Profile picture
Admin | TwtLelaki @TwtLelaki
, 20 tweets, 4 min read Read on Twitter
Apa itu unit trust?

Patutkah anda melabur dalam unit trust?

Baca thread ni untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
1. Ke mana dana unit trust dilaburkan?

Duit yang anda masuk dalam unit trust tu akan diuruskan oleh Fund Manager.

Fund Manager akan laburkan duit tersebut ke dalam pasaran saham, sukuk dan money market.
2. Apa kategori unit trust?

Unit trust ada beberapa kategori, antaranya:

a) Equity Fund : Dana yang dilaburkan dalam pasaran saham

b) Sukuk fund - Dana yang melabur dalam instrumen hutang

c) Balanced fund - Dana yang menggabungkan pelaburan dalam equity dan sukuk
3. Susunan kategori dana mengikut risiko dan pulangan

Dari berisiko tinggi ke rendah : Equity fund>Balanced fund>Sukuk Fund

Dari segi pulangan pula biasanya lebih kurang begini :
a) Equity fund: 8-15%
b) Balanced fund : 5-10%
c) Sukuk fund : 5-8%
4. Selain pecahan mengikut kelas aset, ianya boleh dipecahkan mengikut geografi

Ada dana yang dilaburkan di US, Asia, China dan Asia Pacific. Lain negara lain risiko dan potensi pulangannya
5. Adakah unit trust berisiko tinggi?

Tidak, sebab dalam satu dana, ada banyak syarikat yang dilaburkan. Kebiasaannya 1 dana melabur di 20-30 syarikat.

Kenapa risiko kurang? Sebab agak susah untuk semua saham dalam dana tersebut jatuh serentak
Kalau anda melabur sendiri dalam saham, nak bina portfolio sehingga 30 syarikat memerlukan modal yang besar. RM10,000 pun belum cukup.

Tapi dengan unit trust, serendah RM100 pun anda dah boleh dapat akses ke lebih 20 syarikat secara tidak lansung
6. Berapa expected return dari unit trust?

Dengan portfolio yang bagus, anda boleh expect sekitar 10% setahun.
7. Perbandingan dengan ASB

Contoh jika melabur RM100 sebulan selama 20 tahun di unit trust, boleh dapat RM82,000

Jika dibanding dengan ASB (7%), simpan RM100 sebulan 20 tahun, dapat RM55,000

Perbezaan lebih kurang RM30,000
8. “Taknak la melabur unit trust, ada risiko la”. Itu terpulang dengan diri masing-masing.

Fahami quote dibawah ini
Setakat yang saya perhatikan selama ini, bagi dana Islamik, tiada lagi dana yang jatuh lebih 20%.

Yang jatuh 15% tu pun, tahun seterusnya naik lebih 15%.

Anda kena faham, dalam pelaburan perlukan masa dan pelaburan bukanlah straight line, ada turun naik.
9. Berapa lama anda perlu melabur dalam unit trust?

Minimum 5 tahun, sebab unit trust perlukan masa untuk memberikan keuntungan. Tapi ada je dana yang tak sampai setahun pun 10%.

So kalau nak invest dalam UT, pastikan duit tersebut anda tidak mahu pakai dalam masa terdekat
Melabur ni macam bercucuk tanam la. Katakan kita tanam 10 pohon pokok kelapa.

Pertama, perlukan masa untuk pokok menghasilkan buah.

Kedua, tidak semua 10 pohon menghasilkan buah, mungkin 8 sahaja.

Sebab itu dalam unit trust, jangan melabur dalam 1 dana atau 1 company sahaja
10. Bagaimana nak melabur dalam UT?

a) Anda boleh melaburkan guna duit tunai. Lumpsum atau bulanan

b) Boleh laburkan melalui EPF akaun 1
11. Dana syarikat apa yang paling bagus?

Anda tidak boleh fokus melabur dalam 1 syarikat atau 1 dana sahaja.

Bagi mengawal risiko dan maximised kan return, anda perlu buat portfolio unit trust.
Ini contoh portfolio, pelaburan dipecahkan kepada 5 dana.

Dipecahkan mengikut aset kelas. Ada equity fund dan ada balanced fund.

Kemudian ada yang dilaburkan di Malaysia, Asia Pacific dan China.

Dana pula dari beberapa syarikat.
Ini pula expected return, based on past return. Boleh dapat lebih 10%.
Perbandingan Return portfolio unit trust(hijau) dengan ASB(biru,assumption 7%) dan KLCI(merah)

Kalau perasan ada dua kali performance UT dibawah ASB. Ia bukan straight line, mesti ada naik turun. But in the end, return UT lebih tinggi.
12. Macam mana nak buat pilihan dana?

Anda boleh study sendiri 200 dana islamik yang ada atau boleh dapatkan khidmat Financial Planner untuk membuatkan portfolio anda
Kalau ada apa apa soalan boleh dm di acc personal @mohdkautharr
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Admin | TwtLelaki
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!