Profile picture
سَيْف @LeAlterEgo
, 44 tweets, 5 min read Read on Twitter
Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar

Pernah tak baca tentang kisah Rabiatul Adawiyah ni? Aku nak kongsikan, kalau ada yang dah tahu dan aku tersalah cerita mohon betulkan. Kalau yang tak pernah tahu, harap dapat manfaat
Rabiatul Adawiyah turut dikenali dengan nama Rabiah Basri atau Rabiah al-Adwiyah. Tahukah korang yang beliau merupakan salah seorang wanita yang awal memeluk agama Islam.
Rabiatul Adawiyah tekad meninggalkan semua yang bersifat duniawi dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada penguasa alam, Allah SWT.
Sejarah hidup Rabiatul Adawiyah bermula dari seorang wanita yang tak mentaati Allah SWT, dan pada akhirnya beliau tekad untuk memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
Beliau berasal dari Basrah,Iraq. Dan seperti semua tahu, Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Seorang ikon wanita yang sabar dan mempunyai semangat memperjuangkan Islam.
Rabiatul Adawiyah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin dan mempunyai seramai empat orang adik beradik. Ayah Rabiatul Adawiyah pula merupakan seorang guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan.
Hal ini disebabkan oleh kejahilan yang menyelubungi masyarakat Arab pada masa dahulu. Dan kebanyakan sekolah agama pada waktu itu ditutup. Jadi, ayah Rabiatul Adawiyah terpaksa menjadi pendayung sampan.
Kelahiran beliau diselubungi macam-macam cerita yang pelik. Dan, pada malam beliau dilahirkan, rumah Rabiatul Adawiyah langsung tak mempunyai apa-apa walaupun minyak untuk menyalakan lampu! Lebih teruk, sehelai kain untuk balut beliau apabila dilahirkan pun tak ada!
Dan atas sebab tu, ibu Rabiatul Adawiyah meminta ayahnya untuk pinjam pelita minyak daripada jiran berdekatan. Sebelum tu, ayah Rabiatul Adawiyah berjanji tak nak minta pertolongan sesiapa.
Tapi disebabkan keadaan yang memaksa dan terlalu terdesak, ayah Rabiatul Adawiyah terpaksa juga. Malangnya, cubaan untuk meminjam lampu pelita gagal disebabkan tiada sahutan dibalas.
Sedikit sebanyak ayah Rabiatul Adawiyah rasa bersyukur kepada Allah SWT kerana beliau tak ingkar pada janjinya. Kemudian ayahnya pun pulang ke rumah dan terus tidur dipembaringan.
Pada malam itu ayahnya bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW Dalam mimpi tersebut Nabi Muhammad SAW memberikan tanda kepada ayah Rabiatul Adawiyah bahawa anaknya yang bakal lahir itu sudah ditakdirkan akan berada di tempat paling tinggi di sisi Allah SWT
Malang buat Rabiatul Adawiyah apabila beberapa lama selepas beliau dilahirkan, kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia, manakala ketiga-tiga orang kakaknya pun turut sama meninggal dunia akibat kelaparan yang melanda Basra ketika itu.
Selepas kematian orang tuanya, Rabiatul Adawiyah dipelihara oleh seorang lelaki yang kejam dan kemudian beliau dijual sebagai hamba dengan harga yang rendah kepada majikan yang sangat bengis.
Bayangkan, dalam usia yang masih muda, Rabiatul Adawiyah dah menghabiskan waktu dengan melaksanakan segala perintah tuannya. Manakala sebelah malamnya beliau sentiasa berdoa ke hadrat Illahi.
Satu malam, majikan Rabiatul Adawiyah melihat satu tanda kebesaran rohani hambanya. Waktu tu, Rabiatul Adawiyah sedang berdoa kepada Allah SWT.
“Ya Allah! Dikau telah menjadikan aku budak belian seorang manusia sehingga aku terpaksa mengabadikan diriku kepadanya. Seandainya aku bebas, pasti aku akan persembahkan seluruh waktu dalam hidupku ini untuk berdoa kepada-Mu”.
Itulah doa yang dititipkan oleh Rabiatul Adawiyah kepada Allah SWT. Dan tak semena-mena selepas selesai berdoa, majikan Rabiatul Adawiyah ternampak satu cahaya mendekati kepala hambanya. Dan majikannya serta-merta jadi takut dan terus memerdekan Rabiatul Adawiyah keesokan harinya
Selepas dibebaskan, Rabiatul Adawiyah pergi ke tempat-tempat sunyi untuk menjalani sisa kehidupan beliau dengan bertawaduk kepada Allah SWT.
Akhirnya Rabiatul Adawiyah sampai ke sebuah pondok yang berdekatan dengan Kota Basra. Dan disitu beliau hidup seperti bertapa, dengan hanya segulung tikar, sebuah kendi yang diperbuat daripada tanah serta seketul batu bata. Hanya itu harta yang dimilikinya.
Di pondok itu keseluruhan waktunya digunakan untuk mengabdikan diri sepenuhnya untuk berdoa.
Satu hari Rabiatul Adawiyah didatangi oleh sekumpulan orang ramai yang berhasrat untuk meminangnya. Orang ramai tu merupakan wakil kepada Gabenor Basra.
Oleh kerana Rabiatul Adawiyah terlalu sibuk mengabadikan dirinya kepada Allah SWT maka beliau menolak pinangan dari Gabenor Basra itu dengan baik.
Pada masa yang lain pula, seorang soleh yang bernama Sufian Suri datang menemui Rabiatul Adawiyah. Dan sebaik sahaja Sufian Suri tiba, Rabiatul Adawiyah terus berdoa, “Ya Allah! Tuhan Yang Maha Kuasa, daku mohon harta duniawi dariMu."
Mendengar isi doa itu, Rabiatul Adawiyah pun menangis. Dan Sufian Suri jadi tertanya-tanya. Lalu, beliau bertanya apa yang menyebabkan Rabiatul Adawiyah menangis.
Dan Rabiatul Adawiyah pun menjawab, “Harta itu sesungguhnya didapati setelah meninggalkan segala yang bersifat duniawi ini, dan aku melihat anda hanya mencarinya di dunia ini saja.”
Menurut satu riwayat, ada seorang insan yang mengirim wang sebanyak empat puluh dinar kepada Rabiatul Adawiyah, lantas beliau pun menangis lagi sambil mengangkat tangannya dan berdoa.
"Dikau tahu Ya Allah! Aku tidak pernah meminta harta dunia dariMu, meskipun Dikau pencipta dunia ini. Lalu bagaimana aku dapat menerima wang dari seseorang, sedangkan wang itu sesungguhnya bukan kepunyaannya.”
Setiap kali Rabiatul Adawiyah mengajar muridnya, beliau sentiasa memberi nasihat agar jangan menunjukkan perbuatan baik itu kepada sesiapa pun, malahan mereka diharuskan menutup perbuatan baik itu sebagaimana mereka menutupi perbuatan jahat mereka.
Segala penyakit datangnya adalah atas kehendak Allah SWT kerana itu Rabiatul Adawiyah selalu menghadapinya dengan hati yang tabah dan berani.
Rasa sakit yang macam mana sekalipun takkan pernah mengganggu Rabiatul Adawiyah. Dan disebabkan itu, Rabiatul Adawiyah selalu tak sedar tentang bahagian tubuhnya yang terluka sehinggalah diberitahu oleh orang lain.
Pernah satu hari, Rabiatul Adawiyah terlanggar pokok yang menyebabkan kepalanya berdarah, kemudian seseorang bertanya kepada beliau :

