Profile picture
, 78 tweets, 11 min read Read on Twitter
LISA

Angin bertiup tenang petang itu sepoi-sepoi menyapa pipi dan menyeka peluh di dahi saat bahang matahari terus memancar terik tanpa ihsan.

Dingin dari angin sedikit melegakan bagi seorang pemuda yang sedang membuka pintu pagar rumahnya.
Pemuda itu merenung padang permainan taman perumahan betul-betul diseberang jalan menghadap rumahnya sebelum melangkah masuk kedalam rumah.Tidak disedari ada khabar duka yang dibawa angin.

Sebaik sampai kebiliknya, pemuda tersebut menghempaskan diri keatas katilnya.
Pemuda itu melepaskan lelah setelah seharian penat bekerja lantas mengeluarkan phone melihat notifikasi di paparan skrin.

Terdapat satu spam di whatsappsnya yang tidak dibaca sejak seminggu lalu. Dia mengabaikannya lalu membuka apps tinder.
Masih terngiang-terngiang di telinga borak-boraknya bersama kawan-kawan officenya di mamak petang semalam.

"Clash lagi ke siaa??? Kau memang keras lah bro"

"Ni dah kali ke 12 wehh kau clash... Kau nak cari yang camne lagi doh?"
"Kau wat hal lah jiq hahaha apa lagi yang kurang kat Mirah tu? Eeeh Mirah ke nama dia? Siot ramai sangat sampai tak ingat aku."

"Taulah kau hensem ziq muka mix cina, duit ada, kerjaya ada boleh lah kau tukar-tukar awek."
Lantas mereka gelak beramai-ramai memecah suasana dia mamak itu.Setelah reda gelak, Haziq tersenyum tawar dan membalas,

"Korang bukan tak tahu aku camne aku perfectionist aku nak kan someone yang perfect untuk aku dan ada semua perkara yang aku nak."
"Yup aku akui Mirah tu ada hampir kesemua ciri yang aku nak tapi 'hampir' bukanlah kesempurnaan yang aku cari."

Haziq berhenti dan menghirup air teh o ais yang tinggal separuh. Dia tak menggunakan straw hasil pembacaan thread di twitter yag memberi kesedaran kepadanya.
Haziq menyambung,

"Macam yang korang tau nak cari isteri ni bukannya boleh tangkap muat.Bercinta bukan untuk sebulan dua tetapi untuk selamanya.Memang aku dan Mirah dah 8 bulan tapi better aku jujur dari terus menggantung harapan dia setinggi gunung."
"Aku tahu hati dia terguris segala yang kami bina musnah tapi lek arr luka tu boleh sembuh dengan masa."

Kawan-kawannya hanya mengangguk sahaja mendengar penjelasan Haziq. Kemudian salah seorang bertanya,

"So cari baru?"
Haziq tergelak sambil mengenyitkan mata

"Of course"

Lalu mereka gelak berjemaah. Setelah gelak mereka reda salah seorang bersuara,

"Weh dak-dak sekarang nak couple guna Tinder lah weh.. Kau try lah download"

Seorang lagi mengiyakan
"Betul gak kata Jalil tu ziq kau try lah"

Haziq mengangguk sambil berfikir sejenak,

"Hurm maybe i should try"

Haziq terus membuka play store di phonenya dan download Tinder diketika itu jugak.

"Wah tak menyempat" kata Jalil diselangi gelak berjemaah sekali lagi.
Ingatan Haziq terhenti dia terus fokus melihat akaun yang ditemuinya mana yang dia berkenan dia swipe right, yang tak berkenan,kurang sikit, tak lawa sikit dia swipe left.

Akaun Haziq sendiri telah diperkemaskan kan, bio lengkap dengan nama penuh, umur dan kerjaya.
Segalanya ditaip dengan catchy dan diselitkan elemen humor. Bak kata orang "tak hensem jadi terpaksa lah jadi kelakar"

Habistu kalau hensem dan kelakar camne?

