Profile picture
Aku Ikmal Hanif @akuikmalhanif
, 38 tweets, 10 min read Read on Twitter
once again aku datang bawa thread berangkai cerita seram episode 3! Marvel blh buat kau tertunggu sampai bertahun, x kan aku x blh! #storypuaka
Lepas malam tu, aku serik tidur dkt bilik TV. Aku rela tidur dkt surau, mandi dkt tempat ambk wuduk. Kalau minggu tu budak balik, pukul 5 aku dh prepare brg bawak turun ke surau! Yg pelik, time budak ada, 'dia' x kacau pulak. Ish!
Aku dh mcm mubaligh. Tidur kt surau, makan kt surau, kalau bosan aku akn mengaji, bosan mengaji aku main tasbih, bosan main tasbih aku lipat kain sejadah jadikan boomerang, bosan main boomerang aku karoeke dkt mic surau. Kau bayangkan, pukul 9 pagi aku azan dkt mic!
2 bulan lepastu. Hari Jumaat, pukul 11pg. Masa tu pishang gila. Dah tak tentu arah! Nak main game Bounce, asyik terlekat dkt level mana enth. Dah pakai cheat pun noob. 787898! Ha tu cheat dia!
Aku decide nk buat meggi for breakfast. Bawak mangkuk berisi meggi ke water dispenser yg duduk betul2 depan bilik prep. Sampai sana, aku isi air panas dlm mangkuk, air sejuk dlm botol. Suddenly,
Aku dgr suara "buat gapo?". Suara sama mcm dkt bilik tv haritu. Pendek, ringkas, perempuan. Org ckp, if kita dgr suara slow, itu maknanya 'dia' dkt dgn kita?
Aku ingat pakgad pesan haritu. Dia ckp kalau kena ganggu, aku kena tegur! Entah mcm mana aku blh berani nk tegur bnda tu pun aku tahu. Aku ckp

"Nok isi air ni. Jange kaca aku."
(Translate : Nk isi air ni. jgn kacau aku.)
Jantung mcm nk meletup wei. Aku cepat2 tutup botol, bawak mangkuk meggi and jalan balik ke surau then suddenly suara tu jawab

"Tok kaca. Nok saing jah."
(Translate : Tak kacau. Nak berkawan je.)
Aku berlari ke surau! Sampai surau, meggi hilang. Aku pndg blkg, tgk meggi tercicir tgh jalan. Sedih bodoh! Nak nangis beb tgk meggi jatuh atas jalan macam tu! Dah lah kena kacau, meggi x dapat!
Ptg tu aku nmpk pakgad haritu dtg bwk nasik. Bersyukur gila! Aku tak pernah nangis nmpk nasi. Tu first time! Then aku story apa jadi. Aku tny dia, knp aku dh tegur tp benda tu menjawab?
Dia cakap

"Keno kuat! Tegur tapi nakuk hapah wak gapo? Hati pikir Allah. Ning mung duk tegor tapi duk mikir ko go lain meme dok jadi ah."

(Translate : Kena kuat. Tegur tapi takut buat apa? Hati kena pikir Allah. Ni kau duk tegur tp duk fikir benda lain mmng x jadi ah)
Malam tu, aku nk tgk tv sbb ada cerita Captain America pukul 10. Lagipun dkt 2 bulan aku x tgk tv. Aku ajak pakgad tu tgk skali. Time tu dia duk hisap rokok dkt post guard. Dia on.
Aku gerak dgn dia ke bilik tv. Time jalan ke bilik tv, mata aku mmng pndg bawah je. Kiri kanan, bilik prep, dewan makan semua gelap! Aku pegang je baju dia.
Tiba2 dia berhenti depan bilik sakit. Bilik sakit ni terletak diantara bilik tv dgn bilik prep. Khas utk pelajar sakit. Tapi berkunci and budak jrg guna. Suddenly pakgad tu cakap

"Gapo kelih2? Tepi sikek aku nok lalu."
(translate: Apa pandang2? Tepi sikit aku nk lalu.)
Aku pndg dia, dia pandang depan. Takde org. Ni aku agak mesti dia nmpk benda ni. Damn. Aku terus nyorok blakang dia wei. Aku yg bdn besar and setinggi 185cm ni tiba2 jadi sekecil pokok bonzai sbb takut punya pasal!
Then dia sambung jalan. Sampai bilik tv, dia baring atas kerusi. Aku lepak atas lantai depan dia. Takut punya psl, aku duduk serapat mungkin dgn dia. Dalam pukul 11 malam, dia bdiri. Aku tgh syok tgk tv, terkinjat pandang dia. Dia ckp kena keluar jap, nk kunci jam.
Pakgad2 ni kena kunci jam dkt beberapa area asrama and sekolah bg menandakan dia dtg check kwsn tu untuk setiap beberapa jam. Dia suruh aku stay. Aku acah2 berani, angguk je lah. Sebab time tu tgh scene lawan. Dia keluar.
Dalam pukul 11.30, dia masuk balik. Dia ckp

