1) Pemuda gua (al-kahf)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa & Khidir AS
4) Zulqarnain
Ramai tahu ni tapi tak dapat nak relate dengan dajjal.
Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat :
Pemilik kebun - Fitnah harta
Nabi Musa & Khidir - Fitnah ilmu
Zulqarnain - Fitnah kekuasaan
4 fitnah ni juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti!
Dah mula nampak perkaitan surah al kahfi dengan dajjal?
Bagaimana?
Fitnah harta - mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal dan banyak mengingati mati/akhirat
Fitnah kekuasaan - Kena tawadhu' & ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan diri bahawa kekuasaannya dari Allah
Tema utama surah ini ialah DAKWAH!
Bukankah para pemuda al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?
Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?
Rupa-rupanya utk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah.
Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita & orang ramai dari fitnah-fitnah ini.
Aslih nafsak, wad'u ghairak! 🌹
Ada 4.
Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa.
Bagaimana?
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan org mati apa semua.
Fitnah Harta :
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikut dia.
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.
Fitnah Kuasa :
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).
Maka marilah kita istiqamah & beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!
*SURAH AL KAHFI*
(Hadith)
Orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akn bercahaya sehingga ke kolong langit.
Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal.