(Edisi perlaburan)
Perlaburan dengar sangat menarik.
Beli saham pastu guna duit tu beli kereta?
Melabur dengan beli rumah pastu sewakan?
Tapi korang tahu ke apa kesalahan yang mungkin korang buat terutama No.4 ?
Jom Baca Thread!
Ini sangat bertentangan dengan falsafah menyimpan. Mereka hanya menyimpan berapa baki yang tinggal selepas berbelanja dan bayar semua perkara. Kena tentukan berapa percentage utk disimpan dan baru belanja. Perlu ingat simpanan untuk kecemasan sekli
Ramai orang terleka dengan pelbagai mekanisma perlaburan sehingga lupa teras yang sebenar. Yang membuatkan duit itu bertambah dan melawan inflasi adalah dengan cara compounding. Mula awal dan dapat nikmati faedah dengan lebih baik
Tanpa memahami risiko sebenar, ada yang mengambil personal loan untuk melabur tanpa memahami objektif sebenar, nilai sebenar yang mahu dicapai. Warren Buffet pernah cakap,"Invest in knowledge first". Bukan ambil master, tapi fahami selok belok dulu
Contohnya: beli saham blue chips sewaktu overvalued already. sampai nanti terpaksa exit with loss. Kena tahu di mana yang patut kita mulakan dan bukan hanya rasa saham besar patut dibeli. same goes to people yang minat property investment
Yang paling penting adalah risk management. Kena tahu berapa banyak kita sanggup rugi. Kena tahu dekat mana kita patut exit. Lose money or make money. Terlalu ramai yang hanya fokus berapa banyak pulangan yg mahu dicapai tanpa fikir risiko
Untuk golongan masa sekarang, perlaburan bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan. Inflasi mengatasi kos sara hidup sekarang. Akan tetapi, jangan terperangkap sehingga jatuh ke lubang kerugian. fahami perlaburan. jangan semberono mengikut trend semasa
Ilmu perlu dikongsi untuk manfaat bersama. RT dan follow @twt_bajet untuk lebih pengetahuan dan tips dalam kewangan peribadi