Nama sebenarnya ialah Qarun bin Yashhar bin Qahath bin Lawa bin Ya'aqub. Beliau berketurunan Bani Israel dan sepupu kepada Nabi Musa a.s.
Beliau sentiasa berikhtiar dan gigih berusaha untuk menambahkan pendapatan.
Oleh sebab terlalu susah maka Qarun meminta kepada Nabi Musa a.s. mendoakannya menjadi kaya raya.
Qarun tidak jemu bermunajat. Akhirnya, doanya dimakbulkan Allah.
"Aku mendapat kekayaan ini kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan yang ada pada aku."
Qarun mengatakan bahawa Nabi Musa a.s. mahu merampas hartanya.
Allah menggerakkan wanita itu supaya menceritakan bahawa dia diupah oleh Qarun untuk memalukan Nabi Musa a.s.
“Tidak, aku tidak akan mohon ampun. Aku pasti boleh melepaskan diri dari permainan sihirmu," kata Qarun dengan keras.
“Maka Kami benamkanlah Qarun berserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya)”.
Tasik Qarun ialah tasik ketiga terbesar di Mesir. Kedalamannya ialah 5 meter di sebelah timur dan 12 meter di sebelah barat.
Setelah Nabi Musa a.s. berjaya memimpin Bani Israil lari keluar dari Mesir, Nabi Musa a.s. bersama umatnya menuju ke Gunung Sinai.
Beliau berjanji akan pulang setelah 30 hari bermunajat di puncak Gunung Sinai.
Allah S.W.T. memerintahkan Nabi Musa a.s. untuk menyempurnakan puasanya menjadi 40 hari.
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Hai Musa sesungguhnya Aku memilih kamu di antara manusia yang lain, untuk membawa risalah-Ku. Dan untuk berbicara langsung dengan-Ku.
Kini, permintaan itu diminta oleh umatnya, kemudian Allah menunjukkan kekuasaan-Nya dengan menurunkan petir dan kilat.
Sebahagian besar daripada Bani Israil tidak mahu melakukannya.
"Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: (Jika demikian) maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi (Padang Tiih) itu.
"Dan (Ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.
Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.