Beberapa gambar yang diupload diakaun nya telah ditapis meninggalkan gambar paling perfect dan hensem sahaja.
Kemudian dia mendapati dirinya match dengan beberapa akaun. Maknanya akaun yang Haziq swipe right pon swipe right pada akaun nya.

Haziq tersenyum.Dia membuka ruang mesej dan melihat ada teguran dari akaun yang bernama Lisa.

"Ikan haruan ikan kelisa, hai nama i Lisa"
Haziq tertawa membaca intro Lisa.Hatinya terusik seketika dengan pantun ringkas itu.

"Menarik" detik hati Haziq

Tapi bagi Haziq si "perfectionist" kata-kata mampu diungkapkan tanpa rasa malah boleh digoogle atau dicopy paste dari kawan penasihat cinta yang masih single.
Satu permulaan yang baik namun masih mencapai 1/10 dari cukup bagi Haziq.

Haziq meneliti akaun Lisa. Ternyata bio Lisa kosong dan gambar yang diupload cuma satu.

Namun Haziq sedikit terpesona dengan wajah cantik putih mulus Lisa dipadankan dengan rambut ikal mayangnya.
Senyuman manis menghiasi bibirnya melengkapi keayuan wajahnya yang pastinya kalau diketahui kawan-kawannya membuatkan mereka berduyun-duyun meminta akaun gadis berkenaan.

Raut wajah sedikit misteri gadis itu sedikit sebanyak mengerutkan dahi Haziq.
Setelah membuat penilaian, Haziq rasa dia patut mencuba berkenalan ngan gadis tersebut.

Haziq menyusun ayat,

"Langit indah menjadi penyeri ,
Awan berarak menggerak hari,
Intro ringkas menawan hati,
Salam disambut riang dihati."

Tersenyum bangga Haziq bila mesejnya telah diseen
"Hahahaha wah pandai awak bicara yee lembut gusi dari lidah ye" balas Lisa sedikit sinis.

"Hahaha tidaklah you, i just tulis apa yang terlintas jer... Orang dah jual kita kena beli." balas Haziq.

Haziq melihat kesinisan Lisa tu sebagai satu perkara biasa. Haziq sudah lali.
Mereka saling berkenalan dan bermesej melalui Tinder beberapa hari sebelum Haziq menggerakkan buah caturnya kehadapan.

"You.. Nak tanya boleh?" mesej Haziq.

"Apa dia?" mesej Lisa kembali.

"Kalau duit dalam poket i sama jumlah ngan nombor telefon you berapa eeh jumlahnya?"
"Hahahahahaha you ni"balas Lisa.

Respon yang dilihat sebagai positif dari Lisa. Percaturannya berhasil.

"Ni nombor i" balas Lisa.

Mesej selepas itu adalah 12 digit nombor yang terus disalin Haziq untuk disimpan ke dalam contactnya.
Mereka chat untuk beberapa malam memandangkan siang Haziq sangat sibuk dengan kerjanya. Namun ada satu malam Lisa langsung tidak membalas mesejnya.

Keadaan itu berterusan untuk malam kedua.

Kemudian malam ketiga...
Haziq bosan menunggu. Dia sudah puas scroll timeline di twitter. Haziq sudah membaca kesemua thread megatlaw dalam penantiannya.

Dia terus scroll sambil menunggu chat Lisa menderingkan notifikasi phonenya. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 11.30 malam
Ketika Haziq baru sahaja selesai membaca thread spill the tea. Satu notifikasi masuk.

Haziq membuka namun tu hanyalah mesej dari group kelas form 5 sekolah menengahnya sahaja. Ada seorang kawannya forward tentang berita kematian seorang gadis akibat bunuh diri.
"Cinta Tak Kesampaian Punca Gadis Ini Bunuh Diri"

Sempat Haziq membaca tajuk artikel terbabit sepintas lalu.

Haziq terpandang chat Mirah yang masih belum dibukanya. Ada lebih kurang 150 chat yang belum dibaca.

