, 49 tweets, 9 min read Read on Twitter
Engkorang pernah terfikir tak apa akan jadi kalau empayar Turki Uthmaniyah tak join Perang Dunia Pertama?

(Thread alt history)
Semua ini bermula dengan perbualan aku dan member aku, FJ dan HE di pejabat TP pada lewat malam. Apa agaknya yang terjadi sekiranya Hitler bukan Hitler? Kalau ikutkan sejarah asal, kebanyakan saintis Jerman lari ke US dan akhirnya mewujudkan bom nuklear pertama di dunia.
Jadi, dunia Hitler bukan Hitler ni, bukan ke akan menyebabkan Jerman ada semua saintis mereka? Saksikanlah, Jerman uber alles! Saksikanlah, Jerman pemilik bom nuklear pertama dunia! Hurrah!
Kemudian, kami bincang lagi tentang ketentuan Soviet Union.
Ke mana hala tuju mereka pada zaman Perang Dunia Kedua? Tak lama selepas itu, aku terfikir, apa yang akan jadi kalau pada abad ke-6, seorang nabi Semitik berjaya satukan ketiga-tiga agama Ibrahim menjadi satu? Apa yang akan jadi pada perang salib?
Sebelum aku terus mara jauh ke dunia alternatif aku, ada baiknya aku mulakan dengan benda yang kurang ‘berat’. Perang Dunia Pertama tanpa Uthmaniah.

Disclaimer: Dunia alternatif aku ni tak semestinya 100% tepat.
Ia bergantung kepada naratif dunia aku sendiri. Kalau anda perasan, dapatan dunia alternatif bagi Turki Uthmaniyah ini adalah positif. Jangan risau, ini cuma artikel dunia alternatif pertama bagi banyak lagi artikel dunia alternatif yang aku nak tulis.
Sebelum kita mulakan, ada baiknya aku letakkan dahulu parameter terhadap dunia ini, supaya dunia ini ‘in line’ dengan hasil perbincangan kami bertiga.
Punca Perang:
Jadi, apa yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniah terlibat dan jatuh ke kancah perang ini? Serangan terhadap pelabuhan Russia di Laut Hitam. Kedua, pakatan ketenteraan dengan Jerman, Austria-Hungary dan Bulgaria.
Memandangkan kedua-dua asbab ini berpunca daripada tindakan gopoh Enver Pasha, maka parameter ketiga telah membatalkan perkara ini daripada berlaku.
Kesan-Kesan:

1.Tahun 1900-1908
Gerakan CUP ditubuhkan oleh golongan intelektual Turki Uthmaniyah. Gerakan ini diinspirasikan daripada kejayaan Jepun terhadap dasar Restorasi Meiji yang bukan sahaja maju tanpa membuang budaya mereka, bahkan juga dapat mengalahkan empayar Russia
- yang merupakan musuh Uthmaniyah. Berbanding dunia sebenar, putera Saabahaddin mengetuai pakatan terbesar dalam CUP, sekaligus menjadikannya de facto presiden CUP.
Oleh itu, revolusi/kudeta yang sepatutnya berlaku pada tahun 1913 telah dipinda dengan lebih awal, sekitar 1906-1908. Sultan Abdul Hamid II berjaya digulingkan oleh CUP dan fasa interregenum berlaku buat beberapa bulan sebelum ayahanda putera Saabahaddin, Mahmud Celaleddin Pasha
- naik takhta. Kuasa sultan telah dikurangkan menjadi raja berparlimen. Putera Saabahaddin menjadi wazir Uthmaniyah.

(Gambar Putera Saabahaddin)
Memandangkan di dunia sebenar, mereka ni merupakan penganut Muktazilah, maka aku jadikan mereka sebagai penganut fahaman rasionalis berdasarkan politik liberal. Reformasi politik mula dijalankan dengan menaiktaraf perkhidmatan awam seperti laluan keretapi,
-penubuhan parlimen serta menghapuskan kelas bangsawan secara sedikit demi sedikit. Hasilnya, infrastruktur dan struktur kerajaan semakin kuat dan pengaruh birokrasi bangsawan mula berkurang.
Ini secara tak langsung juga akan meredakan api revolusi pan-bangsa yang wujud dalam kerajaan Uthmaniyah pada tahun tersebut, sekaligus melambatkan perang Balkan yang sepatutnya berlaku pada tahun 1913.
1. Tahun 1908-1914

