Profile picture
Aiman Psikologis @aimanamri
, 12 tweets, 2 min read Read on Twitter
Kau nak buat orang jatuh hati pada kau? Orang jadi sayang pada kau? Tulang rusuk dia bergetar untuk kau?

Insya Allah aku akan kongsikan tip-tip psikologi untuk buat orang jatuh hati pada kau.

Follow #PsychologyWithAiman
Tip 1: Jadikan diri kau sama personaliti macam parents lain jantina dia.

Nak pikat perempuan, jadi macam ayah dia.
Nak pikat lelaki, jadi macam mak dia.

Sebab manusia ini separa sedar mencari seseorang macam parents dia (tetapi ini hanya kalau dia hubungan baik dengan parents)
Tip 2: Belajar pasal Psikologi Keperluan seseorang (baca sikit pasal Maslow Hierarchy). Kalau kau boleh provide apa dia nak (walaupun benda tu kecil), lama-lama dia akan suka pada kau.

Tolong ambilkan tisu bila dia minta,
Bagi peluang dia bercakap dalam perbualan,
dan sebagainya
Tip 3: Jadi misteri sikit.

Jangan tunjuk/beritahu semua benda pasal kau kat dia. Simpan sikit, supaya dia jadi curious nak tahu pasal kau. Bila dia curious, tu tanda minda dia tengah terbuka.

Dan petanda dia sedang membina hubungan hati ke arah kau.
Tip 4: Kalau kau perempuan, banyakkan senyum. Kalau kau lelaki, kurangkan senyum.

Sebab kajian dah buktikan, lelaki suka pada perempuan yang nampak mesra, perempuan pula suka lelaki yang nampak cool dan tegas (bukan terlalu happy go lucky).
Tip 5: Tonjolkan apa-apa persamaan kau dengan dia (yang betul, bukan buat-buat). Sameness attract. Manusia ini cepat mesra dengan seseorang yang dia ada persamaan.

Sama orang Kelantan.
Sama suka jadi fasilitator.
Sama minat pelakon Korea.

Semoga sama-sama nak buat masjid la ye.
Tip 6: Manusia mudah kaitkan Excitement dengan Love.

Jadi kau buat la apa-apa aktiviti menyeronokkan dan ada dopamine (daki gunung, main ice skating dll) waktu dia ada sekali. Nanti dia akan kaitkan keseronokan aktiviti tu dengan kehadiran kau (teori of associated conditioning).
Tip 7: Kau boleh menunjuk sesuatu kau ada, tapi jangan secara direct. Jangan terang-terang cakap "aku datang kerja naik ferari" atau "aku hormat orang tua". Tapi biar benda itu nampak secara halus (asalkan kau tak riak dan takbur la)

Mengurat mengurat juga, agama jangan lupa.
Tip 8: Bila nak tonjol sifat positif kau, jangan sekaligus. Tapi biar berperingkat (satu-satu). Dia akan lagi seronok nak mengenali kau dan nak tahu apa sifat baik kau yang seterusnya.

Ala macam kau main Pokemon la. Start dengan tangkap ulat dulu, baru belajar masuk gym.
Tip 9: Mahalkan dirimu, dan Yakin Dirimu Mahal.

Bila kau yakin diri kau mahal, baru orang akan yakin kau mahal.

Jangan humble sangat sampai orang nampak ko ni tak bernilai, jangan pula confident sangat sampai nampak kau ini show off.

Ber-wasatiyyah la ye (bersederhana).
Tip 10: Selalu tonjolkan diri kau pada dia

Sains dah cakap, orang yang selalu muncul/hadir depan mata biasanya akan lebih disayangi. Bila berjauhan, cepat dilupakan.

Sebab itu long distance relationship ini sebenarnya mencabar gila.
Tip Terakhir: Jangan berharap sangat pada tip kat internet, termasuklah thread ini. Psikologi manusia ini bukan macam mesin - satu formula terpakai untuk semua.

Yang penting jujur mahu membina masjid dan percayalah, apa-apa tindakan dari hati kita, akan sampai ke hati dia jua :)
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Aiman Psikologis
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!