Profile picture
Aku Ikmal Hanif @akuikmalhanif
, 53 tweets, 11 min read Read on Twitter
Kelas Malam #storypuaka
Sorry guys lmbt sikit. Line teruk! Ok benda ni jadi dalam pertengahan bulan 6. After kelas petang, aku ada latihan olahraga then aku ada kelas mlm pukul 8pm - 10.30pm. Letih dia smpai tahap ms mkn, aku tersuap nasi ke hidung. Ni real.
Imagine this! Sekolah aku ada 3 blok, 3 tingkat. Blok 1, paling depan di mana terletaknya PSS, bilik guru and pejabat. So time kelas malam, blok ni akan gelap gelita sbb tiada orang guna.
Blok 2, terdapat kelas. Kelas form 5 terletak di level 1. So level 2 and 3 akan gelap. Blok 3 adanya makmal bio, fizik, kimia n sains.
Makmal bio terletak di hujung blok level 2. Koridor ke makmal bio memang gelap so korang boleh nmpk ke dalam classrooms kosong and gelap di level 2. Dapat imagine? If tak dapat, mohon repeat balik baca dari atas!
Time tu kelas biologi. Aku sampai awal sbb nak tiru homework member. Aku sampai, ternampk member tgh duduk di meja batu depan tangga blok 1. Aku tny dia,

"Hok lain sapa doh ko?"
(translate: Yg lain sampai dah ke?)
Dia ckp yg ada budak dah bukak makmal biologi. Dia lepak bawah sbb tunggu awek. Nk kasi chocolate tanda monthly anniversary. Aku nak gelakkan dia tapi sbb fikir prasaan member, so aku diam. BTW, dia break seminggu after that. HAHAHA ok sorry.
So aku naik sesorang ditemani kegelapan koridor and kelas2 kosong ke level 2. Aku jalan di koridor blok 3 and nampk makmal biologi yg terletak di hujung blok menyala.
Suddenly, mata aku mcm terpandang something tgh berdiri di hujung koridor. Warna hitam, badannya samar2 dilimpahi cahaya from makmal bio. Dia sedang memandang pokok besar di tepi blok.
Aku syak tu member aku yg frust baru lepas kena marah mak ke apa. Aku abaikan dia. Makin lama aku makin rapat dgn lembaga tu. Bila aku sampai dpn pintu makmal bio, aku kelip mata, lembaga tu hilang.
Aku masuk dlm makmal. Dalam otak dah fikir bukan2. Mulut terkumat kamit baca apa yang terlintas sambil minta buku member sebab nk tiru. Lepas kena carut "jantan tak guna, pemalas!' akhirnya aku dapat pnjam.
8.30. Teacher masuk kelas. Dia bagi kertas soalan for quiz mengejut. Dia asingkan kedudukan kami. Satu row meja ada 4 orang. Aku dpt seat hujung makmal, tepi tingkap sbb dia ckp aku suka meniru and bercakap. Ceh! Mana ada!
Dalam beberapa minit, makmal jadi sunyi sepi. Just bunyi kertas diselak and bunyi pen ditekan punat menandakan pelajar buntu. Aku? Aku lebih prefer gigit penutup pen bila buntu. Bad habit. Semua penutup pen aku ada kesan gigi. At least, pen aku x hilang!
Time tgh jwb soalan aorta bersambung urat apa entah, aku suddenly dengar bunyi senandung. Bunyi dia slow mcm berbisik tapi cukup jelas utk kau dengar setiap tone.
Aku tgk member sebelah, dia senyap. Fokus jawab soalan. Aku pandang member depan, kepala dia geleng-geleng mcm tgh berzikir. Aku rasa dia tidur. So aku syak budak kelas bawah tgh pasang lagu.
But makin lama, bunyi ni makin mengganggu. Dia bukan mengganggu sbb kuat ke apa tapi senandung dia menyeramkan. Mendayu. Suara dalam. Perempuan. Sampai sekarang aku still ingat bunyi dia.