Haziq menutup phone lalu mengambil keputusan melelapkan mata.
Tiba-tiba phonenya berdering. Nama Lisa tertera.Hati Haziq riang melihat notifikasi tersebut. Apabila dibukanya terdapat voice message yang dihantar.

".......Haaa......Haaa....." kedengaran voice message tersebut.Seperti ada orang yang bernafas namun lemah sayup kedengaran.
Voice itu hanya berdurasi 10 saat.Haziq mula tertanya.

"You?"mesej Haziq

"Kau Haziq?"reply Lisa

Haziq pelik,dia mula berasa ada yang tidak kena.Takkanlah shor term amnesia lak minah ni.

"Yela of course lah i Haziq.. You ni bergurau pulak😉🤣"reply Haziq

"Gurau?"reply Lisa
"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAGAGAGAGAGAGAGAGAGAGAGAGAGAGAGAGAGAGAGAGAGAGA"reply Lisa lagi

Haziq terkeduu.Aaaa sudah dah kenapa minah ni?

Haziq mula meremang dan berasa seram sejuk.Dia membuka apps muslim pro sebagai langkah berjaga-jaga.
Ketika Haziq sedang mencari doa dalam list doa-doa harian.Notifikasi dari Lisa masuk.

Haziq ragu-ragu.Haziq berkira-kira sebelum mengambil keputusan membuka notifikasi terbabit.

Satu lagi voice message...
Haziq sure tak sure pulak nak tekan.Dia seperti dapat meneka isinya pasti berbeza.

Peluh mula mengalir didahi Haziq walaupun dingin dari pendingin hawa menyelimuti tubuhnya.

Namun konflik dalam fikirannya bagaikan tiada penghujung.
"Aku rasa lain macam lah..Ni macam bukan Lisa... Ke dia ni nak.prank aku?"kata Haziq didalam hati.

Dia mula terfikir segala kemungkinan yang Lisa ni mungkin kawan kepada salah seorang dari koleksi ex-exnya dulu.

Jadi mereka berpakat nak mengenakan Haziq

Pelbagai teori muncul
Akhirnya Haziq mencapai kata putus.Dia menenangkan fikiran cuba menangkis segala negativiti

Lalu,

Menekan butang play...
"KAU TUNGGU BALASANNN KAUUUU..... HUTANG NYAWAA DIBALAS NYAWA HAZIQQQQ..... AKAN TIBA MASANYAAAAAA"

Suara gadis yang kuat dan nyaring kedengaran dari vouce tersebut.Dahlah full volume hurmm.

Haziq tergamam sebentar, pantas menutup phone.

"Mende ni yall?"kata Haziq sendirian
"Kalau hidup kau hanya mencari cinta sempurna maka kematian kau akan dihurung kesepian dan keseorangan."

"Cinta yang kau bunuh akan kembali membunuh kau Haziq cuma bezanya.. "

tertera mesej Lisa di notifikasi Haziq

Haziq tergamam lagi
"Ni... Ex aku ke?" fikir Haziq

Walaupun persoalan tidak terjawab dan seram sejuk masih ada, desakan mata yang semakin memberat memaksa Haziq menutup mata.

Dalam masa seketika Haziq terlelap.

Haziq sejenis mudah tidur. Pantang kepala atas bantal terus shutdown.
Keesokkan pagi Haziq menerima mesej dari Lisa,

"Morning you😁... Have a nice day"

"Sorry x chat you 2 hari ni i ada hal sikit hehehehe"

Haziq kaku, makin pelik dia dengan minah ni.Namun Haziq tidak mahu perkara tersebut menganggu kerjanya hari ini.
Sebagai seorang perfectionist perkara yang remeh seperti malam tadi tidak mampu menggugat kesempurnaan hidupnya kini.

Kerana itu dia mahu mencari seseorang yang seperti dia untuk mewarisinya.