Kebarangkalian besar yang akan jadi ialah, kerajaan Turki Uthmaniyah akan membentuk satu pakatan neutral dengan seluruh kuasa-kuasa Eropah. Ini sekaligus akan mengelakkan Uthmaniyah daripada terikat dengan blok Kuasa Tengah dan Kuasa Tiga Entente.
Kalau ikutkan, Uthmaniyah sendiri berada dalam dilemma dalam memilih ‘kawan’. Mereka baik dengan British dan benci Russia dan Austria kerana musuh abadi sejak dulu, tapi pada masa yang sama, British mempunyai pakatan ketenteraan dengan Russia.
Nak taknak, mereka terpaksa buat pilihan untuk korbankan persahabatan mereka dengan empayar British. Dengan wujudnya pakatan neutral, kedua-dua pihak negara berperang akan mempunyai jumlah ‘ally’ yang kurang, dan perang akan berakhir pantas.
Melihatkan dasar Uthmaniyah yang pro-neutral, kapal perang yang dibeli mereka daripada empayar British telah diluluskan oleh Winston Churchill dan digerakkan ke Istanbul. Dengan berlakunya hal ini, Uthmaniyah takkan diheret langsung ke kancah perang.
Punca utama mereka diheret ialah penahahan kapal perang yang dibeli. Hal ini menyebabkan Jerman terus menghantar kapal perang milik Jerman kepada Uthmaniyah, sekaligus menjadikan Jerman sebagai ‘ally’ Uthmaniyah dan Enver Pasha mengarahkan kapal perang ini
-untuk menyerang kapal Russia. Kesemua hal ini mengheret Uthmaniyah ke Perang Dunia Pertama.

(Kapal perang Goeben milik Jerman yang sepatutnya menjadi milik Turki Uthmaniyah di dunia sebenar.)
Memandangkan perang dan pemberontakan tak banyak berlaku, empayar Turki Uthmaniyah telah menghantar ribuan pelajar ke Eropah bagi meneruskan pengajian tinggi, khususnya kejuruteraan mekanikal dan petroleum.
Empayar Turki Uthmaniyah mula menjalankan dasar pan-Uthmaniyah (penyatuan seluruh rakyat Uthmaniyah tanpa mengira bangsa).
Tahun 1914-1916 (Perang Dunia Pertama):

Archduke Franz Ferdinand telah ditembak mati oleh pengganas Serbia. Memandangkan Serbia merupakan ‘ally’ British, maka British mempertahankan Serbia. Jerman berpihak kepada Austria-Hungary, dan Russia-Perancis berpihak kepada British.
Maka, wujudlah pakatan Tiga Entente (British-Perancis-Russia) dan Kuasa Tengah (Jerman-Austria-Hungary). Empayar Turki Uthmaniyah kekal neutral.
Inflasi global berlaku. Harga barang keperluan asas menaik mendadak di negara-negara Eropah.
Hasil daripada kejayaan Revolusi Agrikultur Uthmaniyah pada tahun 1908, mereka dapat menghasilkan lebihan makanan dan dipasarkan kepada negara-negara Eropah, khususnya Austria-Hungary dan Russia.
Dek wujudnya lebihan makanan, Revolusi Bolshevik yang sepatutnya berlaku di Russia telah dilambatkan.

Para graduan kejuruteraan Uthmaniyah yang telah pulang daripada Eropah mula mencetuskan zaman Revolusi Industri Kedua di sini.
Kesemua daripada mereka dikumpulkan kepada beberapa kumpulan sebelum dihantar ke setiap wilayah Uthmaniyah. Kenderaan automobil mula digunakan secara meluas dan boom! Jackpot! Iraq dan Arabia, yakni kawasan Turki Uthmaniyah merupakan lubuk minyak.
Selepas beberapa tahun, empayar Turki Uthmaniyah kembali mengejar tangga menjadi kuasa dunia dek kemajuan industri petroleum.

(Kilang otomobil sewaktu IR 2.0)
Oleh kerana British tak berperang dengan Uthmaniyah, maka Lawrence of Arabia tak dihantar ke Arabia. Ini menyebabkan geng pemberontak Arabia gagal merampas kuasa daripada penguasa Uthmaniyah dan Arabia kekal menjadi kawasan Uthmaniyah.
Dengan keadaan ekonomi yang stabil, empayar Turki Uthmaniyah mula menghantar perisik ke Oman. Penggulingan kuasa berlaku di Oman (oleh perisik) dan seluruh Tanah Arab menjadi kawasan empayar Turki Uthmaniyah.
Empayar British mula mengesyaki Uthmaniyah sebagai dalang dan mula mengetatkan kawal terhadap Mesir, namun masih mengekalkan persahabatan dengan Turki Uthmaniyah. Ketiadaan Turki Uthmaniyah menyebabkan pihak Tiga Entente
-khususnya Russia, kurang tertekan dan perang habis awal dua tahun dari tarikh sepatutnya. Perjanjian Versailles ditandatangani pada tahun 1917 (sepatutnya 1919) dan wilayah Jerman serta Austria-Hungary dibahagikan. Wakil kerajaan Turki Uthmaniyah menjadi saksi.
4. Tahun Selepas Perang

Oleh kerana Enver Pasha mati dan triumvirate ‘Tiga Pasha’ tak wujud, genosid Armenia tak berlaku. Ditambah lagi dengan dasar pro-liberal dan pan-Uthmaniyah, pemberontakan di kesemua kawasan empayar Turki Uthmaniyah sama ada menjadi sedikit,
-ataupun berjaya ditumpaskan.

