberitahu minda kita bahawa sudah tiba masa untuk sesuatu rutin itu dilakukan.
Sebagai contoh. Untuk seorang perokok, jika kedua-dua cue ini lengkap, ia akan memberi isyarat untuk membakar rokok.

1. Rasa kekenyangan selepas makan.
2. Adanya rokok dan api.
Rutin pula ialah aktiviti habit itu sendiri.

Reward ialah ganjaran yang memberi kepuasan secara mental dan ianya juga adalah komponen yang melengkapkan kitaran habit ini.
Bila sesuatu rutin itu memberi reward atau kepuasan secara mental, ianya memberi maklumat kepada minda bahawa rutin itu bagus untuk disimpan.

Seterusnya minda kita akan daftar rutin itu sebagai habit.
Lama-kelamaan, habit yang sudah lama terukir di minda akan menghasilkan komponen keempat iaitu 'craving'. Image
Bagaimana habit lama dapat digantikan dengan yang lebih baik?

Ianya dapat dilakukan menerusi cue, rutin atau reward.
Untuk cue,

1. Kenal pasti cue untuk habit tersebut.
2. Jadikan habit lama sukar untuk diamalkan.
3. Pastikan persekitaran anda jauh dari cue tersebut.
Sebagai contoh. Jika peti sejuk anda dipenuhi makanan tidak sihat, ini akan memberi isyarat untuk memakan secara tidak sihat. Maka gantikan dengan makanan sihat.

Ini juga akan menyukarkan anda untuk amalkan habit lama kerana anda perlu ke kedai untuk dapatkannya. Image
Dari segi rutin pula,

Ketika isyarat habit lama muncul, gantikan rutin tersebut dengan rutin yang lebih baik.

Dengan syarat, rutin baru itu hendaklah memberi reward atau kepuasan bagi melengkapkan kitaran habit baru.
Ini kerana seperti yang telah disebutkan, reward adalah pelengkap bagi kitaran habit.

Inilah faktor utama ramai gagal membina habit baru, kerana rutin baru dianggap sebagai azab (contohnya rutin bersenam).
Bila ini berlaku, minda kita tidak menerima reward oleh kerana maklum balas negatif yang diberikan tersebut.

Langkah ini lebih mudah dilakukan jika anda sudah kenal pasti cue habit tersebut dan sudah menyediakan langkah untuk menggantikan rutin tersebut.
Untuk reward,

Berikan maklum balas positif kepada diri anda setiap kali anda melakukan rutin atau perkara baru yang mahu dijadikan sebagai habit.
Sebagai contoh, jika anda seorang Trader

Setelah melakukan trade yang mengikut sistem dan pengurusan risiko yang baik, anggaplah ianya satu kejayaan. Tidak kira jika trade tersebut loss atau profit.
Ini akan berfungsi sebagai maklum balas positif yang memberi reward kepada minda anda.
Begitu juga bila anda berjaya mengelakkan diri dari melakukan 'revenge trade' atau 'overtrade'.

Berikan maklum balas positif kepada diri anda sebagai reward.
Sesetengah kajian berpendapat bahawa habit akan terbentuk sekurang-kurangnya selepas 21 hari.

Anda boleh cuba langkah yang telah dikongsikan tanpa gagal selama 21 hari.
Manfaat habit dan tips untuk Trader.

Disiplin memerlukan tenaga mental yang amat tinggi. Berapa lama anda mampu bertahan untuk kekal disiplin?

Adakah disiplin diperlukan setiap kali hendak melakukan trade yang mengikut sistem dan pengurusan risiko yang baik?

Jawapannya tidak.
Ini kerana secara paradoksnya, kita tidak perlukan sesuatu yang kita sudah ada.

Jika trade mengikut sistem dan pengurusan risiko yang baik sudah menjadi habit anda, anda tidak lagi memerlukan disiplin.
Disiplin diperlukan pada peringkat awal, dan untuk jadikan disiplin sebagai habit, anda perlu fokus kepada proses membina habit itu selama sekurang-kurangnya 21 hari tanpa gagal.
Kenapa sukar untuk kita disiplinkan diri?

Manusia tidak ubah seperti arus sungai. Sering mencari jalan yang kurang rintangan.
Sesetengah kajian berpendapat bahawa habit akan terbentuk sekurang-kurangnya selepas 21 hari.

Anda boleh cuba langkah yang telah dikongsikan tanpa gagal selama 21 hari.
Manfaat habit dan tips untuk Trader.

Disiplin memerlukan tenaga mental yang amat tinggi. Berapa lama anda mampu bertahan untuk kekal disiplin?

Adakah disiplin diperlukan setiap kali hendak melakukan trade yang mengikut sistem dan pengurusan risiko yang baik?

Jawapannya tidak.
Ini kerana secara paradoksnya, kita tidak perlukan sesuatu yang kita sudah ada.

Jika trade mengikut sistem dan pengurusan risiko yang baik sudah menjadi habit anda, anda tidak lagi memerlukan disiplin.
Disiplin diperlukan pada peringkat awal, dan untuk jadikan disiplin sebagai habit, anda perlu fokus kepada proses membina habit itu selama sekurang-kurangnya 21 hari tanpa gagal.
Kenapa sukar untuk kita disiplinkan diri?

Manusia tidak ubah seperti arus sungai. Sering mencari jalan yang kurang rintangan.
Anda akan dapati untuk mengamalkan rutin baru atau berpegang kepada sistem trading anda, sukar pada mulanya.

Sehinggalah rintangan di "jalan baru" itu berkurangan.
Untuk membuat keuntungan secara konsisten, kita perlu menjadi Trader yang bagus.

Dan untuk menjadi Trader yang bagus pula, mengurus risiko dan trade mengikut sistem haruslah dijadikan sebagai habit.
Seperti yang dikatakan oleh ahli falsafah Yunani, Aristotle (384 SM – 322 SM)

"We are what we repeatedly do. Excellence, therefore, is not an act, but a habit."

Semoga bermanfaat. Jangan lupa ikuti Market Demon untuk thread & info yang bakal dikongsikan. Image
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Market Demon

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!