Dari kecil dia tak pernah merasa susah,hidupnya dipenuhi dengan nasib yang baik
Malam itu Haziq chat Lisa,

"You nak tanya"
"You ada hal apa 2 hari ini"

Lisa reply,
"Malam kelmarin i pergi ziarah rumah family arwah kawan i...dia baru meninggal"
"And malam semalam i tertido"
"Kenapa you?"
Haziq terkedu.Kalau Lisa tertido abis tu voice malam tadi?

"Tak ada apa-apa cuma malam tadi i ada dapat chat you"

"Seriously?"reply Lisa

"Yup"

"I chat apa?"

Haziq pantas screenshot chatnya dan Lisa

Dia melihat Lisa bluetick photo screenshot yang dihantar.
"I dah agak"reply Lisa

"What do you mean?"

"Susah i nak explain tapi ni bukan first time"

"Sokay i'm okay with it.. Just tell who did that?"

Terlihat Lisa is typing.....
"Ada someone else yang guna whatsapps i.. I dunno how n why but seriously you not the only one yang kena.. Kawan-kawan i pon ada mengadu benda yang sama."

"I see... X try identify pelakunya?" mesej Haziq

"We tried... Bila kami tanya nama dia... Dia cuma cakap nama dia ..."
"Riana"

"Riana?"

Haziq mula berfikir.Tiada yang bernama Riana dalam kalangan ex atau kawan-kawannya kalau Rina ke mungkin ada

"So dia ni cam stranger lah yang guna akaun you sesuka hati?"tanya Haziq

"I guess .."reply Lisa
Haziq menghela nafas.Jadi Riana lah yang chat dia malam tadi.Tetapi Haziq musykil.

"Kenapa dia chat aku camtu? Voice yang dia hantar dah lah creepy and she talk all about love thingy" fikir Haziq

Notifikasi Lisa masuk ke phone Haziq
"Sokay you.. Don't worry yourself okay?"reply Lisa

"Okay"reply Haziq ringkas

Dia pon tidak mahu terlalu banyak berfikir dan berprasanga buruk.Mungkin itu hanya sekadar gurauan dari someone bernama Riana
Setelah sebulan 5 hari berkenalan, Haziq kembali mengatur langkah namun Lisa kelihatan lebih pantas.

"I ingat nak ajak you keluar"mesej Lisa ringkas.

Haziq yang ketika itu berada di office sedikit terkejut namun gembira dihati.

"Hey i baru nak ajak you keluar"reply Haziq
"Lambat😘"reply Lisa

"Hahaha laju-laju nak gi mana"

"Gi cari awak lah"

"Wat apa cari kalau dah ada dalam hati awak"

Berciaa ciaa Haziq didalam hati.Pasti Lisa berbunga

"Mana xde pun"reply Lisa

Diselitkan gambar selfie Lisa seolah-olah mencari sesuatu.
Mencair seperti ais yang dipanaskan hati Haziq saat terpandang gambar Lisa.

Keayuannya yang luar biasa ditatap Haziq tanpa jemu

"Kita jumpa kat satu cafe ni nak? I hantar location"reply Lisa

"Okay boleh you nak jumpa esok?"

"Yup but i maybe lambat sikit.. You boleh tunggu?"
"24 tahun i tunggu you muncul dalam hidup i takkan 30 minit pon tak boleh"reply Haziq

"Auchhh you ni sweetlah"

Haziq tersengih well jaranglah dia gagal memikat perempuan semuanya seperti yang dijangka.

Penuh kesempurnaan...
Keesokannya, Haziq tiba dia Cafe D'Villa sebuah cafe yang berkonsepkan hipster. Dia mengambil meja untuk 2 orang

Haziq turut memesan makanannya dan Lisa.Haziq menunggu sambil menatap cafe terbabit.

Selang 20 minit kemudian,

"Hai"
"Ehh haii"balas Haziq

Belum sempat Haziq meneruskan kata-katanya, mata Haziq terpaku.

Sememangnya apa yang dilihat didalam gambar hanya sekadar trailer sahaja.

Lisa yang dilihat dihadapan matanya ternyata sangat menawan.

Lidah kelu,
Bibir membeku,
Bagai terhenti putaran masa seketika

Cafe bertukar menjadi ruangan kosong yang hanya ada dia dan Lisa

"Lama tunggu i?"

