, 32 tweets, 5 min read Read on Twitter
Pernah terfikir tak kenapa orang Korea dan China, terutamanya China sangat sangat dan sangat bencikan Jepun?

Fellas, welcome to Unit 731, the Asian Auschwitz.

Selamat datang ke neraka.
Pada mulanya, unit ini dikenali sebagai Jabatan Penyulingan Air dan Pencegahan Epidemik oleh Kempetai Empayar Jepun di Kwantung, Manchukuo (China). Kemudiannya, jabatan ini diambil alih oleh Jeneral Shiro Ishi, seorang pegawai medik kombat.
Beberapa tahun sebelum itu, Shiro Ishi yang baru pulang dari belajar di luar negara telah mengemukakan cadangan untuk diwujudkan unit kajian rahsia, berpusatkan di Manchuria (China).
Kolonel Chikahiko Koizumi yang kagum dengan penggunaan senjata kimia gas klorin oleh empayar Jerman semasa perang Ypress (WW1) menyokong penuh cadangan Ishi Shiro. Hasilnya, unit Togo diwujudkan pada tahun 1932.
Pada tahun 1936, unit ini dipindahkan ke jabatan Kwantung demi tapak eksperimen yang lebih besar dan selamat. Nama panjang jabatan tersebut kemudiannya ditukar kepada Unit 731. Tujuan utama unit ini tidak lain tidak bukan ialah mencipta senjata biologi dan kimia.
Disebabkan eksperimen unit ini yang tak berkeperimanusiaan terhadap banduan perang (POW) dan orang awam, kebanyakan saintis dan penyelidik unit ini telah dibentuk untuk berhati kering.
Antara eksperimen terkenal oleh unit 731 ialah ujian frostbite. Yoshimura Hisato, seorang ahli fisiologi dalam ujian ini selalunya akan menyuruh POW direndamkan ke dalam bekas berisi air dan ais. POW akan berada di situ sampailah tubuh badan mereka menjadi beku.
Macam mana nak tahu depa dah beku? Simple. Ketuk bahagian yang direndam tu dengan tongkat dan kalau bunyi dia macam ketuk kayu, maknanya dah beku la tu (mengikut saksi).
Dalam eksperimen lain, Yoshimura cuba untuk melihat tempoh masa yang diperlukan oleh darah manusia bagi memanaskan badan. Oleh itu, POW yang dah beku ni akan disimbah dengan air panas atau duduk dekat unggun api.
Kemudian, kita ada ujian viviseksi atau pembedahan. Bezanya, viviseksi ini tak memakai bius. Tujuan utama ujian ini ialah untuk melihat sepantas manakah penyakit tersebar dan merosakkan organ.
Oleh itu, saintis bagi ujian ini menjangkitkan POW dengan vektor penyakit dan organ atau bahagian badan yang terkena akan dibuang hidup hidup dari pesakit. Hal ini kerana mereka mahukan organ/bahagian tersebut dalam keadaan 100% sempurna dan tak reput lagi.
Ada kalanya, bahagian bersendi POW akan dipotong untuk mengkaji tahap kehilangan darah. Bahagian paling jahanam dalam viviseksi ni bila bahagian badan dan organ POW ini dikeluarkan dan dicantum ke bahagian lain.
Sebagai contoh, perut POW dibuang dan esofogus mereka disambung terus ke usus. Malah, gambar vivsiseksi dalam gambar tadi ni ialah Shiro Ishi sendiri dengan mangsa kanak-kanak yang masih hidup.
Semasa WW2, sekitar 400k rakyat China mati akibat terkena penyakit bubonik. Kes ini sebenarnya antara contoh penggunaan hasil kajian unit 731. Demi mengkaji kesan penyakit berjangkit, ramai POW telah dicucuk dengan penyakit (dikaburi sebagai vaksinasi oleh unit 731).
Kutu-kutu yang menjadi vektor penyakit berjangkit merbahaya seperti kolera, tifus anthrax disimpan di dalam bekas bom tanah liat. Kemudiannya, bekas ini dilepaskan oleh pesawat perang Jepun di bandar-bandar China. Ya, 400k maut.
Kutu ini juga membawa kuman penyakit bubonik seperti Y. pestis yang bertanggungjawab dalam melenyapkan 1/3 penduduk Eropah. The Black Plague.

