, 39 tweets, 6 min read Read on Twitter
Sebenarnya, aku ni dah penat tau berperang dengan geng vegan pasal 'makanan berkhasiat'. Manusia boleh hidup tanpa daging haram jadah anjing semua tu. Serupa kaki tunggang agama ya.

Jadi, ni thread untuk bagi sesiapa yang nak gaduh pasal benda ni, khas dari aku, pelajar biologi.
Sebagai pemula, aku tak mempunyai sebarang masalah dengan pendokong vegetarianisme. Malah, aku hormat dengan mereka yang tak makan daging di atas faktor agama mahupun nilai etika.
Juga, anda sebenarnya akan mempunyai kesihatan yang lebih bagus sekiranya anda memakan lebih banyak sayur berbanding daging. Walau bagaimanapun, aku ada dengar hujah-hujah daripada puak veganisme ekstrem mahupun PETA berkenaan manusia ini sebenarnya
-herbivor (pemakan tumbuh tumbuhan) semula jadi. Hujah hujah mereka ini agak meyakinkan. Contohnya, manusia tak mempunyai kuku tajam berbanding karnivor (pemakan daging) seperti harimau dan serigala. Manusia mempunyai taring tapi binatang herbivor lain pun mempunyai taring.
Sekiranya kita betul merupakan pemakan daging, kenapa usus kita lebih panjang berbanding haiwan karnivor? Selalunya herbivor sahaja yang mempunyai usus panjang. Bercakap tentang usus, takat asiditi perut manusia juga lebih rendah berbanding karnivor.
Bunyi macam menyakinkan, tapi bagi sesiapa yang berlatar belakangkan sains biologi, anda akan nampak benda ini hanyalah falasi.

Pertamanya, ya…memang benar manusia tak mempunyai taring yang banyak dan kuku tajam untuk mengoyakkan daging.
Namun, puak vegan ni lupa tentang punca utama kenapa kita tak berfizikal macam karnivor lain. Kesemua ni disebabkan oleh satu benda. Api dan alatan tajam. Berbanding haiwan lain, kita telah berevolusi untuk menggunakan api dan alatan tajam.
Dalam satu kajian, saintis ada buat ujian pemakanan kepada beberapa orang subjek ujian. Mereka diberi makan sayur kanji (ubi, jagung etc) dan daging di mana kedua-duanya tak dipotong, dihiris dan dan mentah.
Memang seketul macam tu. Kemudian, mereka diberi pula sayur kanji dan daging yang dipotong dan dimasak. Hasil kajian tersebut, saintis saintis berkenaan mendapati kita menggunakan tenaga yang sedikit semasa makan makanan yang dimasak dan dipotong berbanding berketul dan mentah.
Saintis tersebut juga mendapati rahang kita sememangnya telah berevolusi untuk memakan makanan yang disediakan sebegitu. Jadi, buat apa kita nak ada kuku tajam, rahang kuat etc kalau kita ada alat penyediaan makanan yang lebih efisien yakni api dan alatan tajam?
Keduanya, perihal perut dan usus. Haiwan karnivor mempunyai asid perut yang tinggi beserta usus yang pendek. Apabila takat keasidan tinggi, ditambah lagi dengan enzim perut yang banyak, maka daging serta tulang semua dapat dihadam.
Disebabkan daging haiwan ni cepat reput, maka ia perlu melalui perut dan usus karnivor dengan cepat. Kalau biar mereput lama-lama dalam system penghadaman, boleh jadi karnivor tu akan sakit.
Herbivor pula mempunyai asid perut yang rendah sebab depa bukan nak hadam daging dan tulang. Sistem penghadaman herbivor pula selalunya sama ada besar atau panjang sebab nak tapai tumbuh tumbuhan jadi benda yang boleh dihadam.
Kita pula ada perut dengan asid yang rendah dan usus yang panjang. Adakah ini menjadikan kita herbivor? Kalau bukan, kenapa keluarga monyet dan cimpanzi yang hampir serupa degan kita merupakan pemakan tegar tumbuh tumbuhan? Kenapa eh?
Senang sahaja. Seperti yang aku sebut di sebelum, api dan alatan tajam memudahkan penyediaan makanan. Buat apa kita nak ada asid kuat kalau daging tu dah terurai sewaktu kena masak?
Juga, bila dah kena masak, kuman-kuman yang asalnya ada pada daging semua mati, dan ini melambatkan proses kereputan daging dalam perut. Pasal usus panjang tu, ramai salah faham.
Ya, kalau nak banding karnivor, usus kita memang panjang, tapi kalau nak banding herbivor, usus kita pendek. Bila usus pendek, kita tak boleh nak tapai sayur jadi benda yang boleh dihadam.
Kalau nak banding daging dan sayur kanji, sayur biasa ni diperbuat daripada selulosa, sejenis gula. Selulosa, kanji dan lemak binatang bahan asas dia sama sahaja, gula. Namun, disebabkan susunan selulosa ni padat dan kukuh, maka susah nak hadam.
Gula dengan susunan paling lemah ialah kanji. Sebab itulah waktu kunyah nasi lama-lama, rasa manis akan muncul di lidah sebab air liur kita dah urai kanji jadi gula. Oh ya, kita ada benda unik pasal usus manusia.
Kita mempunyai hempedu dan enzim usus yang wujud khas untuk hadam dan urai lemak haiwan dan daging. Kalau kita ni asalnya herbivor, kenapa kita ada benda-benda ni? Kalau anda perasan, selalunya binatang herbivor selain keluarga roden (arnab dan tikus) ni perut dia gemuk.
Gemuk perut tu bukan sebab gemuk lemak, tapi gemuk sebab penuh usus. Pernah dengar kan tentang lembu ni ada 4 perut? Dia sebenarya bukan 4 perut, tapi 4 ruang besar perut khas untuk menapai rumput jadi gula.
Binatang seperti gorilla dan kuda pula ada usus yang panjang untuk buat benda yang sama. Binatang keluarga roden ni pelik sedikit. Mereka tak ada perut besar macam lembu, mahupun usus panjang macam kuda, tapi ada appendiks besar.
Walau bagaimanapun, itu sahaja tak cukup untuk tapai sayur jadi gula dan protein. Jadi, waktu malam, depa akan makan balik tahi mereka untuk proses kali kedua.
Uniknya tentang herbivor ni, tahi mereka mempunyai lebih banyak bakteria kalau nak banding kita dan karnivor sebab mereka ada hubungan simbiosis dengan mereka.
Seperti yang aku dah cakap sebelum ini, selulosa ni sangat payah untuk diurai, sekalipun kalau kita bagi enzim urai paling kuat dalam binatang tu. Jadi, herbivor ni sediakan ruang untuk bakteria pengurai selulosa ni tinggal dalam sistem penghadaman mereka.
Bakteria ni uraikan selulosa menjadi benda yang lagi senang nak urai dan sebagai balasan, haiwan herbivor ni sediakan tempat tinggal kepada mereka (perut, usus).
Kita pun sebenarnya ada hubungan simbiosis dengan bakteria macam herbivor.
Agak-agak kenapa kita digalakkan untuk memakan yogurt dan minum air kultur macam Vitagen, Yakult dan sebagainya? Ya, bakteria dalam minuman dan makanan tersebut berfungsi untuk bantu kita menghadam makanan denga berikan ekstrak nutrient lebih.
Bakteria pengurai selulosa ni pun sebenarnya wujud dalam usus kita, tapi disebabkan usus kita pendek, jadi tak banyak hasil yang dapat. Sebab tu kita tak boleh nak hadam sayur. Tipulah kalau anda tak pernah nampak biji cili dan tomato dalam tahi sendiri.
Jadi, manusia ni karnivor ke, herbivor ke, atau omnivore (pemakan tumbuh tumbuhan dan daging)? Sebelum kita sampai ke kemuncak persoalan ini, saya nak bercerita lebih tentang gaya pemakanan manusia. Tahukan anda bahawa kita sebenarnya boleh hidup dengan hanya memakan daging 100%.
Pada masa yang sama, memakan sayur dan sayur sahaja tanpa sebarang protein haiwan adalah merbahaya? Kita memerlukan 20 asid amino dalam badan tapi 9 daripada itu tak boleh disintesis oleh badan kita.