Oleh kerana Revolusi Industri Kedua telah berlaku di seluruh empayar, mereka kembali bangkit menjadi kuasa dunia. Seluruh hutang-hutang kerajaan Uthmaniyah naik ke paras stabil.
Malaysia dan Indonesia mula dihebohkan dengan khabar kejayaan empayar Jepun dan empayar Turki Uthmaniyah dalam bangkit daripada kedudukan yang hina. Semangat nasionalisme di sekitar Nusantara berpecah menjadi dua:
•Pro-bangsa seperti sekarang
•Pro Pan-Uthmaniyah
Demi menyahut seruan pro Pan-Uthmaniyah, sebuah blok Uthmaniyah (menggantikan OIC) telah diwujudkan. Negara Johor menjadi negeri Tanah Melayu yang pertama menganggotai blok Uthmaniyah, dek perkahwinan diplomatik oleh kesultanan Johor dengan kerabat Turki Uthmaniyah.
Disebabkan British tidak berperang dengan Turki Uthmaniyah, wilayah Palestin kekal menjadi wilayah Uthmaniyah. Orang Arab Palestin hidup aman dengan orang Yahudi Palestin. Ini juga menyebabkan peristiwa kekalahan Gallipoli oleh pihak British tak wujud, sekaligus menyebabkan
-Winston Churchill kekal bongkak, kerana ketiadaan peristiwa yang akan menyebabkan beliau untuk merendah diri.

Kemajuan teknologi empayar Turki Utmaniyah naik mendadak. Dalam masa beberapa tahun, mereka mula menghasilkan kenderaan automobil sendiri sehinggakan gelaran ‘ottoman’
- tidak lagi merujuk kepada kusyen, bahkan juga terhadap kereta. Dalam fasa ini, beberapa saintis kimia Turki Uthmaniyah memenangi Hadiah Nobel. Situasi Perang Dunia Pertama telah menguntungkan Turki Uthmaniyah dek hasil ekonomi berasaskan perang.
Hal ini bertepatan dengan frasa ‘pemenang perang bukanlah yang memenangi perang, tapi mereka yang berada di sebalik tabir perang’. Teknologi berasaskan perang seperti kejuruteraan mekanikal dan petroleum bagi Turki Uthmaniyah adalah
-yang terbaik dan negara-negara lain mula menghantar pelajar mereka ke Istanbul untuk belajar teknologi-teknologi tersebut.
Sorry, kurang rujukan sebab thread/artikel ni lebih kepada imaginasi. Ini pun aku rasa macam tak cukup realistik lagi. Cepat sangat majunya hmm.
Just as a sneak peek, inilah hasil perbincangan aku, FJ dan HE. Ni ialah ‘plotcloud’ alt history empayar Rom Ketiga sebelum WW3. Yang gambar kedua tu calculation aku pasal pengganti senjata nuklear, Accelerated Tungsten Gravitational bomb a.k.a Orbital Bomb waktu tu.
Sneak peak kedua: Gambar aku dan member aku, Ayman Rasydan Wong, (Dunia Tanpa Tembok, geopolitik), @zamirmohyedin (twitpemes fizik dan psikologi) dan gambar kedua, dengan FJ (Malaysia Military Power). Hiraukan pic 1 tengkolok salah pakai. GG.
Oh ya, di sini aku nak mengambil kesempatan untuk memohon maaf di atas kesulitan pada artikel unit 731. Pertamanya, aku terguna perkataan Japs di sini dan terlupa itu ialah racial slur. Selalunya kalau dekat fb, aku edit balik tapi twitter tak boleh.
Kalau delete, takut lari konteks so terpaksa biarkan. Keduanya, aku tengok ada yang bimbang bila tengok ramai ingat aku generalize orang Jepun. Fear not, ni bukan artikel pertama aku pasal war atrocities. Aku akan masukan banyak lagi cerita macam kekejaman Stalin,Pol Pot, US etc.
Aku cuma nak tunjuk manusia ni sebenarnya sangat kompleks, bukan nak sembang pasal bangsa X dan Y bangsat. Point utama di sini ialah apa yang kita oleh belajar dari sejarah, sebab aku tengok ramai komplen sejarah ni boring, hence my approach.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Ammar Akmal
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls (>4 tweets) are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!