“Apakah kau tak berasa sakit?”
Rabiatul Adawiyah menjawab dengan lembut, “Aku dengan seluruh jiwa ragaku mengabdikan diri kepada Allah SWT. Aku berhubung erat denganNya, aku disibukkanNya dengan hal-hal lain daripada apa yang kamu rasakan.”
Semasa hayat beliau, banyak keajaiban yang dikaitkan dengan Rabiatul Adawiyah. Antaranya, beliau mendapat makanan daripada tetamunya melalui jalan yang pelik-pelik.
Diriwayatkan bahawa, ketika Rabiatul Adawiyah sedang menghadapi sakaratul maut, beliau meminta kawan-kawan terdekatnya untuk meninggalkan beliau seorang diri. Kemudian beliau mempersilakan para utusan Allah SWT datang kepadanya.
Sewaktu kawan-kawan Rabiatul Adawiyah berjalan keluar, mereka terdengar Rabiatul Adawiyah mengucapkan syahadah
Dan ada pula suara yang menjawab, “Jiwa, tenanglah, kembalilah kepada Tuhanmu, legalah, kembalilah kepada Tuhanmu, legalah hatimu padaNya, ini akan memberikan kepuasan kepadanya."
Antara doa-doa yang tercatat berasal dari Rabiatul Adawiyah ialah doa yang dipanjatkan oleh beliau pada waktu malam di atas bumbung rumahnya.
“Oh…Tuhanku! Bintang-bintang bersinar bergemerlapan, manusia sudah tidur nyenyak dan raja-raja telah menutup pintunya, tiap orang bercinta sedang asyik dengan kesayangannya dan di sinilah aku bersendirian bersamaMu.” Inilah salah satu doa yang dipanjatkan oleh Rabiatul Adawiyah
“Ya Allah! Apabila aku menyembahMu kerana takutkan neraka, bakarlah diriku di dalamnya. Bila aku menyembahMu kerana mengharapkan syurga jauhkan aku dari sana. Namun jika aku menyembahMu hanya keranaMu, maka janganlah Dikau tutup keindahan abadiMu”
Rabiatul Adawiyah meninggal dunia di Basra pada tahun 801 Masihi dan beliau dimakamkan dirumah tempat beliau tinggal. Ketika jenazahnya diusung ke perkuburan, orang-orang soleh, para sufi dan orang-orang Islam turut mengiringinya dalam jumlah yang luar terlalu luar biasa ramainya
Cintailah Allah SWT kerana Dia mencintai kita, tunaikan perintah Allah SWT kerana Dia akan mengadili kita, buatlah sesuatu yang dituntut semata-mata kerana Dia. Hanya Dia yang akan menilai setiap amal kita.
Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dengan kisah Rabiatul Adawiyah. Supaya mencintai Allah SWT sepenuh hati kerana Dia mencintai kita. Terus cuba berbuat kebaikan walau sejahil mana diri kita.
Dengarkan lagu dari In-Team tentang Rabiatul Adawiyah.

Rabiatul Adawiyah, namamu menjadi sanjungan.. Ikutan ummah sepanjang zaman. Ayuh bersama kita susuri perjalanan kekasih Allah..

Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to سَيْف
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!