Selain daripada kes kutu, mereka juga melakukan ujian terhadap penyakit STD.
Caranya ialah POW perempuan dirogol berulang kali oleh pesakit STD. Sekiranya mereka ni lelaki, mereka akan diliwat. Setelah mereka dijangkit, mereka akan dibedah hidup-hidup untuk melihat progress penyakit tersebut pada organ luar dan organ dalaman.
Tapi yang selalu kena teruk ni perempuan la. Memang akan kena rogol, tak kisah ada STD atau tak. Bila dah mengandung, perut mereka akan dibelah untuk mengkaji fetus. Dalam satu testimoni, pekerja unit ini mengatakan:
“Salah seorang pengkaji pernah memberitahu saya dia ada eksperimen untuk dibuat, tapi masih ada masa lapang. Jadi, dia dan ahli unit lain pergi merogol perempuan China di penjara mereka. Salah seorang dari banduan tersebut terlibat dengan ujian frostbite.
Beberapa jarinya hilang dan tulangnya hitam. Tapi, itu masih tak cukup untuk haling pengkaji tersebut dari merogolnya, sampailah dia terlihat kemaluan banduan tersebut yang bernanah dan busuk. Terus tak jadi rogol.”
POW ini juga dikenakan ujian fizikal. Ada yang dikenakan dengan sinaran X, lalu menyebabkan ada yang mati melecur dan juga infertility. Ada yang dipusing dalam centrigue ke tahap tekanan-g yang tinggi sampai mati, ada yang dicucuk dengan air masin dan ada ditanam hidup hidup.
Bagi menguji keberkesanan senjata, mereka dijadikan sebagai patung lapang sasar, ditembak, dibakar dan ditikam bayonet. Tak kisah la dewasa ke bayi ke, semua kena.
Oh ya, kesemua mangsa dalam ujian dan eksperimentasi ini dipanggil sebagai kayu atau maruta. Hal ini adalah ironik kerana mangsa yang mati selalunya akan dibakar bagi mengelakkan penyebaran penyakit.
Juga, penyelidik unit 731 menulis hasil kajian ini dalam bentuk peer-reviewed journal, cuma mereka kata ujian ni dibuat ke atas monyet Manchuria, tak pun monyet berekor panjang.
Unit 731 ini akhirnya ditamatkan setelah pegawai atasan Jepun mula nampak bibit-bibit kekalahan empayar Jepun dalam WW2. Dokumen-dokumen dan bangunan dibakar untuk hilangkan bukti. Setelah bom atom USA dijatuhkan di Hiroshima dan Nagasaki, unit ini sudah hampir hilang.
Cerita pasal Auschwitz dengan unit 713 ni buat aku teringat pasla lagu Angel of Death - Slayer. Gila lejen riff gitar dia. Lagu ni pasal kem Auschwitz yang sama jahanam dengan unit 731.
Jadi, apa nasib saintis dan penyelidik semua ni?

Mereka selamat. Ya. Ada segelintir yang kena hokum di USSR dan China, tapi kebanyakannya selamat dan hidup seperti biasa. Ada yang siap jadi menteri dan prof di universiti lagi.
Semua ni sebab USA tengok maklumat kajian unit 731 ni bagus, jadi depa offer imuniti dengan hasil kajian berkenaan. Sebab itu, sampai sekarang USA dan Jepun jarang sembang pasal benda ni. Shiro Ishi tu siap jadi penasihat senjata bio kat USA lagi.
Itu pun tahun lepas baru usaha dari kerajaan Jepun dan Profesor Emiritus Katsuo Nishimiya yang nak declassified semua data ni atas nama etika.
Ini baru unit 731 tau. Aku tak cerita lagi pasal Rogol Nanking 1937. Dia punya jahanam tu sampai seorang pegawai Nazi terpaksa buat kawasan neutral untuk selamatkan orang China dari kena rogol dan bantai. Bayangkan, Nazi yang macam setan dari pun boleh jadi lagi baik dari Jepun.
Tapi tu cerita lain la. Panjang sangat dah ni.
Rujukan:
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Ammar Akmal
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!