"Male ni tido sini deh?"
(translate : malam ni tido sini tau?)
Aku iyekan je sbb time tu duk ralit. Dia baring balik. Time dia baring tu, kuat siak bau peluh org tua ni. Dgn baju hapak, bau tanah and mcm bau rumput. Maybe sbb seharian kerja and x tukar baju.
Dalam pkul 12, nightline start. Pakgad tu bangun. Dia ajak aku minum dkt dewan makan sbb dia ada kunci spare. Aku pun apa lagi, ibarat orang mengantuk disarungkan paha gebu! Aku follow org tua tu.
Dia bukak pintu dewan makan, on lampu depan dewan. Aku follow dia dari belakang. Dia suruh aku duduk. Dia masuk pantry untuk buat air. Time tu penghadang antara tmpt mkn dgn pantry tutup. So aku x nmpk apa dia buat dkt dlm.
Aku tunggu dia sambil pandang keliling dewan makan yang suram. Bunyi dia kacau air dlm teko. Makin lama, makin kuat. Kuat dia dh mcm bukan dia kacau air. Mcm dia pukul2 teko tu guna senduk. Aku jalan ke pintu pantry and intai dia. Mana tahu kut2 dia tak reti kacau air ke.
Aku intai dalam pantry, aku nmpk bayang perempuan duk pgg senduk sambil ketuk2 teko tu. Dia cangkung atas lantai. Rambut panjang, kusut, serabut, beruban. Dia takde rupa fizikal! Dia mcm byg tp kau blh nmpk! Dia mcm hologram!
KETANG!! KETANG!!! KETANG!!! bunyi dia ketuk teko.
Bau bangkai penuh satu pantry. Bau dia mcm kau lalu jln kg, then terserempak dgn bangkai biawak yg kena lenyek kereta! Haaa bau dia menyengat hidung wei! Kalau x dpt imagine, balik ni gi cari bangkai. Try cium!
Kaki, mulut aku kaku beb. Then aku tak tahu apa kena dgn mulut aku, aku termarah 'benda' tu. Dia mcm tiba-tiba ayat tu terkeluar!
"Wei jange kaca aku nate! Mung maing jauh! Jange duk buak bodo sining!"

(Translate : Woi jangan kacau aku binatang! Main jauh2! Jangan buat bodoh kat sini!)
Rambut kusut masai tutup muka, dia berhenti mengetuk. Dia bersuara lembut, halus, sunyi, sama mcm suara yg selalu aku dgr. Dia ckp

"Oyak nok tidur denge aku male ni."
(Translate : Ckp nk tidur dgn aku mlm ni?)
Aku mndfuck gila! Terus aku lari keluar dewan makan, lari selaju blh ke post guard asrama! Langgar pasu, water dispanser bagai.

Sampai je depan pos guard, aku nmpk sebiji moto dtg. Dia tny aku nk gi mana mlm2 ni? Dari td dia cari aku tapi x jumpa! Nak tahu siapa bawak moto tu?
Dia pakgad yg sepatutnya bersama aku dlm bilik tv. Dia ckp dia keluar dari Asar sbb nk mengubat org kg kena sampuk. Dia baru smpai sbb nk kunci jam.
But, if dia baru dtg, siapa yg teman aku dari td dkt bilik tv? Aku siap peluk siak "pakgad" dpn bilik sakit td! Sejak haritu, aku decide nk balik rumah member setiap kali asrama kosong.
And hijab aku maybe dh terbukak sikit sbb aku akan senang nmpk byg2. Just like kau ternampak something, but 5 minutes later kau baru terfikir "Eh apa bnda td tu siak?"
Aku x sure samada aku lembab mcm senduk or tu dikira gifted? Then aku terfikir. Pernah x dkt rumah, pukul 2-3 pagi then suddenly korang terdgr pinggan berdecing dkt dapur or brg bergerak dkt luar semasa korang dlm bilik sdgkan korang psti org semua tgh tdur?
Or kucing kau suddenly mengeow mlm2? Or suddenly kau bunyi guli or gapoever time tgh mlm? Well, maybe tu dia and dia "cubo nok gura denge demo.". Translate x disediakan. Tny kwn kelantan korang. Jgn asyik bash je. Babap karang!
Aku pernah terlajak tidur on weekend time semua budak balik. Pukul 9 malam baru aku bangun siak! Asrama dah kosong! Koridor dah gelap! Dorm semua gelap! Yg tu nanti2 ah aku cerita. Jgn tny bila nak smbung, aku santau japgi. Cerita ni mmng x blh hbs dlm satu thread!
Ingat senang ke nk buat lwk pd ms sama try ingat balik bnda lps? X marah, aku mmng semangat mcm ni! Naik kejang saluran otak aku duk menulis lgpun aku busy woi. Sejak kena push ni, kencing aku pun bercabang siak. Kita sambung lg nanti okey? Tapi klau aku rajin, aku update awal!
Nk pesan. if dgr suara ckp "nk masuk" or "nk tumpang" or apa2 tnpa kau pasti tuan suara, better jgn jawab. Sekali kau bg jwpn YA, ibarat kau kasi greenlight. Saja pesan mana tahu mlm ni tiba2 'dia' tny kau nk temankan dia tidur x? Chao!
Ni sambungan dia guys! Yg mana still sesat dlm cerah mana part 1, mana part 2,blh cari dkt #storypuaka
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Aku Ikmal Hanif
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!