Profile picture
The Patriots @thepatriotsasia
, 27 tweets, 8 min read Read on Twitter
"Orang Malaysia Ada Keupayaan Menguasai Pelbagai Bahasa"
Ditulis oleh: Ayman Rashdan Wong

Ini adalah bebenang.
Silakan retweet dan like.

#MarcapadaDunia #Bahasa #Malaysia #Melayu #Jepun #Cina #Perancis #Languages #Indonesia #Tamil #Mandarin #Filipino #Nusantara #Asia
Orang Malaysia sebenarnya berpotensi besar untuk jadi "multilingual" (mahir 3-6 bahasa) malah boleh jadi "polyglot" atau "hyperglot" (mahir 10-20 bahasa).
Sebab kita dari kecil dah didedahkan kepada pelbagai bahasa dari rumpun etnik yang berbeza, otak kita lebih mudah adapt kepada bahasa asing berbanding warga negara lain. Lainlah kalau kau membesar di Canada atau Australia jadi kau hanya pandai bahasa Anglais saja.
Dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kita dah boleh menguasai Bahasa Indonesia.
Kalau dah pandai Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia, bolehlah kita nak perhalusi lagi penguasaan kita terhadap bahasa-bahasa serumpun lain seperti Basa Jawa, Baso Minangkabau atau Basa Sunda.
Lepas tu cuba kau orang belajar Bahasa Vietnam dan Bahasa Filipino (Tagalog) pula. Dua bahasa ni mempunyai tatabahasa yang hampir sama dengan Bahasa Melayu, dan dua bahasa ni pun guna tulisan Rumi (Latin), tak perlu pening nak hafal huruf baru.
Contohnya ayat Bahasa Vietnam "Malaysia là một quốc gia quân chủ lập hiến liên bang tại Đông Nam Á". Là = ialah, một = satu, quốc gia = negara, quân chủ = raja, lập hiến = berperlembagaan, liên bang = persekutuan, tại = di, Đông Nam Á = Asia Tenggara. Nampak?
Bahasa Thai susah sikit dari segi nak hafal huruf dia yang banyak dan berbelit-belit (42 konsonan dan 28 vokal) dan juga tatabahasa dia yang unik, tapi tak salah kalau nak try terutamanya ko orang Utara yang mungkin ada interaksi sikit-sikit dengan orang Siam.
Kalau ko rasa bahasa Asia Tenggara ni tak cukup class, dan ko pulak pandai Bahasa Inggeris, maka belajarlah bahasa-bahasa Eropah. Selalu orang nak belajar Perancis dahulu, konon élégant gitu.
Tapi sebenarnya Bahasa Jerman punya tatabahasa lagi dekat dengan Bahasa Inggeris, sebab kedua-dua dikategorikan sebagai "Germanic Languages", daripada rumpun yang sama.
Kalau larat, belajar Bahasa Belanda sekali sebab dah dekat sangat dengan Jerman. Kalau dah alang-alang belajar Perancis, belajar sekali Bahasa Itali dan Sepanyol, dan kalau larat, Portugis sekali.
Sebab keempat-empat ni "Romance Languages", dari segi kosa kata dan tatabahasa hampir sama.
Kalau ko bertuah dapat belajar Mandarin dari kecil, jangan melepaskan peluang belajar Bahasa Korea dan Jepun. Majoriti kosa kata Bahasa Korea dan Jepun berasal daripada Bahasa Cina, dan penutur Bahasa Cina ada kelebihan untuk menguasai tulisan Jepun bernama Kanji.
Tapi Bahasa Korea dan Jepun dari segi tatabahasa sangat sangat berbeza dengan Bahasa Cina, kadang-kadang penutur Bahasa Melayu lagi cepat nak tangkap berbanding penutur Bahasa Cina.
Kalau dah belajar Jepun, belajarlah Korea, kalau belajar Korea, belajarlah Jepun, sebab dua bahasa punya tatabahasa dah macam fotostat. Contohnya ayat "saya mau makan dedak", dalam Jepun jadi "私はふすまを食べたい" (watashi wa fusuma o tabetai)--
--dan dalam Korea jadi "나는 밀기울을 먹고 싶다" (naneun milgiul-eul meoggo sipda). Prinsip dia sama iaitu ayatnya susun mengikut [kata ganti nama] [kata nama] [kata kerja].
Malah fungsi は (wa) dan 은/는 (eun/neun), を dan 을/를 (eul/reul), dan たい (-tai) dan 고 싶다 (-go sipda) adalah sama.
Kalau ko mengaji dari kecil dan mempunyai asas yang kuat dalam Bahasa Arab, maka bolehlah menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa asing yang pertama untuk dipelajari.
Kalau dah boleh menguasai Arab, cubalah mencabar diri belajar Bahasa Hebrew pula. Bahasa Hebrew banyak berkongsi kosa kata dengan Arab sebab dua-dua pun "Semitic Languages", huruf mereka sepadan, "malik" (ملك) tu "melekh" (מלך) dalam Bahasa Hebrew, --
--"lisan" (لسان) pula jadi "lashon" (לשון). Dan dua-dua pun tak letak tanda baca, menjadikan dua bahasa ni bahasa yang paling mencabar.
Bahasa Turki pun satu pilihan yang bagus, mudah dipelajari. Cuma dia tak ada kaitan sangat dengan Bahasa Arab, tatabahasa pun lebih mirip Bahasa Korea dan Jepun.

Tengok dah berapa banyak bahasa yang kau orang boleh kuasai? Tinggal kau orang nak belajar atau tidak saja.
Kalau tak nak pergi kelas pun berlambak buku dan laman web, tutorial YouTube untuk kau orang belajar bahasa.
Tapi nak kuasai sesuatu bahasa sekadar hafal silibus tak cukup, kau orang kena "immerse" dalam bahasa itu dengan mengelilingi diri dengan bacaan dan hiburan dalam bahasa yang kau orang belajar.
Dalam 16 bahasa yang den belajar (yang betul-betul mahir cuma 6, yang lain masih dalam proses belajar), tak ada satu pun dari kalangan "Indic Languages" (Bahasa-bahasa India seperti Hindi, Punjabi, Tamil, Malayalam, Telugu, Bengali),--
--sebab den memang tak minat cerita Hindustan atau cerita Tamil, jadi tak ada dorongan untuk belajar.
Jadi soal yang paling penting ialah mengenalpasti bahasa apa yang kau oorang betul-betul minat, yang kau orang betul-betul selesa untuk bercakap dan dengar hari-hari, supaya kau orang boleh beristiqomah dalam proses pelajaran.
Atas permintaan ramai den bagi tips macam mana bermula untuk menguasai banyak bahasa, nanti kalau ada peluang den kongsi tips bagaimana nak belajar banyak bahasa secara serentak.

-Tamat-

Silakan retweet dan like

#Bahasa #Melayu #Malaysia #Jepun #Korea #Cina #Indonesia
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to The Patriots
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!