Meh kak saya cerita pengalaman saya sikit waktu kerja Dominos.
Bila kami sampai, customer masih takde. Kami call lagi sekali, baru customer turun. Itupun 10 minit kemudian.
Bila customer muka ketat & marah sebab kami lambat dua minit dari masa jangkaan, akak rasa apa perasaan kami?
Kupon "we are late, sorry" habis diberi. Balik store, kalau manager mood tak baik kena marah pula:
Kenapa balik lewat?
Kenapa kupon habis?
Kalau tak suka kerja ni, berhenti! Cari kerja lain.
Sebab akak tak tahu cerita kita semua. Ada yang SPMnya takde, ada yang mak ayah tak boleh bekerja, ada yang buat part-time lepas balik bekerja. Dan inilah sumber rezeki yang ada.
"Sorry ya dik. Hujan2 kena hantar pizza akak."
Itu pun dah cukup buat hati kami berbunga.
Kami cuma menulis disini, sebab kalau kami terus cakap dekat customer mereka akan kata:
Kau penghantar pizza saja. Jangan mengeluh. Tak payah nak tunjuk pandai nasihatkan aku.
Bekas pekerja part-time @DominosMY.
Yang pernah accident tapi tak dapat apa2 daripada company & manager walaupun sepotong mesej:
"Kau okay ke?"
Selepas accident tersebut.