Profile picture
, 16 tweets, 3 min read Read on Twitter
Ya Allah, berbeza pandangan pun dilabelkan sebagai "rosak habis agama"? Tidak hairanlah sesetengah individu Muslim sukar mencapai kemajuan, disebabkan pemikiran kolot bagaikan katak bawah tempurung ini.

Ini adalah thread
Jawapan Fynn Jamal tersebut masih dalam ruang lingkup mazhab yang boleh diterima pakai. Disebutkan oleh Imam Abu Ishaq Ibrahim As-Syairazi dalam kitab Al-Muhazzab, ada dua pandangan dalam kes makmum tidak sempat membaca Al-Fatihah di belakang Imam.

[rujuk Al-Majmu' 4/109]
"Salah satunya adalah makmum lantas ruku' & meninggalkan bacaan kerana mengikuti imam adalah sangat diperintahkan. Oleh kerana itu, kalau dia mendapati imam telah ruku' maka gugur baginya kewajipan membaca Fatihah"
Pendapat pertama ini adalah bersandarkan hadis ; "Dijadikan Imam untuk diikuti. Apabila dia ruku' maka ruku'lah. Dan apabila dia i'tidal maka i'tidal-lah.."

[Sahih Bukhari no. 1236, 1113 & Sahih Muslim no. 412]
"Adapun pendapat yang kedua, dia harus menyempurnakan Fatihah kerana dia telah mula membaca sebahagiannya. Maka dia harus menyempurnakannya"

[End quote dari Majmu' Syarah Al-Muhazzab 4/109]
Pandangan kedua ini berdasarkan dalil "Tidak ada solat bagi sesiapa yang tidak membaca Fatihatul Kitab"

[Sahih Bukhari no. 756]
Memang dalam kes ni, dua pandangan wujud. Kemudian sesetengah ulama memberi guideline bahawa jikalau makmum menghabiskan juga bacaan Fatihah, maka boleh melewatkan beberapa rukun solat dengan Imam.
Ada yang sebut boleh melewatkan dua rukun besar, ada yang sebut tiga rukun besar, ada yang khilaf sama ada i'tidal dikira atau tidak sebagai rukun besar, macam-macam. Perincian dalam kes ini agak kompleks.
Tapi pokoknya, jikalau ada orang pegang pada pendapat boleh sahaja ruku' jikalau tidak sempat membaca Fatihah, tidak perlulah sampai kita nak label dia sebagai "rosak habis agama". Apa benda lah, saya fikir penuntut ilmu tidak serendah itu adab mereka.
Bahkan, kalau kita perhalusi pendapat dalam mazhab lain, umpamanya mazhab Hanafi, anda akan ketemukan pandangan yang lebih janggal iaitu mereka berpendapat bahawa Surah Fatihah langsung tidak perlu dibaca, bahkan makruh tahrimi.

[Anwar al-Bayan, jilid 4, muka surat 101-103]
Imam Ibn Kasir menyebutkan bahawa :-

"Imam Abu Hanifah & murid-muridnya serta As-Tsauri & Al-Auza'i mengatakan bahawa membaca Fatihah bukan merupakan suatu ketentuan. Bahkan jika seseorg membaca surah lain sudah dianggap mencukupi"

[Tafsir Ibn Kasir, Jilid 1, m/s 165]
Mereka bersandarkan hadis (namun statusnya lemah) bahawa "Barangsiapa solat dengan Imam maka bacaan Imam adalah bacaannya". (Musnad Imam Ahmad, hadis daripada Jabir bin Abdullah, no. 14685, Jilid 3, m/s 339)
Persoalan saya di sini; kalau kita label pendapat yg dipegang Fynn Jamal sbg "rosak habis agama", apa kita nak sebut kalau mazhab Hanafi yg menghukumkan bhw bacaan Fatihah langsung tdk perlu dibaca oleh makmum. Jangankan tak sempat, baca pun tak payah.

Naka kata sesat, begitu?
Bagi saya inilah kebiadapan seseorang yang kurang pengetahuan ilmu-nya. Mereka lebih lajak daripada laju. Hanya kerana orang melontarkan pandangan berbeza dengan mazhab yang dipegangnya, terus nak dilabel "rosak habis agama"
Cukup-cukupla label orang sebegini. Please la, luaskan sedikit bacaan tu agar badan tidak menanggung kejahilan diri sendiri. Dan ketahuilah, kebenaran tidak hanya terhimpun dalam satu mazhab sahaja.

Wallahua'lam
Alhamdulillah, akhirnya empunya badan delete juga tweet tersebut. Moga-moga Allah merahmati niat baik beliau untuk sudi membetulkan kesilapan dirinya, Ameen.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to X Guy
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!