Profile picture
, 49 tweets, 13 min read Read on Twitter
Menjawab syubhah hadis Saidina Abu Bakar RA yang berkata "Hisap kemaluan Al-Lat !!"

Ini adalah thread
Syubhah kali ini sekali lagi dibawa oleh seorang Ex-Muslim iaitu @nirallah. Dia membawakan hadis ini lalu mendatangkan konklusi di akhir thread bahawa "Islam bukan tentang memartabatkan etika & tatasusila"
Kalian boleh membaca threadnya dengan lebih lanjut & nilaikan sendiri :-

Sebelum saya lupa, kalian perlu tanam dalam kepala bahawa Ex-Muslim ini mendapat 'kepujian' & 'sanjungan' yang tinggi daripada @napiez dan @FemMuzzammil, seperti yang kalian boleh lihat di bawah :-
In sya Allah dalam thread kali ini, kita akan sama-sama explore 'tesis' yang datang daripada 'scholar' ini. Moga-moga tulisan saya ini bermanfaat buat semua.
Hadis yang disebutkan adalah sangat panjang, in sya Allah saya nyatakan versi penuh di akhir thread. Tapi sementara ini, cukuplah saya mengehadkan perbincangan dengan mengambil sepotong daripada hadis itu seperti di bawah :-
Saya akan bahagikan argumen saya kepada dua bahagian, seperti berikut :-

1- @nirallah telah mengabaikan konteks hadis

2 - Metodologi @nirallah yang tidak konsisten & rujukan yang menghampakan
-Bahagian 1-

@nirallah membawakan hadis ini lalu membuat klaim "That surely doesn't sound like a 'rightly-guided' person"
Di sini saya sangat hairan. Kenapa @nirallah tidak berlaku jujur dengan menerangkan konteks sebenar situasi yang berlaku dalam hadis? Kenapa dia tidak menerangkan sebab utama Saidina Abu Bakar menyebut ungkapan seperti itu?
Kita harus tahu bahawa Saidina Abu Bakar bukanlah sewenang-wenangnya mengungkapkan perkataan itu sesuka hati. Beliau tidak pergi jumpa Non-muslim lalu main sebut sahaja kata-kata celaan seperti itu.

Mesti beliau ada sebabnya.
Apa sebabnya?

Sebab utama Saidina Abu Bakar RA berbuat demikian adalah untuk membalas penghinaan yang dilemparkan oleh wakil kaum Musyrikin, iaitu 'Urwah ibn Mas'ud, sebab dia menghina nabi ﷺ dengan berkata bahawa sahabat baginda pengecut & akan meninggalkan sisi baginda ﷺ.
Untuk memberikan sedikit konteks, peristiwa ini sebenarnya berlaku pada saat Perjanjian Hudaibiyah, di mana kaum Muslimin telah musafir jauh menuju ke Mekah tanpa membawa kelengkapan perang, dengan harapan untuk menunaikan ibadah 'Umrah.
Tapi apakan daya, kaum Musyrikin enggan membenarkan mereka masuk pada tahun tersebut, lalu membuat perjanjian dengan baginda ﷺ agar mereka boleh memasuki kota Mekah bermula pada tahun berikutnya.
Sewaktu rundingan berlaku, pada saat itulah 'Urwah ibn Mas'ud menuduh nabi ﷺ hendak membunuh kaumnya sendiri, suatu hal yang tidak pernah dilakukan oleh orang Arab sebelum baginda. Kemudian dia menghina sahabat nabi sebagai pengecut & bakal meninggalkan baginda.
Imam Ibn Hajar Al-Asqalani memberikan komen tentang sebab Saidina Abu Bakar mencela 'Urwah. Kata beliau :-
Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah juga memberikan komen terhadap hadis ini. Kata beliau :-

"Kata2 Abu Bakar terhadap 'Urwah menunjukkan keharusan untuk menyebut nama kemaluan secara terang-terangan, jika ada kemaslahatan yang dikehendaki.."

[End quote dari Kitab Zaad Al-Ma'ad 3/305]
Bagi saya, ini merupakan reaksi yang sangat natural apabila manusia berasa amat marah kerana melihat tokoh idola mereka dilemparkan dengan kata2 hina. Siapa sahaja tidak akan bangun lalu mempertahankan tokoh mereka apabila mereka diperlekehkan begitu sahaja.
Hari ini, kalau orang melabel artis K-pop sebagai 'biasa2 sahaja' pun akan dianggap sebagai suatu penghinaan oleh para peminat K-pop. Inikan pula baginda Rasulullah ﷺ yang dilemparkan penghinaan sebegitu rendah, takkan tidak menimbulkan kemarahan?
Sebelum saya ke bahagian selanjutnya, saya nak tegaskan sekali lagi bahawa ungkapan "Hisap kemaluan fulanah" ini merupakan ungkapan uruf atau kebiasaan orang Arab pada zaman tersebut bagi melemparkan celaan kepada orang lain, sebagaimana kata Imam Ibn Hajar sebentar tadi.
Hal ini juga dipersetujui oleh seorang sarjana iaitu Edward William Lane yang menyatakan :-

"(امصص بظر فلانة) A proverb of the
" Arabs

[End quote dari Arabic-English Lexicon, Jilid 1, m/s 222]
Juga dinyatakan oleh Al-'Ayni (wafat 855 H) :-

"Dan Ibn at-Tin berkata : Orang Arab menyebut kalimah ini sebagai penghinaan & label kejahatan, namun mrk menyebut sbg 'kemaluan ibu' sedangkan Abu Bakar menyebut Al-Lat..."