Tersentak Haziq dari lamunan yang seumpama Genjutsu itu.

"Tak...Tak lama pon"balas Haziq
Makanan dan minuman pon tiba dan mereka terus berbicara

"Btw arwah kawan you haritu meninggal sebab apa?"tanya Haziq

Lisa kelihatan sedih.Raut wajah misteri Lisa manganggu kosentrasi Haziq

"Suicide"

Haziq terkedu

"Depression?"

Lisa mengangguk

"Due to?
Mata sayu Lisa memandang Haziq

"Putus cinta"

Haziq tergamam seketika. Melihatkan wajah Lisa yang berubah, dia mengubah topik

"Btw pasal Riana..."

"I'm sorry"balas Lisa

"No its okay.. Tu bukan salah you"

Lisa memandang Haziq.Terukir senyuman di bibirnya.
"I nak gi toilet jap"kata Lisa

Lisa bangun dari kerusinya dan menuju ke toilet yang terletak di belakang cafe

Haziq memandang Lisa dari jauh

Dia berasa tidak sedap hati

"Kenapa macam hurmm"fikir Haziq

Dia masih berfikir tentang Riana
15 minit berlalu,

Haziq mula gelisah,

Tetapi dia cuba positif

Maybe buang air besar ni or touchup muka and dandan rambut ni

Haziq membuka kamera depan phonenya dan melihat wajahnya

"Perfect"

Haziq membetulkan sedikit rambutnya.
Tiba-tiba notifikasi masuk

"Hehehehe hai Haziq"

Terbeliak mata Haziq melihat chat dari Lisa

"Kau bukan Lisa!"reply Haziq

"Iyeee aku Riana hahahahaha"

"Apa yang kau nak? Kenapa kau kacau Lisa?"

"Kacau Lisa? Hahahaha"

"Kau nak apa bangsat?"reply Haziq
Namun chatnya hanya diberikan 1 tick.

Haziq segera menuju ke belakang mencari Lisa.

Toilet kosong,
Dapur tiada kelibat Lisa,

Haziq menuju ke laluan belakang kedai terbabit

Jam menunjukkan jam 9.30 malam

Lampu samar-samar menyimbahi lorong tersebut
Haziq mengambil keputusan untuk berpatah balik tetapi Haziq terlihat sesuatu.

Dompet Lisa.

Dia pantas mengambilnya dan ya itu adalah dompet Lisa

Haziq berlari mencari Lisa disepanjang lorong itu

Keadaan semakin gelap
Di satu persimpangan, Haziq membelok ke satu lorong belakang deretan kedai.

Keadaan semakin gelap.

Dalam usaha Haziq melihay dalam samar malam Haziq terpijak sesuatu.

"Ini rantai tangan.. Jangan kata ini..."fikir Haziq

Dia cuba meneliti rantai tersebut
Ketika dia yakin rantai itu milik Lisa dia sedar ada orang di belakangnya

Saat haziq berpusing untuk melihat dadanya ditusuk dengan keras.

Haziq terkejut.

Mengerang menahan sakit.

Mulutnya mula mengalirkan darah.

Dia tergamam

Apa yang ditusuk bukan pisau

Tetapi tangan
Tangan tu terus menusuk hingga menembusi belakang Haziq.

Haziq menggelupur

"K..kauu....R....R.....Rrrriana"kata Haziq dalam.kepayahan

Tangan yang menusuk dadanya direntap keluar dengan keras.

Haziq terduduk tersandar ke dinding dalam keadaan berlumuran darah
"Aku dah kata yang aku akan tiba"kata pemilik tangan tersebut

Dia menjilat darah ditangannya.

Dalam samar malam Haziq cuba menatap wajah pembunuhnya. Mata pembunuhnya coklat menyala-nyala.

"T...tttt....tttakkk ...mmungkin"kata Haziq

Mata dia terbeliak
Disaat pembunuhnya berlalu pergi, Haziq mendongak memandang langit malam.

