, 33 tweets, 5 min read Read on Twitter
Cerita terbaru yg akan aku ceritakan bukan kisah rawatan tetapi orang yg mengamalkan rawatan islam tetapi mengamalkan juga ilmu hitam menundukkan isteri (sekarang bekas isteri) dan orang sekelilingnya demi kepentingan sendiri. #BilaLampuTerpadamDenganSendiri #khamismalamjumaat
Bismillahirrahmanirrahim.. Kisah ini kisah benar dan aku tersangatlah bengang kerana kisah dan watak ini jadi pada kawan aku sendiri. Dan laki dia belajar rawatan dulu dengan aku. Nama aku ubah macam biasa la.
Pada tahun 2015. Kak maya (bukan nama sebenar) call bertubi2 nak jumpa aku. Dia nak minta pendapat aku. Aku pun nak elakkan fitnah aku bawa la dua tiga orang yg lain. Salah seorangnya tunang aku sendiri.
Aku make it short je cerita ni ya. Sebab bukan cerita hantu tapi cerita mengenai laki musibat.

Pendekkan cerita laki dia aku bg nama azman (sama nama laki munafik dalam cerita munafik)
Azman ni nak kahwin satu lagi. Mmg aku dah tau pasal perempuan yg dia nak kahwin tu membe2 kita orang gak. Ok la ketika ini lah terbuka kisah nya. Selama lebih 9 tahun dia berkahwin dengan kak maya dia tak pernah bg duit nafkah.
Segala duit belanja rumah kak maya yang tanggung. Jadi bila azman nak kahwin kak maya persoalkan la "ada pula duit nak kahwin". Ketika ini belaku perang besar mereka. Dan tembelang bekas suaminya terbuka satu persatu.
Rupanya azman ni sebelum dia belajar dengan aku. Dia dah praktikkan ilmu hitam untuk menundukkan kak maya dan orang2 sekeliling dia. Dia nak dirinya dipandang tinggi. Dan disanjung orang.
Tembelang dia memakai ilmu hitam pecah tatkala kak maya ni pergi berubat dengan seorang ustaz di rawang. Dan ustaz itu "syifakan pada roti dan lobak" dan suruh kak maya masak dan bg makan pada azman.
Jika azman tidak mengamalkan sesuatu benda yg batil. Dia tidak akan memberi effect apa2 pada azman. Tapi jika azman ada mengamalkan ilmu yg salah. Azman akan jatuh sakit.
Dan hasilnya lebih dua bulan azman terlantar tak boleh nak bergerak. Ketika ini la kak maya start mencari orang utk membuka "ikatan sihir" azman pada diri dia.

=jap lagi sambung. Janji hari khamis. Tapi disebabkan aku bengang gila. Aku tulis juga hari ni.
Ok2 aku sambung balik.

Start ni segala taring si azman sedikit demi sedikit terbuka. Azman tak puas hati dia selidik dengan siapa isteri dia jumpa (time tu masih isteri)
Waktu ni la aku terkena sekali. Si azman update status kata tunang aku yg hasut bini dia. Suruh minta fasakh le apa la. Sampai tahap si azman ni keluar kenyataan yg aku tak boleh terima so aku dengan akai yg dah di hembus dengan amarah. Teruih call suruh azman setting tempat.
So jumpa la dekat kota damansara kedai teh o beng. Bilamana dah jumpa kami confront la apa yg tak puas hati nya. Jadi aku ambil pendekatan persahabatan aku sampai disitu sahaja dengan azman.
Jadi aku bengang la dengan kak maya gara2 dia gaduh laki bini sekali dengan aku dengan tunang aku kena. (waktu ni aku tak tau yg kak maya kena blackmagic dengan azman)
Aku ingat kak maya gara2 nak elok balik dengan azman dia jaja cerita yg bukan2. (ya aku tau aku salah)

One day tu aku terserempak dengan kak maya dekat sacc mall. Kak maya ajak aku minum dekat big apple kat mall tu.
Kat situ memang aku sebur kaw2 la kak maya. Tapi minah ni buat muka toya mat amin je. Tambah le membuat aku yakin yang kak maya buat cerita dekat azman pasal aku dengan tunang aku. Dan memang lepas tu kalau jumpa dekat mana2 memang aku buat tak tau la.
Sampai la kak maya dah bercerai dengan azman. Kak maya contact aku nak jumpa aku dengan tunang. (selepas 3 bulan dah bercerai)
Kak maya cerita A-Z macam mana dia boleh bercerai. Kak maya dah banyak kali cuba pergi pejabat agama tapi setiap kali sampai di kaunter dia jadi kesian dengan azman. Mulut terkunci. Sampai la tahap dia berubat di kundang(kali kedua dia berubat) dengan ustaz saiful
Ustaz saiful la yang merungkai satu persatu ikatan yg dikenakan pada kak maya.