"hmmmmmm....hmmm hmmmm hmmmmm....hmmmmmm hmmm hmmm hmmmmm."
Korang pernah dgr lagu pontianak harum sundal malam? Yang part dia senandung tu! Haaa bunyi dia lebih kurang mcm tu tapi bukan mcm tu!
Dia bunyi senandung lagu lama. Mcm lullaby tidur. Ibarat bisikan disebelah telinga. Mendayu-dayu. Dalam 5 minit juga senandung tu bunyi. Aku buat bodoh. Suddenly!
KECEEEEKAAAHHH!!!!
Bunyi benda pecah and time tu jugak senandung tu stop!
Kami yg tgh khusyuk jawab soalan ni kemain terkejut, ada yg menjerit, ada yg terbaling pen and ada yg tercarut. Yes, akulah yang tercarut tu!
Masing-masing duk tanya apa yg pecah? Sebab bunyi dia kuat mcm benda tu pecah sebelah telinga kau! But bila pandang sekeliling tiada brg yg pecah!
Time mata2 kami duk merayap, tercari-cari bunyi apa, aku terpandang kelibat something di balik tingkap koridor di sebelah aku. Mcm ada orang tgh mengintai.
Sizing sama mcm manusia. Just dia tidak berwarna. Hitam. Hny ada mata. Sedang mendukung sesuatu. Aku hanya nmpk kelibat je. Bila toleh lagi sekali, benda tu hilang.
Tapi aku pasti, ada 'pelawat' sdg perhatikan kami semua mlm tu. And aku pasti, itu bunyi dia sedang menyanyi. Menyeru atau mendodoi sesuatu.
Then dlm beberapa minit, teacher panggil kami yg barisan belakang.

"Hok barih blake skali tu maing gapo? Maghi duduk depe nih!"
(Yang baris blkg skali tu main apa? Duduk depan!)
Kami berempat pandang sesama kami. Setahu kami, kami senyap je. Apsal tiba-tiba kena marah? Aku tak sempat meniru lagi dah kena sound beb! Berat hati, kami melangkah ke depan.
10pm, teacher suruh kami hantar kertas soalan and kemas barang untuk balik. Dia tamatkan kelas awal sbb tak sihat katanya.
Aku merupakan pelajar paling last keluar makmal sbb aku paling besar so dorang ingat budak besar ni berani and hantu tak makan. Dorang x tahu ke kalau hantu dtg, kami yg besar ni akan ketinggalan?! Dorang lari laju! Kami? Patutnya kami jalan dulu!
So aku ditugaskan utk tutup suis lampu dkt tepi pintu and kunci pintu. Selepas semua keluar, aku tutup lampu.

TAKKK! TAAKKK! TAAKK!
Petik suis off satu persatu
After aku offkan lampu terakhir, aku nampk kembali kelibat tu. Hitam, berbentuk manusia. Di dalam makmal. Sedang berdiri di tempat sama di mana aku menjawab quiz tadi. Sedang memeluk something. Memandang kami. Or aku?
Aku nmpk bentuk kelibat tu, aku mampu describe tapi kelebihan aku ni selalunya lambat alert. After dh kunci pintu makmal baru aku terfikir and bayangan tersebut jelas terpapar dlm otak aku.
Yg pasti, dia perempuan. Berambut panjang tapi mukanya hitam berkedut. Mata putihnya hitam dan mata hitamya putih. Mendukung sesuatu di dalam kain batik.
Kami turun beramai-ramai ke bawah melalui koridor gelap. Turun tangga. Kelas lain masih riuh rendah dgn suara cikgu mengajar and suara students. Lagi sekali senandung tu bunyi. Tapi kalini mcm makin menjauh. Makin lama makin perlahan.
Sampai di meja batu, teacher duduk sambil tunggu suaminya. Kami mengelilingi teacher sambil tnggu member asrama balik and rakan lain tunggu parents.
After beberapa minute, teacher bersuara.

