PESAKIT MENTAL KENA SOLAT KE?

"LAA.. AKU KAN GILA. TAKYAH SOLAT DAHH"
.
Once during our Psychiatry posting.

Me : "Bang, abg tahu macam mana abg dpt jadi nabi?"

#Ibadah
#MentalHealth
This 30-ish years old patient was admitted after having a quarrel with his family members and was later diagnosed with substance-induced psychosis. Lupa dia ambik street drugs apa.
During my interview, dia kata dia dpt 'petunjuk' yg some of his family members ni munafik and he has to kill them.
Dari mana hukum and dalil kena bunuh org munafik tak tahu la 😅. Dia cakap dia byk kali dah dpt dgr 'petunjuk' ni. Sbb dia nabi.

He claimed to be laa.
So long story short,

Me: "Bang, abg tahu mcm mana abg dpt jd nabi?"

Patient : "Aku dpt petunjuk. Sbb tu aku tahu aku nabi"

Me :"Oo.. Mesti ibadat abg kuat ni kan. Tu yg 'special' tu"

Pt :"Laa.. Aku kan gila. Allah dah jamin aku Syurga. Takyah solat dah"

Laahh gitu pulakkk😅
Well, that was just a small part of my interview. At that time, he might be right. He was undergoing treatment for his condition.

Mungkin pada ketika itu, beliau masih belum waras. Therefore, it is not permissible for him to pray at that time.
So, what I would like to talk about now is, Solat Dalam Kalangan Pesakit Mental. Isu yang mungkin ramai antara kita terlepas pandang.

Kita semua tahu, syarat sah dan wajib solat ialah:

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal (waras)
4. Suci Dari Hadas
Jadi soalnya, apakah hukum solat dan ibadah-ibadah wajib yg lain bagi pesakit mental?
Terdapat pelbagai penyakit mental yang wujud.

Dan sebagaimana juga penyakit-penyakit fizikal yang lain, penyakit mental juga mempunyai tahap  dan severity yang berbeza-beza.
Perlu difahami, bukan semua penyakit gangguan mental ini dikira sebagai hilang kewarasan. Terdapat 3 kategori utama penyakit-penyakit mental ini diklasifikasikan.

1. Neurosis
2. Personality disorder
3. Psychosis
Penyakit Neurosis seperti depression dan anxiety lazimnya mengalami perubahan&gangguan di dlm pemikiran, perasaan&kelakuan TANPA menjejaskan kewarasan.

Individu yg mengalami penyakit neurosis selalunya sedar akan keadaan kesihatan mereka. Fungsi harian mungkin terganggu sedikit.
Personality disorder secara asasnya kecelaruan ini membuat seseorang itu mengalami kecacatan perwatakan atau karakter.

Mungkin tidak menjejaskan kewarasan dan pertimbangan akal.
Penyakit-penyakit Psychosis pula seperti Schizophrenia, Bipolar Disorder dan Substance-induced Psychosis, mereka yang lazimnya mengalami perubahan yang amat ketara di dalam pemikiran, perasaan dan tingkah laku mereka.

Kewarasan mereka juga terjejas.
Namun, ia bukan perkara yang boleh dipukul sama rata.

Seperti yang saya katakan awal tadi, setiap pesakit mempunyai tahap dan severity yang berbeza-beza.
Bukan semua penghidap Schizophrenia dan Bipolar Disorder ini tidak waras.

Ada yang setelah dirawat, symptom-symptom mereka dapat dikawal dan mereka waras.

It varies from patient to patient.
Berakal merupakan salah satu syarat wajib bagi solat kerana hukum-hukum syara’ berkait rapat dengan akal.

Untuk itu, tidak wajib solat bagi orang yang gila, pengsan, mabuk dan seumpamanya kerana pada waktu itu akal mereka telah hilang.
Ini dinyatakan di dlm sebuah hadith yg diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Telah diangkat pena dr 3 golongan: drpd org yg tidur sehingga dia bangun, drpd bayi sehingga dia baligh & drpd orang gila sehingga dia sedar”. HR Abu Daud (4403)
Para ulama’ mengqiyaskan setiap orang yang hilang akal mereka dengan orang yang gila samada dalam tempoh masa yang sekejap atau lama.
Jika ia sembuh dan berbaki masa untuknya solat (bertakbir) maka wajib baginya solat.

Akan tetapi, tidak wajib dia mengqadha’kan solat dalam tempoh tersebut (hilang akal).
Bagi pesakit mental, apabila telah kembali kewarasan dan pertimbangan akal kepada dirinya, maka seseorang itu wajib melakukan ibadat-ibadat wajib seperti sediakala.
Kita perlu faham, penghidap penyakit mental ini bukan hilang kewarasan sepanjang masa.

Lalu, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan ibadat-ibadat yg wajib ke atas mereka.
Penyakit mental bukanlah masalah iman semata-mata. Ia perlu dirawat sebagaimana penyakit-penyakit fizikal yang lain.

Namun ibadat tetap adalah pelengkap bagi rawatan holistik terhadap penyakit-penyakit mental ini.

Sama sahaja seperti penyakit-penyakit fizikal yang lain.
Solat itu tiang agama. Asas agama Islam.

Mana mungkin lengkap keperibadian seorang Muslim sekiranya kita mengabaikannya sedangkan kita mampu, waras dan mukallaf.
Akhir kata, semoga Allah SWT menyembuhkan penyakit pesakit berkenaan serta mengurniakan kita semua kesihatan yang baik agar dapat kita meneruskan amal ibadah seharian dengan sempurna.

Amin.
REFERENCES:

1. myhealth.gov.my/penyakit-menta…

2. muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-…

3. Diagnostic and statistical manual of mental disorders (DSM) (5th ed.)
Sekiranya ada kesalahan, mohon perbetulkan saya. Jzkk 😊
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to محمد ﺫوالحسني
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!