, 38 tweets, 7 min read Read on Twitter
LETAK PENAMA KWSP BUKANNYA PEMILIK & PENERIMA MUTLAK 100%

Dua tiga hari ni saya dok sembang dengan kawan-kawan tentang topik penerima KWSP.

Rupa-rupanya ramai antara kita tak letak penama untuk KWSP. Dikalangan yang letak penama, ramai antara depa yang tak faham tentang PENAMA
Untuk orang Islam, tahukah hampa apabila kita letak penama KWSP tu, penama tersebut hanya bertindak sebagai PEMEGANG AMANAH, PENTADBIR atau WASI dan BUKANLAH PENERIMA MUTLAK 100% duit dalam akaun KWSP kita?

Ya.. penama tu hanya sebagai administrator je. Bukannya pemilik
Apabila kita meninggal dunia, duit simpanan KWSP dikategorikan sebagai harta pusaka kecil dan pembahagiannya tertakluk kepada hukum faraid.

Whattt? Kena ikut faraid?

Ada kawan-kawan saya komen macam ni :

Kawan 1 : Mana boleh. Terpulang pada aku la nak letak & bagi kat sapa.
Sambungan..

Duit KWSP tu duit hasil titik peluh aku. Aku berhak nak bagi 50% kat bini atau anak-anak walaupun mak ayah layak tuntut. Suka hati aku

Kawan 2 : Tak boleh. Saya nak bagi kat isteri 100% tanpa perlu faraid. Tu keputusan saya. Depa kena respect apa yang saya tentukan
Kawan 3 : Ni semua taktik kerajaan untuk cekau duit kita. Depa nk guna duit kita untuk rolling itu ini.

Apa yang saya jawap, ni semua bukannya hukum manusia tapi adalah hukum yang Allah tetapkan.

Mai kita tengok fatwa yang diputuskan
Pada 19 September 2000 Kali Ke-49 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia adalah :

1) Wang KWSP & wang simpanan adalah harta pusaka yang mesti dibahagi mengikut hukum faraid.

2) Penama KWSP adalah wasi / pentadbir harta.
3) Penama hendaklah membahagikan wang KWSP mengikut hukum faraid.

4) Muktamat.

Apa apa pun kita tak boleh nak argue sebab fatwa ni dah diputuskan melainkan ada fatwa yang baru dikeluarkan. So penama KWSP adalah Wasi dan bukannya Hibah.

Clear?
eh, bukan ke kalau dah kahwin, isteri boleh tuntut akaun KWSP ni sebagai harta sepencarian kan?

Hukum menjadikan caruman KWSP sebagai harta sepencarian pada 22 Februari 2005, Kali Ke-67 – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
telah memutuskan bahawa wang caruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian dan menetapkan wang tersebut sebagai harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut hukum faraid.

Then, macam mana? Pening dah ni
Maknanya, pemegang amanah ni (let say letak nama isteri je) berperanan untuk bahagikan duit simpanan KWSP kita kepada penerima faraid yang layak contohnya

mak 1/6 bahagian,
ayah 1/6 bahagian,
isteri 1/8 bahagian,
anak lelaki 2 bahagian (13/36) dan anak perempuan 1 bahagian (13/72)

Fuhhh banyaknya kena bahagikan ni 😥

Ni semua pemegang amanah kena tahu. Duit tu bukannya milik dia walaupun dia dpt duit tu 100% ke dlm akaun dia. Dia kena agihkan duit tu ikut bahagian hak
Mai tengok situasi ni :

Duit dalam akaun KWSP arwah suami sebanyak RM100,000. Ikut pengiraan pembahagian hak faraid tweet sebelum ni

1) hak mak RM16,666
2) hak ayah RM16,666
3) hak isteri RM12,500
4) hak anak lelaki RM36,111
5) hak anak perempuan RM18,055
So Bahagian mak dan ayah yang WAJIB untuk kita bagi adalah RM33,333!

Jangan kata out of RM100k tu semua duit kita tau. Ni duit Bahagian hak mak dan ayah. Jangan sesekali makan dan ambik hak orang lain.

Apa hukumnya? Sendiri paham la
Tak adil? Adil ke tak, tu hukum Allah SWT.

Ada sebab Allah SWT tetapkan hukum dan pembahagian faraid ni untuk Bahagian mak dan ayah.

Secara peribadi, saya sebagai parents beranggapan bahawa bahagian mak dan ayah ni kena Wajib diberi sebab depa bela kita dari sejak dalam perut
Mak mengandungkan kita 9 bulan, ayah bela kita bagi makan dari hasil keringat dia. Lepas tu belajar, dapat kerja dan kenal dengan suami/isteri kita

Masa tu, kita kenal dia seorang yg hebat dan bekerjaya. Tak kenal dan taktau masa susah senang mak ayah dia. Kan?
So, bagila sikit imbuhan untuk depa sebagai balasan. Duit ni tak boleh ganti kehilangan anak. Tapi sekurang-kurangnya ada sikit untuk bahagian depa.

Tu apa yang saya fikirkan mengikut pendapat saya la.
Faraid ni Hukum Allah, bukannya hukum manusia buat.

Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid.
Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah.
Pembahagian harta pusaka menurut kaedah dan pelaksanaan Islam adalah suatu pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana ALLAH sebagai pencipta manusia mengetahui dimana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia itu.

Wallahualam
So, saya sebagai seorang konsultan Takaful berperanan untuk beri cadangan bagaimana untuk memastikan duit dalam akaun KWSP tu jadi hak kepada suami/isteri.

