Sebelum Genghis Khan menukar namanya kepada Genghis Khan, nama asalnya adalah Temujin.
Pada satu masa, beliau ditangkap dan diperhambakan oleh klan yang pernah meninggalkannya.
Pada pendapat Genghis Khan, ketika berperang, pangkat dan kuasa tiada membawa apa apa makna dan beliau melayan semua tenteranya dengan sama rata.
Menjelang tahun 1205, beliau telah mengalahkan semua pesaingnya, termasuk bekas sahabatnya yang bernama Jamuka.
Selain itu, Genghis Khan mengarahkan penggunaan sistem penulisan, menjalankan banci secara tersusun dan sistematik, memberikan imuniti diplomatik kepada duta asing dan membolehkan kebebasan beragama dengan baik.
Hebat tak?
Tentera tersebut bukan sahaja mahir menunggang kuda, tetapi pakar dalam memanah.
Setelah pihak lawan termakan umpan, mereka melancarkan serangan dengan membuat pengepungan.
Walaupun percubaan taktik mereka itu gagal, tetapi penguasa Xi Xia tetap menyerah diri.
Kerana masalah yang berlaku, tentera Jin akhirnya membunuh puluhan ribu petani.
Pada ketika ini, Empayar Khwarezm dikenali sebagai Turkmenistan, Uzbekistan, Afghanistan dan Iran.
Sultan kemudian berang dan membunuh beberapa duta besar Genghis Khan.
Sementara puak penentang tentera pasti akan dibunuh.
Tetapi ada rekod menyatakan bahawa nyawa yang diragut oleh Genghis Khan sepanjang kehidupannya adalah sebanyak lebih daripada 40 juta orang.
Beliau menang dalam kempen peperangan tersebut, tetapi kesihatannya tidak pernah pulih. Dia meninggal dunia pada 18 Ogos 1227, sebelum Xi Xia dihancurkan.
Kuriltai adalah majlis politik dan ketenteraan Mongol purba.
Pada satu ketika, Sultan Shah Khwarezm merampas barang dagangan delegasi Mongol dan membunuh duta Mongol. Pada ketika itu Genghis Khan sudah memasang niat menakluki dunia.
Orang Mongol secara tradisinya berperang dengan menaiki kuda dan mereka telah mempelajari teknik-teknik untuk mengepung kota yang berdinding batu semasa serbuan mereka di utara China.
- Khanate Golden Horde, di Rusia dan Eropah Timur
- Ilkhanate di Timur Tengah
- Chagatai Khanate di Asia Tengah
- Khanate of the Great Khan di Mongolia, China dan Asia Timur.
Kumpulan besar Ogedei berpindah ke Eropah Timur, menakluk negara-negara kota dan pemerintahan Rus ( Russia, Ukraine dan Belarus ) termasuk bandar utama Kiev.
Pada tahun 1241, Ogedei Khan meninggal dunia ketika dalam peracangan penaklukan mereka di Eropah dan Timur Tengah.
Tetapi apabila berita kematian Ogedei mula tersebar, perkara tersebut mengalihkan perhatiannya.
Akibat daripada Batu Khan dari Golden Horde enggan ke kuriltai, selama lebih dari empat tahun Empayar Mongol tanpa seorang raja besar.
Kublai Khan meninggalkan bahagian barat kawasannya untuk diberi kepada saudaranya dan menumpukan pada pengembangan tanah jajahan di Asia Timur.
Walau bagaimanapun, pencerobohannya di Jepun pada tahun 1274 dan 1281 dan Jawa pada 1293 adalah suatu kegagalan.
Perang meletus antara Chagatai Khanate di Asia Tengah dan Ilkhanate yang disokong oleh Yuan.
Penguasa Golden Horde, Ozbeg, juga seorang Muslim, memulakan semula perang saudara Mongol pada 1312.
Satu penyakit yang diberi nama The Black Death ataupun Bubonic Plague merentasi Asia Tengah sepanjang laluan perdagangan Mongolia, menghapuskan seluruh bandar.
Keturunan Genghis Khan terus memerintah di Mongolia sehingga mereka dikalahkan oleh Manchus.
Sekarang anda sudah tahu kehebatan Genghis Khan dan Empayar Mongol.
Terima kasih kerana membaca.
Kalau ada apa apa soalan boleh tanya dekat link dibawah.
curiouscat.me/JoshSaladin