[End quote dari Umdat al-Qari Syarah Sahih Bukhari 14/10]
Dengan kata lain, laras bahasa seperti ini mungkin kurang sesuai jika diungkapkan oleh warga non-Arab. Kerana mereka mempunyai standard & lenggok bahasa yang berbeza dengan orang Arab. Nak kata di sini, situasi ini perlu dianalisa dengan mengambil kira uruf setempat.
"Adakah setiap kali dihina, kita perlu membalas penghinaan tersebut?"

Tidak. Kita boleh mengambil sikap untuk bersabar & berdiam diri. Tetapi jika dilemparkan dengan penghinaan sebegitu teruk (seperti dalam hadis), maka dalam kes terpencil seperti ini adalah dibolehkan.
Allah SWT berfirman :-

"Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal, tetapi barangsiapa memaafkan & berbuat baik, maka pahalanya daripada Allah. Sesungguhnya, Dia tidak menyukai orang zalim"
"Tetapi orang yang membela diri setelah dizalimi, tidak ada alasan untuk menyalahkan mereka"

[Surah As-Syura, Surah ke-42, ayat 40-41]
-Bahagian 2-

Kali ini saya nak huraikan serba serbi tentang metodologi yang digunakan oleh 'scholar' ini. Pada hemat saya, nampaknya dia tidak konsisten dalam penilaian dia terhadap sesebuah hadis.
Kalau seseorang menganalisa hadis ini dengan membaca komentar oleh Imam Ibn Hajar Al-'Asqalani, sepatutnya jawapan di situ telah mencukupi.
Hal ini kerana Imam Ibn Hajar telah menyatakan dua aspek berkaitan hadis ini, iaitu (1) Ungkapan "Hisap kemaluan fulanah" merupakan kalam yang biasa diucapkan oleh orang Arab, dan (2) beliau menyatakan konteks atau sebab utama Saidina Abu Bakar mengucap kata-kata sedemikian.
Sebelum ini, @nirallah pernah merujuk kitab Fath Al-Bari semasa menguraikan hadis tentang Sungai-sungai Syurga. Saya sertakan di sini thread tersebut (dan saya pun telah menjawabnya, boleh rujuk pin tweet) :-

Tetapi kali ini, kenapa dia tidak merujuk kitab Fath Al-Bari? Kenapa dalam hadis sebelum ini kitab tersebut dijadikan rujukan, sedangkan dalam kes hadis ini, dia tidak merujuk pula?
Saya bukan bersangka buruk, tapi pada fikiran saya, nampaknya 'scholar' ini agak takut dengan kebenaran. Kalau naratif ulama itu memenuhi kehendak dia, baru hendak dirujuk. Kalau tidak memenuhi citarasa, maka diabaikan & maklumat tidak dikongsi.
Di sini, nampak jelas bahawa metodologi penilaian hadis @nirallah adalah tidak konsisten. Mana-mana pelajar agama takkan tidak tahu bahawa untuk mengetahui syarah hadis Bukhari, kebiasaannya kitab Fath Al-Bari akan menjadi rujukan utama.
Kedua, rujukan @nirallah.

Hal ini paling menyedihkan saya. Dalam thread, dia ada sertakan link video di mana saya perhatikan dengan hemat sekali. Boleh lihat gambar berikut :-
Apabila buka sahaja link itu, saya sangat terkejut untuk melihat David Wood, padahal mana-mana pengkaji agama tahu, 'tokoh' ini merupakan penentang & pembenci Islam yang tersohor sekali. Takkan nak dijadikan rujukan?
Katakan saya hendak bercakap tentang kejahatan kaum Yahudi, kemudian saya quote Adolf Hitler sebagai autoriti saya. Mungkin kalian akan mengatakan bahawa saya ini bingung ataupun gila.

Kedua-dua quality ini nampaknya ada pada nirallah
Saya dah perhatikan video-video David Wood sejak sekian lama dengan penuh cermat, dan hanya ada satu konklusi sahaja yang boleh saya rumuskan tentang 'tokoh' ini, iaitu, dia sering menabur fitnah & dusta tentang agama Islam.
Cukuplah saya bawakan dua potong video dia bawah, dan kalian nilaikan sendiri. Ini fitnah dia terhadap Nabi Muhammad ﷺ :-
Ini satu lagi potongan video David Wood :-
Daripada potongan video tersebut, pandai-pandailah kalian membuat penilaian. Adakah David Wood merupakan autoriti yang objektif & adil, atau dia sering menabur fitnah terhadap Islam?
By the way, video penuh tersebut ada di sini :-



Di sini saya nak tekankan, kalau hujah dibina atas sumber atau autoriti yang sering menabur fitnah, hujah tersebut tertolak secara automatik. Tapi tak sangka nirallah sanggup menggunakan David Wood sebagai sumbernya.
Tapi apakan daya, orang akan fikir bahawa sumber itu adalah bagus sekali. Bak kata @napiez & juga @FemMuzzammil, dia merupakan 'scholar' & tulisan dia adalah seperti 'tesis'.
Dan kalaulah orang-orang 'hebat' seperti ini pun boleh terpedaya dengan tulisan murahan oleh Ex-Muslim ini, apatah lagi orang lain?
Akhir kalam, saya titipkan di sini sepotong ayat Al-Quran :-

"Dan katakanlah : Yang benar telah datang & yang batil telah hancur. Sesungguhnya, yang batil itu adalah sesuatu yang pasti hancur"

[Surah al-Isra, Surah ke-17, ayat ke-81]
Wallahua'lam,

Moga-moga tulisan saya ini bermanfaat buat semua
Seperti dijanjikan, hadis sahih Bukhari yang dibincangkan, ini versi penuh :-
Terjemahannya :-
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to X Guy
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!