Profile picture
Tarbiah Sentap @tarbiahsentap
, 24 tweets, 5 min read Read on Twitter
Nasihat daripada saya yang tak seberapa ini buat pasangan pengantin baru, ataupun yang akan berkahwin dalam masa terdekat,

1. Perbaiki skill komunikasi bersama pasangan.
2. Bersabarlah dengan penuh kesabaran sehingga mampu bersabar dan terus bersabar. Hehe.

Maksudnya apa?
Saya ingat lagi, masa zaman sebelum berkahwin dulu, saya kerap menghabiskan beberapa buah buku berkaitan dengan skill komunikasi, memahami perspektif lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Dan kebanyakkannya adalah buku dari Barat. Hehe. Gambar buku ada di bawah.
Hasilnya, saya berjaya mengarang beberapa bab penting dlm buku saya sendiri iaitu buku Aku Bukan Malaikat 1 & 2. Contoh bab "Betul ke Jodoh dah ditetapkan? (boleh baca di sini "tarbiahsentap.com…/06/betul-ke-jodoh-dah-ditetapkan.ht… ", dll.

Kenapa saya baca buku2 ni?
Sebab masa sebelum berkahwin, saya kerap mendapat nasihat berkaitan dengan komunikasi. Ramai orang beritahu saya, perempuan ini makhluk Allah yg unik & kompleks. Antaranya, boleh jadi, setiap jam atau minit emosinya boleh berubah2, kadang-kadang tanpa sebab!

Contoh
Contoh, ada perempuan tiba2 menangis, bila ditanya kenapa, dia akan jawab tak tahu. Memang dia pun tak tahu kenapa. Hehe. So, bila dah nak menghampiri fasa berkahwin, saya pun rasa sedikit confident bahawa saya sudah memahami serba sedikit tentang perempuan.
Takpe, yg penting confident tinggi, betul salah belakang kira. Haha.

Apabila sudah berkahwin, saya pun cubalah mengaplikasikan beberapa jenis teori yang saya belajar melalui buku-buku yang saya dah baca. Dengan harapan, boleh mengurangkan salah faham dengan isteri.

Tetapi...
Saya terlupa satu lagi nasihat penting. Selain daripada komunikasi, saya mesti BERSABAR dan TERUS BERSABAR.

Saya byk kali dengar nasihat sabar ini, tetapi itulah. Easier said than done. Pernah beberapa kali kami salah faham, dan bila kami duduk berbincang, barulah saya faham.
Seterusnya, antara punca perselisihan berlaku sebenarnya saya yg kurang sabar. Teringat pula dgn nasihat beberapa abg senior & pakcik2, antara nasihat mereka,

"fasa 5 tahun awal perkahwinan adalah bersabar dan perbaiki komunikasi. Teruskan bersabar dan banyakkan berbincang.."
Ya, saya mungkin banyak membaca bagaimana memperbaiki komunikasi dengan pasangan. Tetapi saya masih kurang bersabar. Sabar ini bukan semata-mata dengan isteri, malah luas sangat cakupan sabar ni.

Contohnya..
Bersabar dgn tekanan keluarga, tekanan kewangan, sabar dgn masalah dalaman keluarga kedua belah pihak, sabar dgn karenah isteri mengandung & anak yg asyik menangis, bersabar sb tak cukup tidur, bersabar sebab isteri tak seperti yg diharapkan, dan baanyak lagi.

The list goes on
Akhirnya, Alhamdulillah saya dan isteri jika ada apa-apa masalah, kami akan luahkan, tidak sembunyi, kemudian berbincang. Masing2 akan rendahkan ego untuk akui kesalahan jika benar2 salah.

So guys, nasihat dari saya yang masih merangkak2 dlm alam perkahwinan ini utk korang :
1. Paksa diri untuk baca buku berkaitan psikologi lelaki perempuan sangat penting, terutama untuk LELAKI. Ya lelaki. Kenapa?

Serius guys, perempuan ni unik. Sumpah, sangat unik. Susah la nak cakap, nanti dah kahwin, hang tau la.