Sebelum bercerai.

Kak maya seperti biasa. Setiap hari selasa atau rabu dia akan pergi berubat dengan ustaz saiful.
Satu malam tu entah macam mana si azman ni tanya.

"aku jadi lumpuh dua bulan dulu gara2 kau buat aku sekarang kau nak aku mati ke bangsat"

Kau bagi no lahanat tu. Biar malam ni aku bunuh dia.
Yg pelik nya kak maya tak bg tau siapa2 pun yg dia pergi berubat.

Sat2 aku sambung sat lg. Drive
Ok sebelum aku sambung. Jum kita sedekahkan alfatihah buat guru mjs (makjah) yang baru menghembuskan nafasnya yg terakhir. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.
Sambung story...

Bila ditanya bertubi2 tapi tiada jawapan yg keluar dari mulut kak maya. Mulalah azman ni bengang. Teruk kak maya kena belasah. (dasar laki tak sedar diri dek untung. Orang jaga makan pakai kau ni kau balas)
Kak maya dah tak tahan dia pergi rumah mak mertua dia. Dia hantar semua barang2 azman. Balik rumah dia tukar kunci semua. Tapi tak berjaya juga lari dari azman ni.
Maklum la anak dah 3 orang dengan kak maya. Dia tau kelemahan perempuan ni anak. Dia ugut dengan anak pula. Nak tak nak bila anak2(paling besar umur 8 tahun) panggil ayah dia. Kak maya buka la juga pintu rumah dia.
Pergaduhan besar sebelum bercerai.

Azman merayu dengan kak maya. Berjanji nak ubah perangai dia dan akan mula cari kerja. (9 tahun kahwin bini yg tanggung)

Tapi kak maya tekad nak minta di lepaskan.
Malam tu entah si azman ni jin apa yg merasuk tah. Di hentak kepala kak maya dekat dashboard kereta sehingga belaku pendarahan dalam mata. Lepas dia dah puas mengamuk. Dia berhenti kereta, kak maya sempat larikan diri dari kereta.

Wallahualam siapa la tolong kak maya time tu.
Keesokkan pagi. Ada satu surat yg diselit dekat pintu rumah kak maya. Surat yg mana azman setuju utk lepaskan kak maya. (Wtf la. Ko dah bantai dia cukup2 pastu baru ko lepaskan. Mmg jantan tak guna la ko ni)
Proses perceraian berjalan lancar. Alhamdulilah kak maya terlepas dari belenggu suami kejam dia. Tapi penderitaan kak maya tak habis disitu je.

Tak cukup seminggu dia bercerai. Bekas laki dia tinggalkan bebanan hutang keliling pinggang dekat kak maya.
Ditambah lagi kak maya lumpuh separuh badan haritu. Alhamdulilah kawan2 kak maya tolong bawa kak maya berubat dengan ustaz saiful.

Ceritanya sekarang kak maya masih berubat.
Azman yang tak tau malu tu masih lagi merawat orang. Dan dengar2 ramai dah duk cari dia. Gara2 terlalu banyak ritual2 mengarut dalam rawatan yg dia lakukan.
Jadi kisah kak maya dengan azman ni masih lagi berjalan. Tiada lagi penghujung nya. Azman ni ibarat parasite yg menumpang pada orang lain. Sekarang ada perempuan lain yg tanggung azman. Nasib dia tak ubah seperti kak maya. Sekian cerita aku.
Aku harap korang diluar sana jangan la jadi seperti azman ni. Makan harta bini. Tapi ada hati nak berbini lebih dari sorang. Dan kau lelaki sepatutnya jadi pelindung pada isteri kau. Bukan guna ilmu kau utk menzalimi isteri kau.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT)
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!