"Sek awok nghaso pelek dok tadi maso dale makma?"
(Translate : Korang rasa pelik tak tadi dlm makmal?"
Kami pandang satu sama lain. Separuh drpd kami mengangguk, termasuk aku. Teacher senyap. Dia cakap, esok dia bagitahu. Sekarang tak boleh. Nanti 'dia' tahu.

Nak tahu dia cakap apa? Haaaaa untuk sambungan korang kena tunggu for another thread okey?!
Ok tak, aku gurau je. Nak sambung la ni. Ish
Esok pagi, teacher masuk kelas after rehat. Selalunya kami akan ke makmal, tapi entah hari tu dia nk buat dkt class je.
After 30 minutes mukaddimmah mengajar, check homework, kasi markah quiz, then dia bukak cerita semalam. Dia bagitahu yang sebenarnya hijab dia sudah terbuka. And semalam, dia tahu apa yang jadi.
Dia cakap, semalam kami ada 'pelawat'. Dia datang bawa anak di dalam dukungan dibaluti kain batik bunga. Dia dodoikan anaknya tidur sambil memerhati kami sbb dia tengah mencari tuan yang sudi menjaga anaknya.
Dia suka dkt aku. So semalam dia bisik senandung di sbelah telinga aku supaya aku tahu cara dodoikan anak dia. So, yg aku dgr smalam tu mcm bunyi dia nk ajar akulah. Tapi aku palau dia. So dia terguris hati.
Time tu aku dah cuak gila babi sial semua pandang aku apahal?! tak de kerja aku nk menetek anak hantu! Cukuplah aku guriskan hati mak bapak sbb tak ikut pindah takkan hantu pun nk terguris hati dgn aku woiiii!!
Bunyi kaca pecah tu tanda dia tengah marah! Sbb aku palau dia. Aku tahu dia ada, aku dapat dgr suara dia, tapi aku palau! Sebabtu teacher suruh kami pindah ke depan. Sebb dia dapat baca yg benda tu nk kacau aku.
Lepas aku pindah ke depan, teacher tu baca apa yang patut and tiup ke arah kami senyap2 for protection. 'Pelawat' tu benganglah sebab tak boleh masuk kawasan yang 'dipagar'!
Actually benda tu ada dkt makmal tu sejak mula2 kami masuk lagi. Dia perhatikan setiap dari kami melalui sudut makmal. Judge kami untuk tgk siapa di antara kami yang mampu 'melihat serta mendengar.'
Teacher sangka yang dia just nak tengok2 sebabtu teacher tak layankan dia and buat kelas mcm biasa. After kami turun ke meja batu that night, actually makhluk tu still ada di koridor tingkat 2.
Memerhatikan kami dari atas. Sambil bersenandung. Mendukungnya anaknya. Dan masih mencari penjaga.
What happen after that? Entah. Hilang tanpa berita. Pergi tanpa kesan. Maybe masih tersebar mencari penjaga. Or maybe dah jumpa. Maybe ada berhampiran anda.
So guys if korang ada terdengar bunyi senandung or apa2 bunyi pelik, disarankan jangan tegur sbb kadang2 'dia' gunakan cara ini untuk mencari siapa yg blh dgr, siapa yang blh lihat.'
Sbb hanya yang mampu mendengar sahaja blh mendengar dan yang mampu melihat sahaja mampu melihat.
So, take care guys! Semoga malam ini dia tidak memerhatikan kau di sudut bilik mahupun ruang tamu. Sambil bersenandung.
Next story aku akan up pasal pocong. Benda ni jadi waktu aku balik raya dkt kampung. Korang suka pocong kan? Haaa kau sabar jap tunggu next thread! Pocong ni bukan jenis yg kau tgk dlm tv. in reality, sumpah dia lain. Tunggu tau! Chao!
HAAAA JGN CHECK BAWAH SLIMUT!
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Aku Ikmal Hanif
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!