Saya tak boleh tukar sistem. Tapi saya boleh bagi cara alternatif untuk ganti Bahagian hak mak & ayah dengan Takaful
Di Zurich Takaful, kami ada sebuah pelan Hibah yang boleh digunakan untuk gantikan Bahagian hak mak dan ayah.

Hibah ni adalah hibah bersyarat.

Jika peserta (suami/isteri) meninggal dunia, Pampasan takaful akan jadi hak 100% si penama hibah tanpa perlu ikut faraid
Pampasan dari Zurich Takaful akan terus masuk ke dalam akaun penerima hibah 100% tanpa perlu proses faraid.

So, apabila penerima hibah dah dapat duit pampasan kematian tadi tu (contohnya RM100k) gunakanlah duit ni untuk tebus hak Bahagian mak & ayah tadi
Jika pampasan kematian dari pelan hibah Zurich Takaful sebanyak RM100,000, bahagian mak dan ayah untuk akaun KWSP adalah RM33,333, masih lagi ada baki RM66,667. Duit tu boleh guna untuk pelbagai urusan lain.

Duit pampasan dari Zurich Takaful ni boleh digunakan sebagai modal
Yela, hibah takaful guna sbg modal untuk buat ganti Bahagian hak faraid.

Kalau tak ada duit dari pampasan hibah Zurich Takaful ni, kat mana waris nak cari RM33,333 untuk bahagian hak mak & ayah?

Nampaknya kena redha la isteri hanya dapat RM66,667 drpd jumlah RM100,000
Selalunya waris yakni isteri harap dapat semua duit dlm akaun KWSP suami sebab nak teruskan hidup macam biasa. Kalau ada anak, nak tanggung anak

Anggaran duit dalam akaun KWSP tu hanya jumlah keseluruhan tak termasuk tolak hutang yang ada.
Kalau tak ada sumber lain, kebanyakan orang guna duit akaun KWSP la nak bayar hutang-piutang si mati.

Persoalannya kalau hutang banyak, tut tut lepas clear semua hutang baki daripada duit akaun KWSP arwah hanya tinggal RM 10k macam mana?

Haaa RM10k tu pun KENA FARAID
Maka.. tinggal la berapa duit je untuk isteri dan anak-anak arwah. Nampaknya, anak yatim tu kena hidup susah la sebab bapa dia tak tinggalkan duit yang cukup untuk depa teruskan hidup macam biasa

Bab ni jangan main-main
Semasa hayat, bapa je yang tanggung segalanya dari A sampai Z. Mak seorang ibu tunggal. Bila bapa meninggal, ibu harap duit KWSP je utk terus hidup. Tengok-tengok, lepas tolak hutang hanya RM10,000

Ni terjadi dlm realiti kehidupan
Si bapa dah arwah. Dah duduk dlm kubur tak rasa semua kesusahan tu. Tapi yg masih hidup atas muka bumi ni isteri dan anak-anak hidup dlm kesusahan dan meminta minta.

Dimana tanggungjawab seorang suami, ayah dan ketua keluarga?

Dalam konteks KWSP ni pun dah rasa berat. Pening
Tu tak termasuk lagi dengan pelbagai urusan contohnya nak ke AmanahRaya, nak dapatkan surat kuasa mentadbir, nak dapatkan sijil faraid dan kalau rumit dan complicated kena buat tuntutan harta sepencarian 😥

Ni la yang menyebabkan banyak perkara pending bila suami meninggal dunia
Rumusannya sebagai seorang konsultan takaful saya memang recommend sangat sangat untuk galakkan semua suami dan ketua keluarga untuk ambik sekurang-kurangnya sebuah plan hibah takaful dan hibahkan 100% kepada isteri semua.

Tak perlu ambik manfaat tambahan yang canggih2.
Cukup sekadar ambil manfaat pampasan Meninggal Dunia & Hilang Upaya Kekal Keseluruhan (TPD)

Masa usia muda ni kena ambik cepat sebab murah & mampu milik

Jika dah sikit berusia pun masih lagi boleh bayar

Bayar bulanan, 3 bln, 6 bln atau setahun. Bayar tahunan sy bg diskaun 😀😊
So alternatif kepada isu diatas ni, saya nak bagi proposal Hibah Takaful daripada Zurich seperti dibawah ni

Proposal saya ni hanya untuk manfaat Pampasan Meninggal Dunia dan Hilang Upaya Kekal dan Keseluruhan sahaja

Caruman rendah bermula daripada RM89.50 untuk setiap 3 bulan
Proposal ni untuk pampasan hibah 100% sebanyak RM 200,000 dan RM 300,000

Untuk RM200k hanya RM64.44 sebulan manakala RM300k hanya RM96.66 sebulan. Caruman ni untuk umur 20.

Saya sediakan harga untuk umur 20 sampai 40 tahun 😀
Plan yang saya kongsikan ni hanya proposal sahaja dan tak fix. Semuanya bergantung kepada hampa semua. Ada bajet kurang, saya boleh turunkan sampai ikut bajet yang hampa mampu.

Saya pun ada pelbagai produk takaful yg boleh dihibahkan terus kepada isteri
Contohnya plan Takaful Kemalangan ni. Murah dan boleh terus hibah kepada isteri

Apa-apapun hampa boleh terus dm saya atau WhatsApp di 011-5923 8789 atau klik link ni

wa.me/601159238789

Saya akan kongsikan pelan hibah Takaful untuk hampa 😀
Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah dan saya harap perkongsian ringkas saya ni dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada semua.

Saya mohon maaf jika ada kesilapan daripada perkongsian saya ni.

Sekian
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Luthfi Suib
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!