Contohnya..
Contoh, kalau isteri nak luahkan sesuatu masalah pada saya, saya akan tanya dia,
"ini nak suruh dengar saja ke, atau nak minta solusi?"
Nanti dia akan tersengih. Biasanya jawapan akan diberikan,
"dengar je la.."

Hehe.
Sebahagian perempuan nak kita jadi pendengar setia masalah dia je, dah cukup menyelesaikan sebahagian masalah. Tak perlu bagi solusi kompleks sangat, buat simultaneous equation, buat kira2 guna Einstein's formula dan segala mak nenek tu.

Cukup sekadar, LISTEN. Be a good listener
2. Apabila ada perselisihan, duduk bersama, luahkan masalah, dan selesaikan. Lelaki, mesti rasional di saat perempuan emosi. InsyaAllah, sakinah mawaddah dan rahmah Allah akan turun pada ahli keluarga yang sentiasa berbincang (syuro) dengan segala masalah.
3. Lelaki, banyakkan rasional dan sabar, sabar dan terus sabar. Bila saya cakap SABAR, and I really mean it! Jangan terikut dgn rentak emosi isteri. Dan kalau ada masalah, jangan lari! Hadapi & selesaikannya. Makin kau lari daripada masalah, ia makin besar. Kita ketua keluarga.
4. JANGAN LETAK EXPECTATION TINGGI pada pasangan. Jangan harapkan suami macam malaikat dalam drama, atau isteri seperti bidadari dari kayangan.

Ingat, kita ini hidup di akhir zaman. Bukannya zaman Nabi. So, faham2 sajalah manusia akhir zaman macam mana. Kau pun kena sedar diri
Kita pun faham karenah kita macam mana. Don't expect more. Tak kisahlah dia ustaz ustazah ke, engineer ke, doktor ke, usahawan ke, atau sesiapa la. Expect the unexpected. Don't expect more, but compliment more. ewah
5. Dan terakhir, sama2 bangunkan amal agama di dalam rumahtangga. Sesekali, solatlah berjemaah bersama isteri dan tadarus al Quran bersama. Tak mampu buat setiap hari, hujung minggu pun jadilah. At least ada.

jangan jadikan rumahtangga kita macam suasana kubur, sunyi je.
Ramai kes cerai berlaku sebab amal agama hilang dari rumahtangga. Bila bercerai, ramai menyalahkan takdir. Dan lebih ekstrem, ada yg kata kahwin ini satu perjudian.

Ouch. Come on guys, kahwin BUKAN perjudian. Kenapa?
Judi ini suatu benda yang kita tak boleh kawal hasilnya kerana ia bertaruh nasib. Dan ia jelas haram. Tetapi tak sama macam kahwin.

Kahwin bukan perjudiaan. Kahwin bukan tempat bertaruh nasib. Kahwin adalah sunnah Nabi. Dan perkahwinan juga merupakan pilihan dan takdir.
Sebelum berkahwin, Kau ADA PILIHAN untuk memilih pasangan yang baik pada sisi agama, atau memilih pasangan yang JAUH daripada agama. Kemudian, kau terimalah takdir yang terjadi HASIL daripada pilihan yang telah kau buat.
Jadikahlah rumahtangga kita sebahagian dari Syurga dunia. Melihat isteri sebagai nikmat paling besar dalam hidup. Melihat anak2 sebagai hadiah paling agung dari langit. Sehingga kita betul-betul merasakan,

"Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah lagi hendak kau dustakan?"
Sekian bebelan saya di tengah hari. Wallahu'alam.

Selamat pengantin baru. Ikhlas daripada,
Shukery Azizan,
Penulis buku Aku Bukan Malaikat 1 & 2,
Shah Alam.

p/s : boleh retweet sebanyaknya. Dipersilakan.

#JomRetweet
#IniThreadTS
#ShukeryAzizan
#AkuBukanMalaikat
#TipsKahwin
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Tarbiah Sentap
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!