Cuba teka sumber mana paling senang nak dapat 9 asid amino ini? Daging haiwan.
Sebenarnya, ada sahaja sayur yang kaya dengan protein macam kekacang, tapi masih inferior kalau nak banding daging. Juga, produk tumbuh tumbuhan tak mempunyai vitamin B12. Vitamin ni cuma ada pada haiwan sahaja.
Oleh sebab itulah doctor dan pakar diet akan preskripsikan ubat supplement untuk mereka yang mengambil diet 100% tumbuh tumbuhan sahaja. Untuk elak masalah tak cukup zat.

Namun, jangan pula salah faham bila saya sebut tentang kita boleh hidup dengan memakan daging sahaja.
Bila saya sebut 100% daging, saya maksudkan kita kena makan sekali organ-organ binatang dan juga isi perut mereka. Tahi tahi semua tu. Habis tu, agak-agak dari mana haiwan karnivor ni semua dapat nutrient lebih?
Dengan memakan hati yang kaya vitamin dan isi perut yang ada selulosa yang terurai dan mineral mineral lain. Masalahnya, ada ke yang sanggup makan tahi ni?

Berkenaan diet pemakanan manusia, jawapan yang paling tepat ialah kita ni omnivor yang seimbang.
Berbanding haiwan herbivor lain, sisi herbivor kita lebih kepada granivore, yakni pemakan biji dan bijirin. Beras, gandum, jagung semua tu adalah biji dan bijirin. Produk bijirin ni diperbuat daripada kanji, jadi senang nak hadam.
Gaya pemakanan yang paling bagus bagi manusia ialah diet omnivor, tapi seperti yang saya sebut sebelum ini, boleh sahaja kalau nak hidup 100% daging atau sayur sayuran sahaja, cuma kena peka dengan kadar diet masing masing.
Nak jadi 100% karnivro kena makan isi perut tu semua dan kurangkan daging-daging tertentu. Nak jadi 100% vegan kena ambil supplement supplement tertentu.Terlebih daging boleh jadi racun, terlebih sayur dan kanji pun boleh jadi racun.
Kalau tak, macam mana boleh dapat diabetes, kan? Point utama di sini ialah kadar diet kita. The dose makes the poison. Hal ini juga merangkumi gaya pemakanan omnivor.
Gaya pemakanan bagi diet omnivore ialah segenggam kanji, sekepal daging dan separuh pinggan sayur sayuran. Ini yang paling optimum.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Ammar Akmal
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!