Kesempurnaan yang didambakan tidak kesampaian.

Dia menghitung waktu untuk dirinya berangkat kealam sana

Darah mengalir keluar dari dadanya yang berlubang seperti air paip
Keesokkan harinya..

Kawasan deretan kedai itu telah berada dibawah pengawasan polis.Pasukan forensik yang baru tiba terus melaksanakan ugas mereka.

Petugas-petugas media jugak tidak ketinggalan membuat liputan.
Seorang lelaki memakai jaket bersama seorang lelaki berseragam polis sedang melihat keadaan mayat dari satu jarak tertentu

"Ini dah kali ketiga.Keadaan mayat yang sama dan aku yakin....."

Seorang anggota polis datang menghampiri.
Lelaki berseragam polis mendengar apa yang diperkatakan.

Kemudian anggota polis tersebut meminta diri.

Lelaki berseragam polis memandang lelaki di sebelahnya

"Ketiga-tiga mangsa sama mempunyai hubungan percintaan yang baru sahaja terputus"
"Tapi dalam kes ni..."

"Perempuan tu bunuh diri"pintas lelaki berpakaian jaket.

Lelaki berseragam polis hanya mengangguk

Mereka berdua berdiam diri.

Kesunyian mereka dipecahkan apabila ada wartawan yang cuba mememuramah beberapa pegawai polis disitu
Di satu tempat yang berhampiran,

Lisa melihat dari jauh kawasan pembunuhan itu berlaku.

Terlihat titisan air mata mengalir dipipinya.

Dia menyeka air matanya lalu memandang kelangit

"Moga kau tenang disana Mirah. Aku dah balas dendam untuk kau"
Lisa berlalu pergi.Dia bakal memikul risiko yang besar jika terus kekal disitu.

Dunia melihat dia sebagai Lisa tetapi dunia tidak mengetahui tentang kewujudan Riana

Ya

Dia akan dituduh sebagai pembunuh walaupun hakikatnya bukan dia yang melakukannya
Tapi dunia tetap akan meletakkan kesalahan kepada dia

Kerana Lisa dan Riana

Dua jiwa tersebut

Berada di dalam satu jasad
P/S : Mirah tu kawan Lisa dan ex kepada Haziq
Credit thread

Seorang pemuda sedang membaca artikel dalam apps Cashzine di phonenya

Dia sedang mencari artikel yang menarik minat untuk dia mengumpulkan coins
Dia tertarik dengan satu artikel berkaitan Dissociative identity disorder (DID) atau dikenali Multiple Personality Disorder.

Namun tak banyak diketahui lantas dia bertanya pada pak google,
Maklumat yang dibacanya sedikit menarik perhatiannya.

Kemudian dia meneliti semula kes pembunuhan yang mendapat liputan meluas ketika itu

Kes pembunuhan misteri kerana cara pembunuhannya sangat mengerikan.

Dikatakan dadanya ditikam tembus kebelakang.

Tapi bukan dengan pisau
Dia terfikir untuk menulis thread berkaitan kes ini dan info yang ditemuinya.

Dia mahu menulis sebuah kisah imaginasinya sendiri

Dia memikirkan nama watak

Dia mahu mencipta watak perempuan yang mempunyai split personaliti seperti Dr Banner dan Hulk
Lisa....dan.......Riana

Pemuda tersebut tersenyum. Nama yang menarik. Kemudian dia terfikir jalan cerita yang menarik.

Pemuda tersebut mengeluarkan phonenya dan membuka apps twitter

Dia mula menulis tweet dengan tajuk yang diberi

LISA

-THE END-
Special thanks to @megatlaw without you i will never make it

And thanks to my sahabat muhd as shakirin bin abdul aziz sebab bagi keyakinan pada saya

Thanks juga kepada anda yang membaca,like dan RT
Sebarang idea,cadangan,komen dan teguran boleh komen di bawah yee atau dm saya

Maaf masih noob lagi

Maaf atas kekurangan
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Arkansas
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!